Thursday, 10 June 2010

i.say.i.enjoy.it.so.much!!

assalamualaikum...

sekarang jam lappy aku dah lebih pukul 1 pagi. wooohhh~~ teramatla mengantuk tapi aku nak jugak tulis entry ni.

hari ni, memang BEST sangat!!

hari ni, dua2 adik aku tu temankan aku pergi smakl.*sekolah lama and my bro's current school* actually, diorang terpaksa pergi. huahuahua.

flow journey kitorang;

dari star BTS --> star BANDARAYA --> naik KTM BANK NGR *kitorang tiga2 bantai naik women's coach, adek laki aku buat muka selenge je..hik3*--> turun kat KEPONG SENTRAL --> naik teksi sampai sekolah.

balik pulak.

KTM KEPONG --> KTM BTS --> naik teksi sampai rumah.

aku dengan adik laki aku bagi choice kat adek pompuan aku, jia umur darjah 2. either nak pergi KTM jalan kaki or naik teksi. then, jia kata nak adventure sikit. so, kitorang pon jalanla kaki. mula2 takut jia tu tak larat. mana taknya jalan paling cepat pon 20 minit.

but then, kitorang akhirnya sampai kat KTM kepong tu. adventure la jugak. tak pernah kitorang 3 orang jalan kaki jauh macam nih. kalau tak naik kereta je.

it was such a great memory, indeed. walaupon sekadar jalan kaki tepi jalan raya. melintas jalan besar sambil mendengar arahan kapten (adek laki aku). lepas tu, waktu aku dengan jia tengah cuak sebab ada anjing kat tepi kitorang, boleh pulak adek laki aku tu pergi kacau anjing tu. haihh..cari nahas betol! sempat jugak poyo2 bagi tips "buat muka confident je.." 

but, it was fun. gelak terbahak bersama2. kena diri lama2, berhimpit2 kat dalam KTM yang sesak macam tin sardin*itu adalah norma* sambil bau macam2. paling dahsyat bila bau macam korang ada kat dalam jamban. (adoooiiii pening owhh~~).

tambah pulak dengan benda yang paling aku annoyed tahap dewa, dengan pemandangan orang yang sedang angau bercinta siap ambik kesempatan waktu berhimpit, diorang pon makin rapat je. paling tak tahan bila couple melayu which is awek dia pakai tudung tapi dok peluk2. (nauzubillah..) tapi, kesian la kat jia sebab dia dah la kecik. aku suruh jia baca komik, tak bagi dia tengok benda tak sepatutnya.

last sekali, aku tak puas hati dengan teksi nih. kenapa cepat sangat meter dia naik huh?! perghh!! aku kira paling lama pon lepas 30 saat mesti naik seposen. normally, lepas 20 saat, naik 10 sen. gilaa la. nasib baik aku bawak duit banyak sikit, kalau tidak..memang tak la..

whatever it is, aku rasa bersyukur coz adik2 aku tak selfish sanggup teman, jalan jauh semata kerana hal aku sorang je. diorang tak dapat apa2 cuma last sekali aku buat nasi goreng kat diorang..hik3. *tapi,tak berapa nak sedap la..but, sebab semua orang lapar, nasi tu habis jugak..lol*

thank you, angah dengan jiha temankan along. i'll always gonna remember this.^_^

last sekali, bajet our adventurous journey: rm 30++ just for nak ambil 2 keping sijil je.

malam ni, diorang dah tidur dah. kalau hari lain, memang bersinar2 lagi mata diorang..main games je.

okay, gtg.

salam...^_^

No comments: