Friday 25 December 2015

rimas.resah.whatnot.

Assalamualaikum wbt

Semua orang mahukan sesuatu drpd kita bukan?
Semua orang macam tak heran apa yang kita perjuangkan bukan?
Penat layan semua orang bukan?

"Takpe dik, awak ada hal. Nanti akak backup ye?"

"Takpe kak, saya rasa apa yang akak cadangkan ni bagus cuma tak kena dgn waqi' kita."

"Takpe awak. Awak taknak respon sangat takpe."

Memang diri ini tak sempurna. Jauh panggang dari api kalau kata diri ini daie.
Positivity langsung sekarang ini mati.

Penat dengan manusia, mungkin selama ini buat dakwah mencari teman seperjuangan bersama. Mungkin selama ini bergantung pada manusia.

Ya, mungkin benar sahaja.

Padahal, Allah sahaja yang punya jawabannya.

Teruk.
Cukup teruk tarbiyah kita!
Apa kau sedar atau tidak?

Takpelah kalau tak sedar. Biarlah dia makin mereput.
Bagai sarang si angkut-angkut.
Luarnya berlubang
dalamnya berlohong
bila ada tekanan di luar
maka hancurlah ia.

Itulah tarbiyah yang aku pimpin sekarang ini.
Jauh daripada output yang sepatutnya.
Di sini,
tak tahu apa jawapannya.
Apa kelemahannya.
Butuh jawapan tapi tiada yang ingin membantu.
Atau mungkin ada tapi tak terjangkau di tangannya.

Ahh
sudahlah, Bella.
Kau tak boleh nak harap kat orang lain. Kalau takde orang nak bantu, buat sendiri je la sendiri yang termampu. Apa kesah..Allah kan ada.

Biarlah jatuh berderai at least kau usaha kan?
Ibarat khalifah turki uthmaniyah terakhir,
bertahan je la walaupun makin goyah asasnya.

Serius ahh rasa nak nangis. Memang hati dah menangis dah. Tapi aku tahan je kat kampung ni. Susah pulak kalau dah pecah tembok, payah nak bina balik. Habis satu kampung.

Okaylah. Aku malas nak layan perasaan ni. Makin dilayan makin bengkak hati aku.
Doakan aku jumpa jawapan.

Aku dah masuk fasa malas nak layan orang. Kau nak bantu dakwah, kau buatlah. Kalau kau ada concern, kau buatla apa yang patut. Kau tak nak layan aku, ikutlah. Biarlah aku sorang layan tarbiyah dan dakwah yang tak seberapa ini.

Salam.

Friday 4 December 2015

keep.going.


Terkadang kau merasa letih 
Rasa nak mengeluh 
Rasa nak orang datang peluk kau, kata; 
Stay strong, Bella. 

Ahhh ini mungkin kesan jatuhnya iman 
Rasa nak take a break 
Penat fikir, layan, fikir, buat etc

Syurga, 
serius tak sabarnya aku nak masuk ke dalamnya. 
Tempat rehat abadi paling osem. 

Kadang-kadang 
rasa je bestnya orang lain dah pergi menghadap Ilahi 
dalam keadaan diredhaiNya
semua beban ditinggalkannya

Tapi 
seriuslah, kau sure ke kau layak masuk syurga
cepatlah buat kerja 
supaya kau dapat detach dari neraka.

Kau ingat jadi lejen senang ke?
Di saat semuanya lemah, kau yang menguatkan. 
Di saat semuanya tak percaya, kau yang menyakinkan.
Di saat semuanya lupa, kau yang mengingatknan. 

Come on la, lejen. 
Apa barang cepat sangat barai?
Kata lejen, hati mesti kena kuat, bhai!

Dahla tu weyh, 
bangkit cepat!
banyak keje nak kena buat. 

*peace out*