Thursday, 13 May 2010

i.was.called.to.tell.this.

assalamualaikum..

now, 3.46 am. aihh..tak tidur lagi?? mana taknya..tadi dah bantai tidur dari pukul 10 sampai 2 pagi. kena la stay up. kan nak dekat exam...

waktu buat chemistry tadi, tiba2 terasa nak dengar lagu ni. tajuknya 'amrullah' by muadz. aku suka sangat lagu ni. first time dengar kat perhimpunan perdana palestin tu. dengar live lagi la semangat!!

nah..linknya!

tadi, lepas maghrib nak masuk isyak tu. kitorang, budak blok d mengemas surau kitorang..hehe. bersepah sikit. after dah penat2 kemas tu, kitorang duduk then ada sorang kawan aku ni bagi "coolsem" (sharing).

dia kata, (lebih kurang macam ni la..)
"korang rasa apa yang saudara2 kita kat gaza (palestin) tu nak dari kita sebenarnya??"

so, aku pon pikir,
ermmm..apa ek?

then,
hasil dari perbincangan kami..?

meh sini aku bagitau~~

kalau kata, bantuan makanan, duit, ubat2an, pakaian. itu semua perlu.
tapi apa yang mereka betul2 perlukan ialah kita di sini menjadi 'individu muslim' yang sebenar2nya untuk bersama2 dengan mereka memperjuangkan agama ISLAM. 

bak kata sorang kawan aku yang lagi satu ni,
"mereka di palestin tidak memerlukan kita datang berjuang bersama mereka kerana iman mereka sangat kuat dibandingkan dengan kita. entah2 kalau kita datang (dengan penyakit hati yang banyak, dengan karat2 jahiliah yang bertimbun2 tu) akan membuatkan keadaan mereka lagi parah."

bukankah?

memang. mereka di palestin telah mempersembahkan segala kudrat, tenaga, air mata, nyawa, segala2nya hanya untuk ALLAH.

kita??
macamana?
apa yang kita telah persembahkan kepada ALLAH sepanjang hidup kita?
apa yang kita nak cakap di akhirat nanti bila waktu tu semua orang termasuk salahuddin al ayubi, sultan muhammad al fateh, saidina umar al khattab, abu jarrah dan ramai lagi ada sekali dengan kita beserta dengan umat manusia yang lain.

bayangkan..!
di akhirat,
bila ALLAH bertanya apa yang kamu buat di dunia?
saidina umar kata,
'aku telah berjuang demi meluaskan namaMU di atas muka bumi.'
sultan muhammad al fateh,
'aku telah berjaya membuka kota konstatinopel (istanbul)'
salahuddin al ayubi,
'aku telah berjaya membebaskan baitulmuqaddis'

bila tiba giliran kita...
apa yang kita nak cakap?
sejauh mana kejayaan kita untuk menyebarkan kalimah   
"La IlahailALLAH MUHAMMADur rasulullah"

tengok kembali...
apa yang kita dah buat pada hari2 yang telah berlalu..

arhhh..banyak sangat dosa. leka sana. leka sini.
teruk.

ayuh! mari kita perbetulkan.
slow but istiqamah.

next,
sebagai seorang pelajar,
bersungguh2lah dalam belajar kerana ALLAH
buktikan MUSLIM itu adalah bijak
MUSLIM adalah mereka yang dihormati
MUSLIM adalah orang yang rendah hatinya tapi tinggi darjatnya di sisi ALLAH
MUSLIM adalah saudara2 yang tolong menolong kerana kasih sayangnya terhadap saudara2nya lebih daripada dirinya sendiri
MUSLIM adalah hebat orang2nya!
hebat result periksanya!
dan segala2nya...!

bila saudara2 kita di gaza hebat melawan zionist
bila kita pon hebat juga dalam study 
bila kedua2 peranan telah dilakukan sebaik2nya
maka tentulah
hebat UMAT ISLAM itu tidak kira mana2
kerana ISLAM itu sudah hebat.!
tinggal umatnya sahaja belum cukup hebat buat masa ini..

till then..salam.!

"orang2 yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi di sisi ALLAH. mereka itulah orang2 yang memperoleh kemenangan" 9:20

let's do it together!! ^_^

2 comments:

Zahra Ameerah said...

Bella!
pegi ke perhimpunan perdana palestin tu?

Ima pn pegi.. huhu

silentdreamer said...

imaa!!
kite pegi!!!
ko dok kt mne??
kitorg pakat ramai2 pakai baju wrna hitam..
korg warna apa?
npe x nmpak??
huuhu
sdey2
-_-