Saturday 2 October 2010

감사합니다 Allah!

assalamualaikum..

alhamdulillah segala yang berlaku semuanya sudah menjadi clear. walaupon masalah tu tak selesai lagi, tapi bila aku dah dapat tahu masalah yang sebenarnya, hati ni takde la rasa susah nak fokus. terima kasih ya Allah.

petang tadi, ade 3 match netball. alhamdulillah berkat practice yang banyak tu, berkat tunjuk ajar coach and support dari kawan2, semuanya belajar lancar. alhamdulillah Allah beri kemenangan kepada kami untuk ketiga2 match tadi. lenguh kaki ni pon baru okay sikit. esok ade lagi match.

aku suka sangat dengan team netball aku. walaupun kami berlatih dengan tekun tapi bila hari nak lawan ni, kami baca almathurat sebelum pergi main tadi. minutes before nak lawan pon, kami sama2 baca doa. 

yup, itulah sifat semulajadi seorang muslim.
bila mana kita dah berusaha bersungguh-sungguh, kita letakkan segala-galanya kepada Allah. biar Allah yang menentukan yang sebaik-baik untuk kita. sebab Allah tahu apa yang paling baik untuk kita!!

memanglah kemenangan bermain netball bukanlah kemenangan yang sebenar, tetapi, jika dilihat kembali, netball itu pon simbolik kepada kehidupan kita. semua orang bersusah payah membaling bola, membawa bola ke tempat gol untuk capai matlamat diorang.   

same thing happens to us. kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam hidup ini untuk mencapai matlamat kita which is mencari keredhaan Allah. dengan apa yang diberi kita sebagai panduan atau "bola" iaitu Al-quran dan As-sunnah sebagai pegangan.

ye..hakikatnya kita akan dapat rasa hidup kita sekejap bila kita ponder balik berapa lama kita dah bernafas. berapa dekatnya maut dengan kita setiap masa. bila kita terima hakikat itu, baru kita sedar hidup ini hanya sementara. 

berapa lama masa kita nak pikir pasal benda yang tak membawa kita ke matlamat sebenar kita. kerana Allah yang sangat menyayangi kita, sedang menunggu kita. 

pernah dulu, aku dengar cerita dari sahabatku sewaktu perbincangan preparation for usrah jumaat. aku bagitau dalam bentuk pemahaman aku dan words aku sendiri.

cerita tentang nabi Ibrahim dan malaikat jibril. satu hari tu, nabi Ibrahim pernah bertanya dekat malaikat Jibril, "macamana kekasih itu (Allah) sanggup mencabut nyawa kekasihnya??" malaikat Jibril pon pergilah bertanya pada Allah dan dia pun pergi menjawab kembali pertanyaan nabi Ibrahim dengan jawapan yang diberikan oleh Allah. Allah menjawab, "Kekasih mana yang sanggup menunggu lama untuk berjumpa dengan kekasihnya". 

awwhh..cerita ni sweet sangat. sampai sekarang aku suka cerita nih. sebab tu lah nak share dgn readers semua..hehe.

okaylah, esok ada match. insyaAllah, semoga apa yang kita dapat today memberi pengajaran pada kita. jaa~

2 comments:

...cintajihad... said...

teringat masa forum dulu.
masa break match tu, depa p solat dhuha dulu :)

gud luck bella !
and very sweet story there
dan sangat menyedarkan :)

syukran

silentdreamer said...

erm..sje je trase nk sharing
may it will be a great lesson to us.
^_^