Tuesday, 7 August 2012

Nak.main.kat.syurga.banyak.kali.boleh?

Assalamualaikum..



Alhamdulillah Allah masih lagi bagi kesempatan kepada aku untuk berada bulan istmewaNya sehingga malam ke-19 ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Serius, memang cepat. Tak terkejar aku dibuatnya.

Hari ini, alhamdulillah, Allah memberi masa yang lapang as in masa yg cukup utk aku siapkan segala pre-lab & readings yg perlu dihabiskan utk labs this week. Alhamdulillahhhh...takut jugak sebenarnya, bila kita ada masa lapang, apa benda la yang kita akan isi...?

Tadi, waktu keluar dari prayer room uni, sempat la jugak aku toleh kat recreation centre tengok apa yg berlaku. Actually, waktu aku nak pergi ke prayer room before that aku dah nampak tiang gol netball kat dalam recreation centre tu, cume takde orang je. Tapi, bila aku keluar dari prayer room nak ke short loan tu, aku nampakla ade netball match. Tak tahula kenapa tapi bila dah suka tu, memang terus kaki ni automatik jalan masuk ke recreation centre tu. Usha netball match tu. Aku tak tahu la team ape yang main, aku tak kenal sorang pon kat situ. Aku just masuk buat muka selenge and tengok je game kat situ for about 10 minutes then aku keluar dari situ straight terus ke short loan. 

Memang tak boleh nak bendung tahap kerinduan nak bermain netball ni. Aduiihhh...rindu nak pegang bola ni, hanya Allah je tahu. Rindu nak berlari, melompat tangkap bola, shoot bola hanya Allah je yang tahu. Dah dekat setahun aku tak pegang bola netball. Frankly saying, aku memang sedih sangat bila datang sini tengok takde outdoor court for netball. Baru aku plan nak beli bola then bolehla selalu aku datang outdoor court main shoot bola macam kat kmb dulu. Shoot sambil lepas stress. Tapi, takde. Kat Auckland ni, langsung takde outdoor court. Indoor court tu susah nak dapat plus kena bayar since aku ni takde gym membership. 

Sebenarnya ade je event untuk malaysia students lawan netball dengan lokaliti-lokaliti yang berbeza tapi aku tak boleh nak masuk event tu atas sebab-sebab yang tertentu. Tahu je lah kan..bila cuti memang ada benda yang lebih penting harus dilakukan. Ada benda yang lebh penting dari netball tu..

So far, aku boleh je hilangkan perasaan yearning sangat-sangat nak main netball tu cuma bila aku nampak orang main netball, perasaan tu datang dengan cepatnya. Pernah je aku nangis sebab aku tengok orang lain bergembira main netball..aku pulak dok pening kepala memikirkan benda yang lebih besar dari netball. Tujuan aku tulis post ni pon sebab aku takde sape nak bercerita tentang benda ni sebab aku tahu netball tu bukanlah benda yang patut untuk orang fikir dan ianya satu benda yang remeh. But when it comes to passion, memang aku mengaku aku tak boleh bendung perasaan nak sangat main tu. It's like you miss to eat your mom's dishes a lot when you're abroad. (Adeyhh, itu pon satu hal..)

Hakikatnya, aku faham yang ade benda lebih besar yang aku perlu fikirkan dan biarlah aku ketepikan dulu perasaan aku. Kita semua pemuda kan dan pemuda itu ialah mereka yang memikirkan umat lebih dari fikir tentang diri mereka sendiri. Setiap kali perasaan sedih and rindu nak pegang bola netball tu, setiap kali tu lah aku akan berdoa, "Ya Allah, aku nak sangat dapat main netball kat syurga nanti banyak kali.!!" "Ya Allah, walaupun aku tak dapat main netball sekarang tapi aku nak main netball bersama-sama dengan saidatina Aisyah, Khaulah, Maryam dekat syurga nanti" (aku tak tahu la valid ke tak doa nih) 

But the point here is dunia ini hanyalah sekejap. Teringat aku bila seorang ukht ni cakap kenapa kita sukakan syurga dunia? Jawapannya sebab kita tak rasa dan tak yakin 100% dengan syurga Allah. Kita tak feel and believe yang kita akan hidup di syurga Allah nanti. Kita tak rasa pon yang dunia ini sekejap sangat compared to Akhirat yang berkekalan, infinity and beyond! Tanya diri sendiri bella, sejauh mana kau yakin and kau ingat benda ni?!

Kita tak tahu bila kita mati kan..and kita tak tahu pengakhiran kita macamana tapi kita sangat tahu yang penyiksaan kubur, neraka sangatlah azab seksaannya. Kalau kita sendiri tak tahan tempat yang sempit, rasa macam nak keluar dari satu tempat tu, well, kubur & neraka nanti kita takkan dapat lari! Nauzubillahhhh...

Biarlah kita tak bahagia tahap moksya di dunia ni tapi kita happy forever and ever di akhirat nanti. Mana awak nak, duduk dalam rumah yang selesa tapi tahun depan awak kena pindah ke tempat lain atau duduk dalam rumah extra selesa, extra mewah & cantik selama-lamanya.?!

Tazkirah ini untuk saya sendiri. Hidup kita ini bukan tentang kita, bella. Hidup kita ini tentang Allah & agamaNya. Kita hanya hamba yang tak punya apa-apa. Dahla teruk pulak tu.. buat banyak sangat kesalahan. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, permudahkan urusan, penuhkan hati kami dengan rasa kecukupan sentuhan cintaMu itu..aminnnn >_<

Okeyh itu je kot..till then. Jazakumullahu khair ^_^




2 comments:

Rara Nasiha said...

huwaaa, rindu main netbal jugak tau. suasana terjerit-jerit pass bola tu yg best :)

silentdreamer said...

sangat kott..hehe. xpe, nanti kita main sama2 kat syurga eh? ^_^