Wednesday 8 January 2014

to.find.the.answers.

Assalamualaikum wbt 

Aku ingat lagi waktu aku nak fly ke NZ, aku datang dengan seribu harapan untuk dakwah & tarbiyah. Disebabkan waktu aku kat kmb, aku tak dapat nak all out, tak dapat pergi banyak daurah, tak dapat ikut jaulah. Aku tahu bila aku fly ke NZ, mak ayah aku dah tak dapat nak update aku selalu. Jadi, aku gunakan keberadaan aku di NZ dengan sebaiknya. 

Habis semua benda aku pergi. Lepas gian katakan..eksaited sangat dengan dakwah & tarbiyah di NZ. 

Sampai la sekarang ini, makin banyak benda aku encounter, makin banyak benda aku fikir, makin aku tak jumpa jawapan. Kusut otak aku. 

Memang best duduk dengan akhawat, itu semua support system kita. Mana boleh tinggal! Tapi lama-kelamaan aku perasan yang aku ini kurang untuk orang selain akhawat untuk bercakap dengan aku. Be it malay students yang kurang berminat utk usrah atau mat/minah saleh kat kelas atau lab. Kalau aku seorang je yang bertudung kat dalam kelas tu, memang takla diorang nak duduk sebelah aku kalau ada orang lain yang lebih diorang prefer. 

Aku tahu ada je akhawat yang tak kesah pasal benda ini asal dakwah & tarbiyah berjalan lancar tapi kalau kita tak build skill mendekati orang-orang sekeliling dari sekarang, macamana tu? Plus, orang yang tak hardcore dakwah & tarbiyah boleh mendekati semua jenis orang termasuklah orang dakwah & tarbiyah. Acane tu? 

Aku start fikir teruknya aku sebagai daie.

Sekarang ini aku dah kembali ke alam realiti berbanding alam fantasi dakwah & tarbiyah di NZ. Aku mula fikir tentang hidup aku lepas habis degree nanti. Aku nak kerja apa? Macamana pulak dengan dakwah & tarbiyah aku? Dapat ke mak ayah aku terima yang aku ini buat dakwah bila tengok pekerjaan aku yang tak seberapa. Entahlah, aku tengok ramai senior-senior yang takde kerja. Sampai sekarang aku belum jumpa lagi kakak yang pekerjaan dia membuatkan orang hormat dakwah & tarbiyah dia selain drpd kakak doktor. Eh faham ke? So far, untuk pekerjaan yang kena interview dan bukannya dah secured seperti doktor dan guru, aku tak jumpa lagi akhawat yang kerja dia boleh cakap tanpa perlu menyembunyikan sesuatu. Jangan salah faham. Aku sangat tabik spring kepada kakak2 yang sanggup mengorbankan kerja dia dengan bekerja pekerjaan yang orang takde degree/master macam dia boleh ambil demi dakwah & tarbiyah. 

Mak aku dah start dok tanya aku kerja apa nanti..adoi ma. Along paper pon kena repeat mana la nak konfiden bila orang tanya "Tahun ini final sem la kan?". Study ini pon salah satu cabaran yang sangat mencabar yang Allah berikan pada aku. Tapi bila fikir balik tahun 2014 ini, makin mencabar tahap lebih mencabar. Duit dah surut dah..wa tak tau nak cakap camna. Bila duit takde memang menggangu jugaklah mood tu. Rumah pulak makin besar tanggungjawab. Macam-macam. 

Okay back balik to kerja kan..aku nak kerja apa yang aku enjoy buat. Aku tak nak aku kerja sekadar kerja. Sengsara hati. Aku ada satu impian ini. Aku nak pekerjaan atau sedikit ilmu dan kemahiran yang aku dapat sepanjang hidup dalam biologi ini dapat menyumbang sesuatu untuk ummah. Takpe bab ini, korang takyah fikir. Aku dah fikir dah nak buat ape, cuma tak research lagi je. But still, aku tak rasa mak aku bagi aku kerja ini. Heee. 

Bila fikir pasal dakwah & tarbiyah, kusut otak aku. 
Bila fikir pasal rumah, kusut otak aku.
Bila fikir pasal future, kusut otak aku. 
Bila fikir pasal study, kusut otak aku. 

Kenapa aku tengok orang lain boleh menempuh hidup dia dengan penuh positif & cemerlang? Be it kakak usrah atau tak, diorang berjaya dalam study diorang. Diorang boleh mingle around dengan orang-orang sekeliling diorang. Kenapa aku payah? 

Aku tak tahu ada lagi ke tak orang baca. Kalau takde, aku lebih berbesar hati sebab aku boleh tulis banyak lagi. Aku dalam state mencari jawapan. 

No comments: