Tuesday 25 September 2012

feel.rasa.feeling.perasaan.

Assalamualaikum..
 
 
Kalau dulu aku ini seorang yang sangat mementingkan rasa..
Ye, rasa..perasaan. Sebab rasa itu yang mengubah aku. Perasaan tatkala aku betul-betul dapat merasakan bahawa bertuahnya menjadi seorang muslim itu, merasakan betapa mahunya aku untuk berada sedekat mungkin dengan Allah. semua rasa itu satu nikmat. mungkin jugak sebab aku ni perempuan. mungkin.
 
Tapi, memang perasaan bertuhankan Allah itu aku feel sedalam-dalamnya. kerana rasa itu datang bukan selalu. jarang. hanya certain waktu sahaja. rasa tenang dan bahagia bila mana bernafas itu aku sedar aku bernafas atas kasih sayangNya. anda pun mesti pernah rasa bukan?
 
memang perasaan itu sangat nikmat hingga satu waktu dulu aku anggap rasa itu yang menjadi kayu ukur tahap imanku. bila mana hati ini serabut dan tak tenang, aku anggap waktu itu iman aku lemah. begitulah sebaliknya.
 
sampai satu masa, seorang kakak berkata kepadaku,
 
"awak tak boleh bergantung pada rasa sahaja..sebab rasa itu bukanlah penentu kebenarannya. nun di gereja itu pun merasakan kedamaian dan dekat dengan apa yg dia percaya sebagai "tuhan". namun, kita tahu agama itu tidak benar, bukan?"
 
Dia menyambung lagi,
 
"bergantunglah kepada Allah sahaja. bila mana perasaan itu datang atau tidak, awak tetap berusaha untuk mendekatkan diri padaNya. bukan rasa yang kita cari, tapi mujahadah yang kita usahakan. rasa itu satu advantage."
 
pernah dengar satu cerita tentang seorang hamba?
 
pada hari itu, seorang hamba ini hendak bersolat, niat yang dipasang solatnya adalah kerana Allah. sewaktu dia bersolat, Allah mengurniakan kekhusyukkan dalam solatnya hingga dia merasakan sangat indah perasaan ketika bersolat.
 
maka, kali kedua dia bersolat niat yang dipasang lebih untuk merasai nikmatnya khusyuk ketika bersolat. teka apa yang berlaku? ya, hamba tersebut tidak khusyuk dalam solatnya. kerana apa? lihat kembali niatnya..bukan kerana Allah tetapi kerana khusyuk, kerana rasa.
 
Astaghfirullah. that what's happen to me, I should say.
 
Terlampau bergantung pada rasa sehingga rasa itu membayangi niat yg utama, kerana Allah. Lillahi taala itu yang utama, nikmat perasaan itu satu bonus sahaja. Takkan mahu bergantung pada rasa. Bila rasa bahagia baru struggle berusaha. Bila serabut, terus tak bersemangat. That's not the way!
 
Bersungguh-sungguh dalam keadaan susah dan senang, bella.
 
That's it.
 
p/s: post ini sangat serius bukan? memang perlu kerana post ini seriuuusss tahap tak hengat!
p/s: doakan saya..saya tengah struggle neh. >_<

Saturday 15 September 2012

KITA?

source

Assalamualaikum...

Musuh itu takkan lenyap sampai bila-bila,
Al-Haq itu pasti ada penentangnya,
Islam itu pasti ada musuhnya.
Dan sejelas-jelas musuh kita adalah syaitonirrajim

Aku tidak risau tentang mereka musuh-musuh Allah ini
kerana aku yakin dan sangat percaya bahawa
di satu hari nanti
di hari yang bersejarah itu
mereka semua akan mendapat balasan setimpalnya.

Pada hari itu,
mereka takkan dapat lari ke mana-mana.
Mereka akan diseksa di dalam api neraka.
Di saat Allah mengatakan kepada mereka,
"NAH! Rasakanlah azab seksaan-Ku yang pedih ini!"

Pada hari itu,
keadilan akan tertegak,
hukuman azab dijalankan.
Hati yang mana tidak lega saat melihat keadilan itu terlaksana..
Hati yang mana tidak lega bila melihat musuh-musuh Allah dan Rasulullah diseksa
atas apa yang selama ini mereka lakukan di dunia ini sewenang-wenangnya.
Hati mana..!

Hati ini,
di saat ini,
sakit, pedih, pilu
melihat mereka sesuka hati mencaci, memaki, memperkotak-katikkan Allah dan Rasul.
Hati ini meronta-ronta berdoa,
"Ya Allah, Kau berikanlah azab seksaan yang maha dahsyat kepada mereka!"
Tatkala tidak dapat aku hamburkan kemarahanku ini melalui lisanku,
hanya memendam amarahku jauh-jauh dalam sanubari..
sungguh aku pedih menahan amarah ini!

Namun,
apa yang aku lebih risaukan,
apa yang aku lebih khuatirkan,
bukanlah mereka musuh-musuh Allah itu..
tetapi aku, kau dan kita,
umat Muhammad,
para hamba Allah sekalian.
Aku lebih risaukan kita,
KITA,
mereka yang menglafazkan syahadatain itu.
Ya, aku lebih risaukan kita.

Sejauh mana usaha kita untuk membuktikan Islam itu indah?
Sejauh mana usaha kita untuk menunjukkan bahawa Islam itu Al-Haq?
Sejauh mana kita bangga bahawa Islam itu agama kita?
Cukup, aku yakin kamu faham maksudku ini.

Wahai hati-hati yang bertuhankan Allah,
renung kembali diri kita..
tatkala membaca ayat-ayat cintaNya, adakah waktunya hati kita tersentuh?
tatkala berjalan di bumiNya, adakah waktunya hati kita teringat kepadaNya?
tatkala melihat manusia, adakah terpalit di hati kita rasa sedih mengenangkan nasib manusia yang lari jauh dari Islam ini?
Masa yang diberikan oleh Allah kepada kita, bagaimana kita mengisinya?

Musuh-musuh Allah itu kesudahannya
sudah ditulis azab neraka..
Para rasul dan para mu'minin terdahulu itu kesudahannya
sudah pasti kenikmatan syurga..
Kita, yang bernyawa di dunia ini?
Apa kesudahan kita?

Bangunlah! Sedarlah! Bahawa duniawi yang kita sanjungi ini tidak punya apa-apa di akhirat kelak!

P/s: sangat runsing dengan keadaan sekarang. sebagai muslim yang berwarganegara Malaysia, aku melihat saudara-saudara muslim setanah airku diserang bertubi-tubi dari dalam dan luar negara oleh mereka puak jahiliyyah yang sangat tersusun perancangannya.