Monday 30 September 2013

kembara.daie.

Alhamdulillah Allah izinkan diri ini mengembara...alhamdulillah walau sekejap tapi penuh benda-benda yang dibuat, tak pernah ada rasa menyesal atau sedih, malah bahagia syukur pada yang Maha Esa dgn pengembaraan ini. 

Memang sudah lama niat di hati nak mengembara melihat orang lain bekerja. macamana mereka bekerja? macamana mad'u diorang? macamana waqi' diorang? macamana diorang handle waqi' diorang? 

Sebenarnya ilham ini bukanlah datang dari otak sendiri tapi hasil tunjuk ajar dua orang kakak2 ni yang aku anggap sangat banyak mengajar aku melihat perkara besar, berjiwa besar. 

"Akak tahu nanti akak jumpa awak lagi, awak boleh bagitau akak macamana waqi' lokaliti luar? macamana penggerak dia? berapa takungan mad'u kat sana?"

Lebih kurang begitulah kata-kata kakak tersebut. Sudah lama aku fikirkan benda ini, sudah banyak kali aku mencari bilakah masa yang tepat. Pada mulanya, aku plan nak turun ke W pada cuti spring kemudian akan turun ke P pada waktu summer. Namun, tak berhasil. Cuti spring sangat packed. Alhamdulillah Allah izinkan weekend lepas utk aku turun ke sana.

Scene #1

Flight pukul 6 pagi, maka perlu bertolak ke airport by 5 pagi. Siang harinya, penuh dgn kerja. Ke sana ke mari siapkan kerja, jalan jauh ambik barang, malam bawak liqa', lepas tu siapkan barang & ambik kunci. Konklusinya, malam itu memang penat. Tapi kena paksa diri untuk bangun jugak esok! Maka, tidurlah di ruang tamu. Niat di hati insyaAllah moga Allah bantu untuk aku bangun awal, dapat sampai ke airport before 6 pagi. 

Keesokan harinya, mata dibuka. Astaghfirullah! Cahaya pagi dah memancar. 

"Pukul berapa dah ni?"
"Ya Rabbana, pukul 7!!" 

Memang marah dan sedih bercampur. Marah dan sedih dengan diri sendiri. Betapa teruknya diri ini! Lambat bangun, tertinggal subuh, habis amanah orang kau musnahkan, tiket flight pakai duit orang, maka kau musnahkan duit orang itu dgn sia-sia. Lagi teruk bila rasa kenapa macam ni?! 

Terus call akhawat sana. Nangis-nangis. Tapi ukht sana tenang sahaja. Padahal dialah orang paling patut risau menanggung beban kesalahan aku. 

"Takpe. Rileks bella. Awak cuba call naqibah awak dulu eh. Lepas itu awak bagitau akak macamana."

Kemudian, call ukht 'murabbi'. Nangis-nangis lagi. 

"Bella..awak jangan macam ini. Qaddarallah! Ini semua ketentuan Allah. Kita boleh bermuhasabah tapi dont take it so hard for yourself." Yup, dia memang sangat mengenali aku.

Maka, keputusan dibuat. Akan tetap ke sana, beli tiket on the spot sebelum tengahari. Alhamdulillah by 11 pagi sampai sudah aku ke sana. 

Tarbiyah #1

Betapa kelemahan kita ini sangat memberi kesan kepada dakwah sendiri. Betapa perangai buruk kita ini memberi kesan kepada akhawat kita yang tak bersalah, menanggung kesalahan kita. Betapa perlunya kita membaiki, improve diri untuk kemaslahatan dnt. Kita perlu jadi orang yang hebar utk Islam! 

Memang satu tamparan besar pada aku pagi itu. Apa lagi bila itu adalah amanah & tanggungjawab yang kita pikul, kemudian kita tamatkan dengan sia-sia. Alangkah teruknya kita! 

cukup sekadar itu. Kalau ada kesempatan aku tulis lagi. Moga menjadi peringatan kita bersama. 
 

Tuesday 24 September 2013

Maafkan aku ukht!

Yiruma - Time Forgets

Untuk ukhti fillah
Kita dekat namun kita jauh
Pedih aku membacanya
Pedih lagi kau yang merasa
Apatah lagi pedih kau tanggung seorang diri, ukht.

Allahuuuu T_T
Betapa aku berasa bersalahnya diri ini
Mampu aku ini menulis di sini saja untuk memberitahu
Kaku lidahku bila berdepan denganmu

Apa mungkin salah aku kerana tak tahu bagaimana harus aku ambil berat tentangmu
Apa mungkin salah aku menampakkan diriku ini sibuk mengurus waktu
Apa mungkin salah aku sendiri yang kurang sensitiviti padamu
Hanya mampu mengingatkan kau
Apa sudah kau ambil ubatmu atau belum?
Loser bukan?

Aku harap kau akan terus bertahan kuat
menghadapi mehnah-mehnah yang mendatang
moga Allah terus kuatkan hati kau
fizikal kau
iman kau

InsyaAllah aku akan terus mendoakan kau bersama ramai lagi ukhtuna yang lain
Ya Allah Kau hapuskanlah segala kesakitan, kepahitan yang akhwati mengalami
Kau berikanlah ketenangan hati kepada mereka
Kuatkanlah mereka ya Allah
Aku mohon ya Allah terus kuatkan mereka ya Allah!

Terus kuat ukht!
Aku akan terus doakan kau

Akhir sekali
pinta aku jauh dari lubuk hatiku
Maafkan aku, ukht!
atas segala kelemahanku




Sunday 15 September 2013

hati.di.musim.spring.



Cuti musim bunga ingin melabuhkan tirainya. Ahh..pantas sungguh masa berlalu. Masakan dua minggu cuti tak terasa lamanya. Baru seperti semalam pulang dari mukhayyam. Bandar A makin sejuk nampaknya. Bunga-bunganya pun semakin mengembang mekar mengikut arus waktu..begitu juga hati Nadia. Mekar..bahagia sekali. Spring Rain hasil nukilan Yiruma bermain-main dalam mindanya..indah..seindah hatinya! 

Nadia senyum sendiri menghadap pemandangan luarnya. Bangunan-bangunan di bandar A sungguh tinggi melangit. Makin membiru makin menggelap hari. Lampu-lampu bangunan mula kelihatan. Biar matahari makin pergi menghilang, tapi cahaya pancaran hatinya masih di situ.

Berita-berita gembira dibawa oleh anak-anak buahnya. Baru petang tadi Nadia selesai ber-bulatan gembira bersama anak-anak buahnya. Masing-masing menceritakan perkembangan diri dalam sesi perbincangan mereka. Banyak kerisauan dan masalah yang dilontarkan oleh mereka. 

"Ahh..sudah besar mereka semua! Sudah matang anak-anakku!" 

Begitulah cerianya hati Nadia. Betapa gembiranya dia melihat anak-anak buahnya membesar menjadi pendokong-pendokong al-Haq. Ternyata jika diimbas semula memori awal tahun lepas, banyak sungguh perubahan & kefahaman yang mereka alami. Nadia mengimbas setiap wajah mereka dalam kotak fikirannya. Satu-satu wajah ditatapi. 

Aini baru saja dipeluknya, pergi menaiki bas pulang ke rumah 2 jam dari bandar Nadia duduki.
Farahin baru saja dipeluknya di depan apartmentnya tadi. 
Hana baru saja dipeluknya, tinggal di rumah sewaktu Nadia ingin menghantar Aini ke stesen bas tadi.
Aida si banyak mulut itu baru saja dipeluknya, pergi menguruskan hal yang dirahsiakan. 

"Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMu ini. Sungguh, hanya padaMu aku meletakkan segala pengharapan & kegembiraanku!"

Sesekali berita-berita gembira yang kecil sangat memberi kekuatan kepada dirinya. Seakan satu motivasi supaya dia terus bergerak melangkah. Matanya memandang buku-buku Plant di atas mejanya. 

"Come on la Nadia. Banyak lagi kerja kau sekarang ini. Jom teruskan usaha. Pulun study demi DnT!"

 Fin.