Tuesday, 29 June 2010

baru.pulang.dari.SJ.

assalamualaikum...

melalui sem 3 ni. ye, memang hectic berbanding sem lepas. banyak benda yang aku lalui walaupun tak sampai sebulan lagi. tangunggjawab terbesar masih berat dipikul ke atas bahu aku. membawa makna besar 'syahadatain' bukanlah sesuatu yang mudah. bahkan lebih teruk dari terpaksa menyiapkan EE dalam 1 hari. jauh perbezaannya...

tidak tahu pengakhiran perjalanan perjuangan kami bagaimana..tetapi, hanya usaha yang kami mampu kuatkan. itu saja yang kami buat, usaha. segala kerja yang diberi, all those IB thinggs hanya memenatkan dan merisaukan aku dan sahabat2ku. risau untuk banyak perkara. terkejarkah kami semuanya??

ye.
i still remember those words.

SYURGA ALLAH BUKAN MURAH. HANYA ORANG YANG HEBAT DAPAT MEMASUKINYA.

dengan tenaga yang Ar-Rahim berikan, aku tetap bergerak di muka bumi ini. tetap berbaris bersama-sama.

kadang2, memang terlintas di fikiran. selalu...
kerana takut agama menjadi fitnah
kerana itu risau sepanjang masa.

tiba2 rindu pula yang mendatang.
apa khabar sahabatku di sana??
insyaallah kau tunggu kami di syurga.

banyak benda yang berlaku dalam masa terdekat ini. banyak memberi pengajaran dan pengalaman. bila sedar, semua ini, pahit, manis, payau dan sbgnya semua datang dari YANG MAHA ESA.

alhamdulillah~~
kerana memberi aku kesempatan bertemu dengan mereka yang mengajarku semua benda ini.

adesss~~

No comments: