Saturday 13 May 2017

Kegagalan.Tarbiyah.



Memang lumrahnya pada mulanya kita memasuki alam pentarbiyahan semuanya seperti syurga! Yelah, mana taknya kan, murabbi selalu ada dengan kita, tolong kita bila kita susah, masakkan untuk kita, main sport dgn kita, nasihati kita, teman seusrah pun satu kepala. Macam syurgalah kiranya! Hee. 

Tapikan menariknya dalam buku “Sudahkah Kita Tarbiyah” oleh Eko Novianto ini, penulis suruh kita muhasabah, check balik, adakah kita ini mengalami kegagalan dalam tarbiyah? Mungkin saja kita rasa kita dalam tarbiyah, tapi anggapan kita itu benar? 

Jadi, mari mulakan muhasabah kita, yosh!!

#1 Kita sebenarnya gagal dalam tarbiyah, bila kita pandang TARBIYAH SEBAGAI ‘TRANSFER MATERIAL’ SEMATA!

Bila mana kita rasa dah dapat pengisian itu sebagai tanda kita sudah ditarbiyah, no no no. Cuba kita check balik. Adakah betul-betul kita faham pengisian tersebut? Dan yang paling penting, adakah sudah kita amalkannya??? These are the things that we need to focus on! Selalukan bila kita pergi program atau usrah, tengok-tengok apa yang muwajih atau murabbi ini bagi bahan yang kita dah pernah dapat, terus kita macam “haihhh, dah dapat dah bahan ni. Takde bahan lain ke?” Kita terus shut down. Tak boleh macam ini. Mungkin saja bila kita dapat bahan kali kedua, ketiga, keempat malah ada yang sudah mendengar pengisian yang sama untuk kali ke-sepuluh pun, mesti ada benda baru yang dia belajar! (Bila dah dapat 10 kali tapi takleh jadi muwajih lagi untuk bahan tu, memang nak kena ni..hahaha). Apatah lagi, muhasabah untuk diri ini, suka bila Nouman Ali Khan kata dalam videonya, ayat-ayat AlQuran yang kita selalu ulang itu tak pernah kita akan bosan. Bila mana kita jumpa ayat itu balik, mesti ada benda baru yang kita belajar. *headshot* 

#2 Kita sebenarnya gagal dalam tarbiyah, bila kita rasa MURABBI ADALAH SEGALANYA BAGI MAD’U!

Menanggap murabbilah yang paling hebat dan kita takleh jadi hebat lagi daripada murabbi kita adalah salah satu kesalahfahaman besar dalam tarbiyah. Yang diperlukan oleh seorang murabbi sebenarnya adalah tsiqah (kepercayaan) daripada sang mad'u bukannya kehebatan. Malah seorang murabbi yang hebat bila dia menginginkan anak usrah menjadi lebih supersaiya dari dia! Kita ini bukan macam dalam cerita belajar ilmu ‘martial arts’, belajar dengan tok guru sampai satu tahap tok guru takkan ajar dah sebab dia mesti ada satu ilmu yang dia kena rahsiakan supaya lagi lemah dari dia. (Saya pun tak tahu sebenarnya realiti ke tak benda ni atau sekadar cerita sahaja..hurm). Pemahaman sebegini hanyalah membantutkan lagi potensi mutarabbi mejadi supersaiya, percayalah!



#3 Kita sebenarnya gagal dalam tarbiyah, bila kita rasa TARBIYAH HANYALAH PROSES INDOKTRINASI DAN DOMINASI

"Kita brainwash saja adik-adik ni!!”

Whooaa whoaa murabbi mana yang cakap macam ni? Mungkin saya. Hahaha. Takdelah bai. 

Berbalik kepada fakta nombor tiga ini, tarbiyah bukanlah sekadar nak mem-brainwash-kan manusia. Kita mendidik mutarabbi/manusia sehingga mereka dapat rasa dan alami sendiri betapa nikmatnya hidup di bawah cinta Allah dan bayangan alquran. Erti hidup menjadi hamba. Segala keserabutan, kebosanan, kepayahan hidup hanyalah boleh diselesaikan bila mana kita betul-betul rasa kebersamaan Allah dalam hidup kita sama seperti lejen-lejen hebat seperti para anbiya’, para sahabat, tabi’in dan syuhada' dalam sejarah hidup manusia ini. Tarbiyah lebih dari itu!

#4 Kita sebenarnya gagal dalam tarbiyah, bila kita ingat TARBIYAH ITU HANYALAH DALAM SATU BENTUK YANG FORMAL SAHAJA!

Tarbiyah itu fun! Fun dalam bahasa inggeris dan fan dalam bahasa arab. (Bahasa melayu ada perkataan 'fan' ke? Takde kan..hehe) Fun dalam bahasa inggeris bermaksud seronok dan fan dalam bahasa arab bermaksud seni. Tarbiyah itu bukan sekadar duduk dalam bulatan dengar kakak/abang usrah cakap dan membebel tapi usrah itu konteks lebih luas! Usrah itu ada sisi bahannya yang menyentuh jiwa dan membersihkan 'kaca mata’ kita. Usrah itu ada sisi ukhuwah dan kebersamaan keluarganya. Usrah itu ada sisi takaful dan saling membantu. Usrah itu ada sisi main-main seronok jalan-jalan. Usrah itu ada sisi disiplin patuh arahan dan tepati masa dan banyak lagi! Usrah itu seghonokkk beronok-ronok! hahaha. Itu baru usrah, belum wasilah tarbiyah lain lagi. haaaa :)

#5 Kita sebenarnya gagal dalam tarbiyah, bila ADANYA PEMBINAAN 'KLON MURABBI’! 

Kita tahu dan faham betapa umat Islam ini sangat memerlukan rijal-rijal yang mantop lagi hebat. Sama seperti pada zaman Rasulullah, rijal-rijal yang Rasulullah berjaya didik terdiri daripada pelbagai individu dengan kekuatan tersendiri. Khalid bin Walid dengan logam perangnya, Abu Hurairah dengan logam ingatannya, Umar Al-Khattab dengan logam kepimpinannya, Abu Bakar dengan logam kefahamannya. Jadi, kalau pembinaan mutarabbi hanyalah sekadar nak copy paste apa yang murabbi lalui, hurmm tepuk dada tanya iman. Rasanya itu bukanlah caranya. Setiap orang itu Allah jadikan penuh dengan potensi yang bermacam-macam untuk membina umat Islam jadi kenapa mahu ‘cloning’ bhaa? 

Alright sudah habis celotehan saya dengan muhasabah kegagalan tarbiyah ini. Mungkin apa yang saya tulis ini, sekadar skop yang kecil. Maka untuk ada yang sudah faham besar boleh fahamkan dengan skop yang lebih besar. Moga bermanfaat untuk anda! 


Jazakumullahu khayr :) 

No comments: