Thursday, 20 April 2017

Bintang.Malam.Setia.Seperti.Dirimu.


"Bintang malam setia seperti dirimu 
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan kumasih terasa degupan jantungmu 
Tanpamu kukan rapuh"

---

Dua hari lepas, aku balik dari Shah Alam pagi lepas usrah malamnya. Ayah pick-uped kat stesen tren kemudian drive dia terus ke tempat dia nak pergi, Bukit Jalil. Aku bawak balik kereta seorang diri ke rumah. Dalam kepala waktu hantar ayah tu dah fikir macam-macam. Nak beli itu ini kat Aeon Big sebab nak masak macam-macam. Haha. 

Lepas hantar ayah terus tak ingat handphone terus meluru ke Aeon Big dan bermacam-macam aku beli guna duit aku. Haha. Freedomm! Sejurus shopping selesai maka kembalilah aku ke rumah. Tengok-tengok phone ada 5 misscalleds, 2 whatsapp messages dan 2 text messages dari ayah dan mak aku. 

Dalam hati, "Alamak, matilah aku. Lupa nak update keberadaan diri. Huhu"

Memang tabiat aku bila keluar lupa nak bagitau dah sampai mana report kat mak ayah aku. Dibuatnya hari itu benda yang sama berlaku. Sorry ayah mama bila dah keluar kepala otak dah fokus dah nak buat kerja. Hehe. Sampai lupa mama ayah :P

So, terus call ayah aku, "Ayah, sorry tadi phone silent pastu lupa nak bagitau. Ni dah sampai rumah dah. Tadi along pi aeon big." 

Mulalah ayah aku membebel. Dari waktu aku call tu sampai ke malamnya. Hohoho. 

"Penat orang call tak angkat. Orang dok risau dah awat tak angkat call. Nak main golf pon payah. Takleh fokus", ngomel ayah aku. Aku hanya tersenyum kambing je kat dia. 

Tak sangka kan umur dah besar gabak, ayah mak aku masih lagi treat aku macam budak-budak tanya dah sampai ke belum. Update selalu. 

----

Hari tu aku bangun tidur. Tengok phone ada orang messaged. Orang jauh nun di new zealand sana. Dia bagilah kata-kata semangat sebab aku dok sedih cerita perasaan orang menganggur ini kat dia. Haha. Dapatlah satu hadiah; 


---

Apa sebenarnya point aku nak cerita ini? 

Selalukan kita rasa macam takde orang care pasal kita, bagi kita support dan kita rasa macam kita lalui kepayahan itu seorang diri. Percayalah kita tak pernah seorang diri. Allah itu sentiasa ada di sisi kita. Allah juga datangkan jiwa-jiwa yang sangat sayangkan kita, risaukan kita, doakan kita, nasihat kita. Merekalah bintang-bintang malam! Setia bersama kita menghadapi perjalanan hidup. 

Terkadang kita tengok orang lain, kita rasa macam whoa bestnya hidup dia! Cuba pause kejap, tengok keliling hidup kita. Punya banyak orang-orang yang menyayangi kita. Yes, mungkin diorang tak tunjuk care dan kasih sayang depan-depan. Tak letak gambar, tak letak caption sweet pada kita. Tapi cukuplah kita ambil masa dan cuba cari hidden message daripada kata-kata bebel diorang. Asian don't really say love but they show love! Action speaks louder than words. 

(tapi kadang-kadang kata-kata pun kena tunjuk gak. fair enough.)

Jom sama-sama selalu doakan kebahagiaan dunia akhirat buat mak ayah kita, adik-beradik yang kita selalu gaduh tu, kawan-kawan (akhawat) kita yang selalu kacau daun dalam hidup kita. Their actions speak love.

---

"Darimu kumengenal erti kekuatan
Hadirmu semua indah."

---

p/s: buat akhawat yang dirindui di sana. Selamat berprogram hari ni! 

Wednesday, 19 April 2017

Sesabar.Seorang.Murabbi



Fatimah masuk ke bilik study lalu rebah di depan meja studynya. Air mata ditahan, mulutnya tertutup rapat, matanya terpejam kuat menahan rasa pilu. 

"Ya Allah, kuatkan hati ini", pinta hati kecil Fatimah. Istighfar dikuatkan berulang-ulang kali. 

---

Bukan Fatimah tak biasa dengan asam-garam menjadi murabbi. Tapi setiap kali ujian datang hatinya pasti sakit. Cukup mencabar menjadi murabbi. Manakan tidak, hanya dia seorang yang senior di situ. Teman-teman seperjuangan sudah kembali ke medan realiti sebenar, meninggalkan dia seorang diri di bumi Kiwi bersama anak-anak buahnya. 

Apa yang berlaku kali ini adalah salah satu cabaran seorang murabbi dalam memahamkan anak-anak usrahnya kenapa perlu mengorbankan kesukaan diri daripada kesukaan diri demi untuk menyantuni adik-adik mad'u yang tercinta. Semasa meeting Jaulah tadi, masulah Jaulah bertanyakan aktiviti yang sesuai utk dilakukan bersama adik-adik tahun pertama di sana. Meeting disertai oleh Fatimah dan 5 orang anak-anak usrahnya. Mereka semua akan berjaulah (berjalan-jalan berisi) keliling pulau utara New Zealand selama 2 minggu cuti di situ. 

Aina, si Masulah (ketua projek Jaulah) bertanya, "Okay, utk aktiviti hari kedua kita main water rafting ye?" 

Insyi cuba memberi pandangan yang lain, "Tapi kan kita dah buat dah tahun lepas. Jomlah kita main benda lain." 

Aina menjawab lagi, "Hurm..Insyi, adik2 first year semua nak main water rafting sebab diorang semua tak pernah main. Bila tanya-tanya diorang, ramai jugak yang nak pergi." 

Seorang lagi ahli meeting, Tiqah cuba menambah, "Haah, bila tanya-tanya diorang, diorang ramai yang nak main water rafting. Tapi kan, saya pon tak nak main water rafting boleh tak? Tak cukup duitlah. Kita main benda yang lebih murah." 

Fatimah menarik nafas dan mengeluh. Kelihatan majoriti mereka ingin beraktiviti lain selain daripada water rafting. Padahal itulah tarikan utama Jaulah Pulau Utara, water rafting. Tidaklah berapa menakutkan seperti bungee jumping, agak affordable harganya dan aktivitinya beramai-ramai senang untuk menjalinkan ukhuwah dan bonding-bonding gituu. Hanya Aina sahaja yang ingin teruskan dengan aktiviti water rafting. 

Aina cuba untuk memberi rasional lagi kenapa perlu water rafting, "Akhawat, adik-adik semua nak main water rafting. Main water rafting kan best, lepas tu boleh bonding-bonding dgn adik. Kalau tak, macamana? Hilanglah peluang." 

"Ala Aina, kita main lah benda lain. Bungee jumping ke. Hahh, kita tak pernah buat lagi kan. Kalaulah sebab adik-adik tu, kita bagi je diorang main water rafting. Time diorang main water rafting, kita pergi tempat lain." Aina memang antara orang yang kuat bersuara dan boleh tahan hebat auranya. Anasir taghyir sangat tapi banyak benda yang perlu dibentuk lagi fikrahnya. 

Fatimah cuba bersabar dengan perjalanan meeting tersebut. Kelihatan Aina tidak tahu untuk menjawab apa-apa. Aina lantas memandang tepat kepada Fatimah, kakak murabbinya. Seakan pandangan memohon bantuan memanggil-manggil Fatimah untuk bersuara. Fatimah cuba untuk tersenyum dan memberi buah fikiran untuk anak-anak usrahnya. 

"Akhawat semua, akak rasa kita kena tengok balik hadaf (objektif) kita buat Jaulah ni. Kita nak buat jaulah untuk nak bina hubungan dengan adik-adik kan. Supaya bila diorang semua dah kamceng dengan kita, senanglah untuk kita cerita ttg Allah dan Islam pada mereka. Macam yang Aina dan Tiqah bagitau dan kita semua pun tahu, adik-adik first year ramai yang nak main water rafting kan, jadi lebih best kalau kita teruskan dengan aktiviti itu. Mungkin saja kalau kita tukar aktiviti lain, adik-adik akan buat jaulah mereka sendiri. Melepaslah peluang kita", terang Fatimah satu persatu. 

Anak-anak usrahnya semua tertunduk kelat. Muka mereka agak tak puas hati. Ada yang merengus perlahan tanda protes. Fatimah cuba bertahan dikuatkan hatinya untuk bersabar. Bukan senang untuk memahamkan mereka yang baru saja ingin bergerak di jalan dakwah ini. Mengajarkan mereka tentang prioriti dakwah itu yang penting berbanding kemahuan diri sendiri. Sehinggakan di masa depan nanti, mereka kena berkorban perasaan, jiwa dan harta hanya semata kerana dakwah. Ahh, banyak lagi yang mereka perlu belajar. 

---

Fatimah mencapai telefon bimbitnya. Aplikasi whatsapp dibuka. Ditekan nombor seorang sahabat perjuangannya, Bazy. Ditaip perkataan-perkataan luahan rasanya perlahan-lahan sambil tertumpah air matanya di pipi. 



Salam Bazy, ahhhh susahnya T_T



7.30 pm di Malaysia sekarang. Pasti Bazy sedang menunaikan solat jemaah di Maghrib dan kemudian dinner bersama keluarganya. Fatimah tahu itu rutin harian Bazy selepas Maghrib, menyantuni ahli keluarganya. Cukuplah sekadar dapat menyampaikan luahan rasanya pada sahabat yang disayanginya. Fatimah puas dan lega. Dia yakin Bazy akan membalas keesokan paginya. Jam sudah menunjukkan 12.30 malam. Dia perlu tidur sekarang. Esok Fatimah perlu bangun awal untuk menyiapkan assignment essaynya untuk dihantar hari lusa. 

---

Keesokan paginya, jam loceng telefon bimbit Fatimah berbunyi lantas dia bangun menyelesaikan rutin paginya. Qiyam, subuh bersama akhawat, mathurat, bersiap-siap dan sarapan. Kemudian, dia terus mencapai telefon bimbitnya. Ada mesej whatsapp di situ; 


Wslm Imah, hang on there! Aku tahu bukan senang nak tarbiyah adik-adik tu. Kuatkan kesabaranmu. Nanti kita call eh. Love you fillah. Nah hadiah; 30:60


Fatimah tersenyum. Inilah yang dia nantikan. Satu nasihat berharga buat dirinya yang penuh kelemahan. Lantas dibuka alQuran pemberian murabbi pertamanya. 

"Maka bersabarlah engkau, sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau."
Ar-Rum : ayat 60

Dipanjatkan syukur pada Sang Murabbi Agung. Ya Allah Kau masih lagi bersamaku, memberikan kekuatan kepadaku, menyampaikan kata cintaMu melalui ayat-ayatMu dan tidak pernah aku merasa sesal menggalas beban menjadi seorang daie dan murabbi. Syukur ya Allah atas kurniaanMu; anak-anak buahku dan sahabat-sahabatku yang tercinta. Kau permudahkanlah urusan akhawatku! 

Sekian. 


p/s: buat yang berjuang di sana, moga terus kuat dan tabah mentarbiyah. Buat di sini dalam fasa adaptasi, kuatkanlah kesabaranmu. Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kita. Jazakumullahu khayr. 



Monday, 17 April 2017

Of.feeling.like.a.loser

In a state of feeling like a loser
When you cant do anything
But depends solely on people
You achieve nothing
And you feel like youre not doing anything

O Allah
How painful this state it is
Whatever you hear is just complaining and destructive comments
No compliments, care, support and love

O Allah how tested I am with this state

This test is clearly Allah wanna clean me
I dont know from what
But this pain is real deep
Whenever this feeling comes
It hurts me to the core of my heart

Of feeling like a loser
You just feel like wanna give up