Saturday, 4 September 2010

please.wake.up!

assalamualaikum...

usrah jumaat semalam sangatla menyentuh hati. memang terasa gila dengan pengisian semalam. tepat pada batang hidung aku. terima kasih ya Allah kerana telah memnyedarkan aku kembali. minggu2 ni aku selalu sangat leka dengan kerja2 IB nih sehingga aku lupa pada bulan apa yang aku sedang lalui.

readers,
ketahuilah ramadhan akan berlalu pergi...
lagi 6 hari saja lagi.


cuba kita reflect balik...
sejauh mana kekhusyukkan ibadah kita?
sejauh mana keikhlasan kita pada setiap ibadah kita?
sepanjang solat2 wajib dan sunat yang kita lakukan, adakah kita fokus hanya kerana Allah?
bukankah ramadhan ialah madrasah tarbiyyah kita?
bulan di mana kita membuat persediaan untuk melawan nafsu dan godaan syaitan!

lagi 6 hari lagi....
selepas itu, akan kembali syaitan2 yang menggoda,
akan kembali terbuka pintu neraka,
ramadhan akan meninggalkan kita...
cukupkah persediaan kita untuk menghadapi semula godaan syaitan itu?
adakah kita menahan lapar dahaga kerana bulan ini adalah ramadhan?
atau kita menahan lapar kerana Allah taala...?

lagi 6 hari saja ramadhan...
belum lagi syawalnya..
tapi, kenapa? aku lihat ramai yang sudah lupa akan ramadhan
semuanya gembira menanti syawal yang tidak lama lagi.
lupakah mereka 10 hari ramadhan ada Lailatul Qadr dalamnya?
di mana sepatutnya kita perlu menanti malam itu
kerana malam itu lebih baik dari 1000 bulan

"Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." 97:5

tidakkah kita malu?
bila mana apabila kita menyambut aidilfitri
hari raya ialah hari kemenangan umat islam
kemenangan apa yang dimaksudkan sebenarnya???
kemenangan menahan nafsu kita.!
tapi, jika sekarang pada 10 hari terakhir ini kita membeli sakan mengikut hawa nafsu, adakah kita layak menyambut aidilfitri?

aidilfitri ialah di mana kita kembali kepada fitrah kita yang sebenar
fitrah penciptaan kita, sebagai HAMBA ALLAH, 
yang mana satu hari kita akan kembali menemuiNYA
adakah kita lupa???

sebelum terlambat, marilah kita meriahkan lagi ramadhan ini.
walaupun tinggal 6 hari lagi, tak apa...bukankah Rahmat Allah itu luas..?
Allah sayangkan setiap hamba2nya..!

janganlah kita tenggelam dengan kesibukan penyediaan menyambut hari raya sehingga kita lupa pada kemanisan dan kemeriahan bulan Ramadhan.

waallahua'lam.

3 comments:

AtiqahHanisMustapa said...

apabila disebut ramadhan, bergembiralah mereka yang bertaqwa dan menangislah syaitan-syaitan penggoda,
akan tetapi apabila berlalunya ramadhan, mereka bertaqwa menangisi pemergian itu kerana bimbang akan hadirkah lagi ramadhan pada tahun hadapan. Dan sandiwara syaitan pun bermula tatkala hadirnya 1 syawal.

Mudah-mudahan kita senantiasa menjadi mereka yang menangisi berlalunya ramadhan

Selamat memburu lailatul qadar!!

Salam ukhwah :)

silentdreamer said...

insyaAllah
moga dipertemukan Allah
huhu

adilah said...

malu plak nk raya