assalamualaikum..
hari ni hari sabtu. esok pulak hari ahad. hari yang aku memang tak suka lah. and disebabkan esok hari ahadla hati aku gundah-gulana. jiwa kacau. semua ada la.. mana taknya, esok cuti midsem dah habis. tapi, aku rasa apa yang aku buat sepanjang cuti 1 minggu nih memang tak beneficial betol. adeihh tension owh~
tapi, aku mengaku memang salah aku. tangguh kerja saja. sekarang terimala padahnya.
hari rabu, khamis, jumaat memang aku tak sentuh langsung buku2 tu. so, sekarang math portfolio and article tak siap lagi plus dengan teks rujukan untuk EE malay tu pon tak cari lagi. kasut nak kena beli pon tak beli lagi. hari ni kena keluar pergi JJ la nampak gayanya. aku baru ingat nak siapkan kerja2 nih.
adoii..baru teringat bahan2 nak masak tak beli lagi (anyway, aku tolong nenek aku masak) bawang la, ape2 je la..
lagi berapa minggu je nak final exam sem 2. dahla sem ni penting untuk placement aku. tapi aku rasa usaha aku hampeh lagi. ish3
bila aku listkan kerja2 yang tertangguh memang nampak macam sikit tapi bila aku pikir esok dah kena balik kmb. itula yang menjadi masalahnya. aku tak nak balik!!
tapi, sekarang baru aku rasa "kestressan" level ke-2. sebab before this, bila aku balik rumah. aku just pening2kan kepala aku dengan homework2 kmb tu. tapi, cuti kali ni, bukan setakat homework tu je yang memeningkan tapi kerja2 kat rumah tu pon sama jugak. aku kan house cleaner. nenek aku kerja dia masak je. yelah, nenek aku dah tua takkan nak bagi dia buat kerja rumah. tak bertamadun kannn..
so, memang ujian bila korang dah mop plus vaccum lantai and then esoknya korang jumpa habuk la, air tumpah la atas lantai yang dah bersih berseri wangi tu. mana taknya, jiran sebelah buat renovation. so, habuk2 tu semua masuk rumah aku. lepas tu, bila korang jalan lagi, jumpa pulak kain2 yang terkulai layu kat atas lantai la, atas sofa la..macam2. lepas tu, bila family members datang diorang assume aku pemalas tak buat kerja. tapi, aku cool. aku telan je. buat ape aku nak cerita kat diorang. aku rasa diorang tak berhak nak tahu.
tambah pulak dengan bila aku mintak tolong buat kerja rumah, agak lambat ye perjalanan mereka untuk menolong aku. biasala aku memang dah biasa dengan perangai kaum yang berlawanan nih.. aihh sabar je la wahai hati. actually, aku sedih sebab kerja2 aku tak siap disebabkan semua kerja2 rumah aku sorang yang membuat and memikirkannya. kalaula orang lain tolong aku dengan sukarela and suka hati kan bestttt..for sure mesti siap kerja2 kmb aku tu.
and now, baru aku rasa apa yang mak aku rasa sebelum nih. bila dia mintak aku tolong dia buat kerja rumah, aku buat acuh tak acuh je. sebelum ni, aku selalu pikir mak aku tak consider langsung aku yang "banyak homework nih".
see?!..ada hikmahnya parents aku pergi umrah. kalau tidak, kesedaran takkan ada.
okeyhla.. at least, lepas aku membebel nih kurang sikit tahap kekacauan jiwa aku nih.
huh! kuatkan semangat,bella!!
jom buat kerja sampai siap!
aja2 fighting!!!
^_^
"only me can beat me"
4 comments:
ya,pngurusan masa tu mg sgt pnting sbnrnye..klau x,klm kbut la jdinya..
hurm..btol3!!!
tepat skali!
same la...ta siap pape pon...wuuu~ ta ske dok uma....
kte serupa~~
huhuhu
-_-
Post a Comment