Thursday, 10 June 2010

imsomnia.seketika.

assalamualaikum..

baru je baca 1 blog member kmb, auni. serius sangat tertampar dengan entry-nya. klik ENTRY utk baca. *perlu baca, okeyh?!*

pagi tadi, nak tidur lepas dah post (previous) entry. then, bila usha blog balik nampak gambar arwah jannah kat blog. terus teringat satu benda.

MATI TIDAK MENGENAL USIA KITA.
MATI TIDAK MENGENAL WAKTU PAGI, PETANG ATAU MALAM.
ANDAI SAAT ITU AJALNYA, MAKA MATILAH IA.
KUN-FAYAKUNN.

itu yang terlintas kat hati aku.

bila aku ingat mati, aku mula fikir keluarga aku. rindunya aku pada mereka nanti. takutnya aku untuk menempuh jalan maut ini seorang diri. sampai satu tahap, aku berdoa "YA ALLAH, aku ingin hidup untuk menggalas agama-MU bertahun-tahun lagi."
intipati doa aku nih bukankah sama je macam doa orang kafir yang ingin kembali ke dunia. 

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku kembalilkanlah aku (ke dunia), agar aku membuat amal saleh yang aku telah tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan."
23:99,100 sumber

serius. aku tengah menggeletar nih. even though sekarang dah pagi terang-benderang.

pagi tadi, aku tak boleh tidur. dekat 2 jam. sampai aku buat benda yang tak masuk akal untuk orang yang meningkat usia remajanya. tapi, nasib baik aku ni agak manjala jugak orangnya.

aku menggeletar. aku rasa sejuk sangat sampai aku rasa nak demam pikir tentang maut nih. aku mula bayang benda2 yang aku belajar tentang bab "maut" ini. at that point baru aku sedar. ini bukan perkara main2 bella. ini benda yang akan kau lalui bila-bila masa. dan aku tersentak...

aku mengaku, come to the conclusion, AKU TAKUT MATI. AKU TAK BERSEDIA UNTUK MATI.

alangkah teruknya aku. padahal, muslim itu sangat tidak takut pada mati. malah, mati itu adalah satu jalan untuk bertemu dengan PENCIPTA kita, YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG. mati itu indah di mata muslim. apa lagi kalau SYAHID. 

*sigh* aku asyik memikirkan benda ni non-stop. sedarlah, bella. ini satu kepastian. aku ingat satu quote yang aku pernah baca.
-->manusia suka mengejar yang hal yang tidak nyata, padahal benda yang nyata dibiarkan sahaja.

betul la tu. manusia asyik mengejar hal-hal kat dunia (kahwin especially!) nih sampai mengorbankan harta, jiwa, otak, emosi. tapi, tak banyak kali kita dok perah otak, harta, jiwa, emosi kerana benda yang pasti--->MAUT.

badan aku tak henti menggeletar lagi. aku nervous. bukankah itu maksudnya TAKUT? kan?

macamana ni? aku nak sangat jadi macam individu muslim sepatutnya. bila pikirkan mati, aku septutnya rasa bahagia. tapi, rasanya perlu jugak aku takut, at least ini satu cara aku mengingati ALLAH. tapi, yelah, still pokoknya aku rasa aku tak layak macam yang disebut oleh sahabatku, auni dalam blognya *link di atas*

okeyh, aku tinggalkan gundah-gulana aku di sini. untuk korang rasakannya. semoga kita berpijak di bumi yang nyata. bak kata satu blog ni,

````KITA SEDANG DISEMBELIH OLEH REALITI!````

(masih seram sejuk)

No comments: