Tuesday 29 June 2010

baru.pulang.dari.SJ.

assalamualaikum...

melalui sem 3 ni. ye, memang hectic berbanding sem lepas. banyak benda yang aku lalui walaupun tak sampai sebulan lagi. tangunggjawab terbesar masih berat dipikul ke atas bahu aku. membawa makna besar 'syahadatain' bukanlah sesuatu yang mudah. bahkan lebih teruk dari terpaksa menyiapkan EE dalam 1 hari. jauh perbezaannya...

tidak tahu pengakhiran perjalanan perjuangan kami bagaimana..tetapi, hanya usaha yang kami mampu kuatkan. itu saja yang kami buat, usaha. segala kerja yang diberi, all those IB thinggs hanya memenatkan dan merisaukan aku dan sahabat2ku. risau untuk banyak perkara. terkejarkah kami semuanya??

ye.
i still remember those words.

SYURGA ALLAH BUKAN MURAH. HANYA ORANG YANG HEBAT DAPAT MEMASUKINYA.

dengan tenaga yang Ar-Rahim berikan, aku tetap bergerak di muka bumi ini. tetap berbaris bersama-sama.

kadang2, memang terlintas di fikiran. selalu...
kerana takut agama menjadi fitnah
kerana itu risau sepanjang masa.

tiba2 rindu pula yang mendatang.
apa khabar sahabatku di sana??
insyaallah kau tunggu kami di syurga.

banyak benda yang berlaku dalam masa terdekat ini. banyak memberi pengajaran dan pengalaman. bila sedar, semua ini, pahit, manis, payau dan sbgnya semua datang dari YANG MAHA ESA.

alhamdulillah~~
kerana memberi aku kesempatan bertemu dengan mereka yang mengajarku semua benda ini.

adesss~~

Sunday 20 June 2010

LA!!

assalamualaikum..

alhamdulillah segalanya berjalan lancar. lagi2 this week busy dengan MPI. walaupon, pada mulanya, banyak benda yang menyesakkan kepala tapi akhirnya alhamdulillah, banyak sangat pengajarannya. dari kembara kubur, perbandingan agama, malam bidadari, ceramah, solat di padang, lagi2 "gimik"nya. cukup untuk aku mengingatkan mereka di palestin.

before this, aku dah bagitau pasal result aku. sangat sediihh!! sampai tak terkata apa2. nampaknya impian aku ke UK tak dapat kot. bye2 UK! ramai lagi yang resultnya lebih bagus dari aku. hello NZ!!

untuk menyedari hakikat berkecainya impian aku amatlah perit.
seperit-peritnya!!
aku selalu ingatkan diri aku bella, kau perlu usaha lebih lagi!

tapi, kadang2 ada masanya, aku terpikir,
sampai bila nak usaha nih?! penat dah nih!!

semalam aku berborak dengan roomate-ku,
satu benda terlintas,

saudara2 kita palestin tidak pernah putus asa..tak pernah sekali pon!!
padahal mereka dah berpuluh-puluh tahun macam tu!!
dan mereka tahu mereka tahu mereka kena berjuang dengan yahudi zionis hingga kiamat. 
dan mereka tak pernah menyerah kalah!!

*bella, malu la weyhhh!!*

aku tak boleh la when it comes to palestine thingy, aku cepat emosi!!
cause it really touched me.
betapa bertuahnya mereka syahid dan bahagia di sisi ALLAH.

click.if.u.want.to

cerita malam tadi benar2 membuatkan aku 'luruh' dalam di dalam saf bersama2 rakan2ku. masing2 dengan sebab masing2.

the main thing here is remember bella, never ever give up!! insyaallah. the words G-I-V-E U-P will be deleted in my dictionary of life. keep working as ALLAH never stop loving us and giving us all the happiness in life.

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " Al- Baqarah : 216
*kredit to KD*

till then, jaa~~

Thursday 17 June 2010

youre.the.only.hope.to.me!

assalamualaikum..

tatkala mendengar lirik ini, semuanya luruh....

~song: farshy turab~


"warrabu adhu mokhlisan anta raja'i , abghi ilahi jannatan fiha hana'i"
 
And for Allah i pray faithfully, you are my hope

Allah! I desire heaven, to find bliss in it.

Wednesday 16 June 2010

so.many.things.happen.

assalamualaikum...

alhamdulillah untuk segala2nya, YA ALLAH!!

greaaatttt news!!! alkisahnya, tadi, newest class list baru keluar. and what makes me happyy is the m09e is reunited again!!! kitorang still stick together (the math SL students). kitorang still m09e lagi...! soooooo hhaaapppyyy!!! 

but unfortunately, 5 of us kena berpisah. sedih sangat.! lagi2 dua orang gurls, ima and mira. aku sedih sangat tengok ima.

ermm..macamana ni??

okay, move on!

cerita pasal exam review pulak. *sigh* entahla...tapi, it seems macam nak nightmare jugakla tengok bio and english tadi. arghhh!! english HL susahla..! aku rasa macam nak jadi mat saleh dah. tapi, before exam tu, aku dah prepare untuk english. maybe usaha aku still tak cukup lagi. takpe, never give up is the action here!

i'll try as much as i can! seriously..!

but, one thing, there's a improvement in my chemistry. naik la 1 pangkat. tapi, still tak cukup. setakat ni, walaupun aku emosi dengan result aku tapi aku bersyukur. aku percaya ALLAH hanya memberikan yang terbaik buat aku!

sekarang ni, bila aku dapat result, ayat yang aku dok selalu ulang2 dalam otak aku------> bella, LA TAHZAN INNALLAHA MA3ANA

INSYAALLAH, semua berlaku ada hikmahnya. dont ever give up, bella!!
aja aja fighting!!

Tuesday 15 June 2010

je vous remercie beaucoup cher!!

assalamualaikum...
entry ni di-post-kan untuk mereka yang sangat prihatin!!!

first sekali, alhamdulillah sebanyak2nya kepada ALLAH kerana telah memanjangkan umurku sehingga ke hari ini. di mana setiap hari aku belajar untuk mengenali-MU dengan lebih dekat dan anugerah yang paling tinggi tak terbalas bagiku sekarang ini ialah menyedari hakikat kasih sayangMU yang sangat berharga buat aku yang sangat tak layak nih..

terima kasih YA ALLAH dengan segala nikmat dan pengajaran yang berikan kepadaku. segala sesuatu yang KAU berikan kepadaku walaupun untuk cuma seketika tetapi aku bersyukur sangat sangat sangat.

segala puji aku panjatkan kepadaMU kerana telah mempertemukan aku dengan hamba2MU yang sangat menghargai aku. yang banyak memberi aku pengajaran dan ilmu. pada kali ini, aku sedar bahawa wujudnya mereka, orang2 yang sangat rugi jika aku tinggalkan.

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!

--------------------------------------------------------------------------------------

okayhh..second thing.

i wanna say thank you so much pada semua yang wish. terima kasih banyak2!!!

jasamu dikenang..hehehe

loads of thank-you-sooo-much to:

member2 + junior2 ku---->
mimie, nazurah, fieza ramli, miera, fada, ieqa, fieda, shikin, bilah, fathin, durrah, haris, ammar, farhana norlisan, ummu. 

budak2 kmb----->
roomateku, baizurina.
klasmate2ku, m09e yang tersayangssss!
atiqah m09L
dan lain2.

and lots of special-thank-you-very-much for your wishes that made me realise that I had such a wonderful family members everrr!!!

mama
ayah
angah
jiha
and not forgotten
maktam and family (paktam, adam, akif)

and lastly,
wanna say again

THANK YOU SOOOO MUCH!!!!!!
I REALLY APPRECIATE IT
AND
I MEAN IT WITH ALL MY HEART!!

Saturday 12 June 2010

tagged~atiqah.izni

assalamualaikum..

ni kena tagged lagi. takpe2..demi persahabatan yang telah terjalin dari form 1 lagi..aku buat tag ni ye, izni..^_^

write 5 interesting facts about the person who tagged you.

-nama dia atiqah izni

-member sekolah menengah aku.hehe

-dia ni dulu kamceng dengan quro, nazurah, ima dan sewaktu dengannya.

-but actually, dia sangat nice orangnya. up-to-date jugak!

-first time aku kenal waktu orientasi form 1 dulu. dia satu group dengan aku. tapi aku lupa la nama group orientasi..haha. memangla itu semua hal 6 tahun yang lepas.! ^_^

jot down 5 interesting facts about urself or ur hobbies.

-erm..pasal aku ni takde interesting pon. kalau aku kata interesting, tak semua orang agree dengan aku.

- yang penting, aku nak capai matlamat hidup aku yang dua nih. insyaallah! bukan senang nak capai tau..perlu banyak pengorbanan dan usaha.

ganbaremasho, bella-san!!


Thursday 10 June 2010

imsomnia.seketika.

assalamualaikum..

baru je baca 1 blog member kmb, auni. serius sangat tertampar dengan entry-nya. klik ENTRY utk baca. *perlu baca, okeyh?!*

pagi tadi, nak tidur lepas dah post (previous) entry. then, bila usha blog balik nampak gambar arwah jannah kat blog. terus teringat satu benda.

MATI TIDAK MENGENAL USIA KITA.
MATI TIDAK MENGENAL WAKTU PAGI, PETANG ATAU MALAM.
ANDAI SAAT ITU AJALNYA, MAKA MATILAH IA.
KUN-FAYAKUNN.

itu yang terlintas kat hati aku.

bila aku ingat mati, aku mula fikir keluarga aku. rindunya aku pada mereka nanti. takutnya aku untuk menempuh jalan maut ini seorang diri. sampai satu tahap, aku berdoa "YA ALLAH, aku ingin hidup untuk menggalas agama-MU bertahun-tahun lagi."
intipati doa aku nih bukankah sama je macam doa orang kafir yang ingin kembali ke dunia. 

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku kembalilkanlah aku (ke dunia), agar aku membuat amal saleh yang aku telah tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan."
23:99,100 sumber

serius. aku tengah menggeletar nih. even though sekarang dah pagi terang-benderang.

pagi tadi, aku tak boleh tidur. dekat 2 jam. sampai aku buat benda yang tak masuk akal untuk orang yang meningkat usia remajanya. tapi, nasib baik aku ni agak manjala jugak orangnya.

aku menggeletar. aku rasa sejuk sangat sampai aku rasa nak demam pikir tentang maut nih. aku mula bayang benda2 yang aku belajar tentang bab "maut" ini. at that point baru aku sedar. ini bukan perkara main2 bella. ini benda yang akan kau lalui bila-bila masa. dan aku tersentak...

aku mengaku, come to the conclusion, AKU TAKUT MATI. AKU TAK BERSEDIA UNTUK MATI.

alangkah teruknya aku. padahal, muslim itu sangat tidak takut pada mati. malah, mati itu adalah satu jalan untuk bertemu dengan PENCIPTA kita, YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG. mati itu indah di mata muslim. apa lagi kalau SYAHID. 

*sigh* aku asyik memikirkan benda ni non-stop. sedarlah, bella. ini satu kepastian. aku ingat satu quote yang aku pernah baca.
-->manusia suka mengejar yang hal yang tidak nyata, padahal benda yang nyata dibiarkan sahaja.

betul la tu. manusia asyik mengejar hal-hal kat dunia (kahwin especially!) nih sampai mengorbankan harta, jiwa, otak, emosi. tapi, tak banyak kali kita dok perah otak, harta, jiwa, emosi kerana benda yang pasti--->MAUT.

badan aku tak henti menggeletar lagi. aku nervous. bukankah itu maksudnya TAKUT? kan?

macamana ni? aku nak sangat jadi macam individu muslim sepatutnya. bila pikirkan mati, aku septutnya rasa bahagia. tapi, rasanya perlu jugak aku takut, at least ini satu cara aku mengingati ALLAH. tapi, yelah, still pokoknya aku rasa aku tak layak macam yang disebut oleh sahabatku, auni dalam blognya *link di atas*

okeyh, aku tinggalkan gundah-gulana aku di sini. untuk korang rasakannya. semoga kita berpijak di bumi yang nyata. bak kata satu blog ni,

````KITA SEDANG DISEMBELIH OLEH REALITI!````

(masih seram sejuk)

i.say.i.enjoy.it.so.much!!

assalamualaikum...

sekarang jam lappy aku dah lebih pukul 1 pagi. wooohhh~~ teramatla mengantuk tapi aku nak jugak tulis entry ni.

hari ni, memang BEST sangat!!

hari ni, dua2 adik aku tu temankan aku pergi smakl.*sekolah lama and my bro's current school* actually, diorang terpaksa pergi. huahuahua.

flow journey kitorang;

dari star BTS --> star BANDARAYA --> naik KTM BANK NGR *kitorang tiga2 bantai naik women's coach, adek laki aku buat muka selenge je..hik3*--> turun kat KEPONG SENTRAL --> naik teksi sampai sekolah.

balik pulak.

KTM KEPONG --> KTM BTS --> naik teksi sampai rumah.

aku dengan adik laki aku bagi choice kat adek pompuan aku, jia umur darjah 2. either nak pergi KTM jalan kaki or naik teksi. then, jia kata nak adventure sikit. so, kitorang pon jalanla kaki. mula2 takut jia tu tak larat. mana taknya jalan paling cepat pon 20 minit.

but then, kitorang akhirnya sampai kat KTM kepong tu. adventure la jugak. tak pernah kitorang 3 orang jalan kaki jauh macam nih. kalau tak naik kereta je.

it was such a great memory, indeed. walaupon sekadar jalan kaki tepi jalan raya. melintas jalan besar sambil mendengar arahan kapten (adek laki aku). lepas tu, waktu aku dengan jia tengah cuak sebab ada anjing kat tepi kitorang, boleh pulak adek laki aku tu pergi kacau anjing tu. haihh..cari nahas betol! sempat jugak poyo2 bagi tips "buat muka confident je.." 

but, it was fun. gelak terbahak bersama2. kena diri lama2, berhimpit2 kat dalam KTM yang sesak macam tin sardin*itu adalah norma* sambil bau macam2. paling dahsyat bila bau macam korang ada kat dalam jamban. (adoooiiii pening owhh~~).

tambah pulak dengan benda yang paling aku annoyed tahap dewa, dengan pemandangan orang yang sedang angau bercinta siap ambik kesempatan waktu berhimpit, diorang pon makin rapat je. paling tak tahan bila couple melayu which is awek dia pakai tudung tapi dok peluk2. (nauzubillah..) tapi, kesian la kat jia sebab dia dah la kecik. aku suruh jia baca komik, tak bagi dia tengok benda tak sepatutnya.

last sekali, aku tak puas hati dengan teksi nih. kenapa cepat sangat meter dia naik huh?! perghh!! aku kira paling lama pon lepas 30 saat mesti naik seposen. normally, lepas 20 saat, naik 10 sen. gilaa la. nasib baik aku bawak duit banyak sikit, kalau tidak..memang tak la..

whatever it is, aku rasa bersyukur coz adik2 aku tak selfish sanggup teman, jalan jauh semata kerana hal aku sorang je. diorang tak dapat apa2 cuma last sekali aku buat nasi goreng kat diorang..hik3. *tapi,tak berapa nak sedap la..but, sebab semua orang lapar, nasi tu habis jugak..lol*

thank you, angah dengan jiha temankan along. i'll always gonna remember this.^_^

last sekali, bajet our adventurous journey: rm 30++ just for nak ambil 2 keping sijil je.

malam ni, diorang dah tidur dah. kalau hari lain, memang bersinar2 lagi mata diorang..main games je.

okay, gtg.

salam...^_^

Thursday 3 June 2010

hilangnya.seorang.teman.dari.saf. -_-

assalamualaikum...

especially to dearest KMBians,
alfatihah buat sahabatku, blockmate (block D) yang baru sahaja meninggalkan dunia yang sementara ini di langkawi.
tadi, baru je cakap dengan classmate dia, fatin. memang benar berita nih. fatin menangis je tak dapat nak cakap. budak2 kelas M09B kat hospital Langkawi.

Ya ALLAH!

pada mulanya, aku tak sangka sangat bila dapat mesej dari ainah.
bila dah tahu, rasa terkejut sangat. sangat. SANGAT.!
betapa mati itu boleh datang bila2 masa.
aku sangat merasakannya bila mati itu berlaku pada orang yang dekat

aku teringat last usrah untuk sem 2 and sekarang inilah buktinya.

bila2 masa saje ajal itu datang. adakah kita bersedia??

aku masih tak percaya. 
aku tak dapat mengeluarkan air mata.
mungkin bila aku kembali KMB baru terasa kehilangannya.

alfatihah buat sahabatku, JANNAH SANI.
semoga roh dicucuri rahmat di sana. amin. alfatihah...
ALLAH lebih menyayangimu



it's.just.an.opinion.

assalamualaikum...

aku baru sampai PN nih. nak cari info sikit. tadi, naik kereta dengan mama and jiha. then, mak aku bukak radio. aku dengarlah berita yang finally 12 malaysian volunteers sudah dilepaskan. alhamdulillah~ i'm sure all malaysian felt the same, rite?!

then, aku dengarlah orang ini berkata, orang itu berkata, habis semua kata2 aku dengar pasal 12 malaysian dibebaskan, israel kejam, etc. but one thing, selepas aku dah dengar semua kata-kata tu, aku hairan, i kept hearing of these words;

"Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia selamat."

tone suara orang2 yang cakap phrase nih seakan macam rasa cerita ni dah selesai, dah sampai penamatnya.

maksud aku ialah macam takde seorang pun yang nak tahu macamana dengan keadaan rakyat negara lain, i mean volunteers from other country especially muslims. volunteers from indonesia, and so on selamat ke diorang? media asyik fokus kata malaysians semua selamat. 

habis yang lain?
what about other muslims?
what about non-muslims yang join sekali atas dasar kemanusiaan?

muslim itu kan bersaudara.

actually, this is what we called nationalism. believe it or not, orang2 kafir guna nationalism untuk memecahbelahkan umat islam sedunia. sejak zaman khalifah lagi..! dulu, aku pelik bila imam hassan al-banna kritik pasal nasionalisme ni. but now, baru aku faham. umat islam sekarang terlampau as-sabiyah mengikut negara masing2. that's why la palestine, iraq, europe countries and etc sampai sekarang umat islamnya tak aman. because of, kita tak pernah pikir pasal diorang. malaysia risau pasal malaysians. macam negara2 arab jugak.

dulu, waktu aku sekolah menengah. aku selalu jugak pikir. yang mana yang betul eh? --> perang kerana tanah air tercinta atau perang kerana Islam?
sebab, dari kecik, dekat sekolah, kita selalu di-'mindset'kan dengan ayat "berjuang demi tanah air tercinta", "perajurit negara".

and sampai satu masa aku pikir, perang kerana tanah air itu lebih tepat. 

what saddens me more is, up until now, people especially muslims in malaysia still cannot read between the lines about nationalism.

mesti orang yang came out dengan idea nasionalisme gelak terbahak2 melihat masyarakat dunia. tanpa kita sedar, minda kita di bawah pengaruh mereka. example, Lawrence of Arabia. *credit to nadh kadir*

so, let's think again of what we do now.
suka atau tidak,
minda kita sudah lama di-control oleh orang2 yang kufur itu.
and it's a TRUTH!  

p/s : aku try cari news pasal non-malaysians volunteers tapi tak jumpala..sape yang tau kasi tau ye. bagi link ke. thanx!

do not forget about 'rachel corrie' (is the name of the ship correct?) ship.
refer to lifeline4gaza.org

tagged~majesty @ kak aliaa nabilah

assalamualaikum...

dapat award dari kak aliaa a.k.a ex-akak dorm aku, dorm C. *majulah dorm C selamanya. hik3* talking about that, aku sangat happy sebab aku still dapat keep in touch dengan dormate2 dorm C, especially dura, kak aliaa, kak nani, kak fizza. waahhh~~ teringat waktu sekolah dulu. it was cannot-erase-at-all memories. sweeett like sugar.
*okeyh..sudah merepeknya*

btw, siapa yang kena tagged dapat award nih!!

 

perkara 1:

loads of thank-you-so-much to aliaa nabilah kamaruddin *kirim salam kat aliaa lagi satu eh..!:)*

perkara 2:

cerita 7 benda pasal diri awak..

1. saya ada banyak benda nak pikir!! and banyak benda nak kena buat tapi satu kerja pon saya tak suka!!
 
2. saya seorang yang suka pretend 'nothing happens' selagi orang tak state problem tu dekat saya.

3. i feel like i've a little bit of eun-ja's personality

4. saya selalu tidur lambat sekarang ni. and i don't like it!

5. masa cuti, saya sudah tidak disiplin, berubah slowly ke arah yang *****, but still try to keep the 'in-KMB-attitude'. insyaallah!!

6. i was very touched of what i read today in the library. awww~~ i want to be like them badly. *almubasyiruna biljannah*

7. i'll keep blogging and blogwalking as i find it a veryy effective way to keep me still in HIS road..aminn^_^
 
perkara 3:

tag rakan2 lain..

berikut adalah org2 bertuah...

jeng jeng jeng
1. mereka yang pernah belajar sama tadika dengan saya (tadika semai bakti felda)

2. mereka yang pernah belajar sama sekolah rendah dengan saya (sek ren agama dato keramat & SK jln gurney 1)

3. mereka yang pernah belajar sama sekolah menengah dengan saya (SMK agama kuala lumpur)

4. mereka yang pernah belajar sama kolej dengan saya (kolej mara banting)

5. all in all, sesiapa yang rasa ikhlas nak buat, silakan. takde paksaan. yang penting niat kerana ALLAH. that's all. semoga dengan main tagged-tagged ni dapat menguatkan ukhuwah kita.









Wednesday 2 June 2010

unspeakable

assalamualaikum..

it's not like watching any typical korean drama...
it's more to
erm....
i dont know

it's
unspeakable,
undefined,
cannot be explained...

that's just sooo heavy for me
un.bear.able

O ALLAH,
i keep remind myself
everything happens for a reason
and i hope it's true

no...

I BELIEVE it's true!!
coz YOU made it

i mean
my life.

i pray to YOU,
please...
please...
clear it
turn back to normal
i beg YOU
please YA ALLAH.

only YOU, can brings the joy, the happiness.

p/s: please do not put any comment and do not ask me anything! thank you.