Friday 4 January 2013

Masih.dalam.pencarian.

Assalamualaikum,

Aku tak rasa nak menulis pun sebenarnya tapi alang-alang ada kelapangan ini, apa salahnya aku menulis. Alhamdulillah Allah menghadirkan akhawat di sekeliling aku. Aku cuba untuk tak nak tulis yang mereka as akhawat tapi itulah the best word yang aku boleh letak untuk mereka. Sisters pon boleh jugak tapi tak berapa feel sangat kot. 

Aku ingat lagi satu benda yang aku dan sorang ukht ni setuju. Pernyataan dia macam ni; 

"Kita ni nampak je macam kuat kat luar, berlagak macho padahal kat dalam Allah dan kita je yang tahu betapa banyaknya kekurangan, lompong-lompong dalam diri kita."

Memang aku sangat setuju sebab itulah yang aku rasa. Baru-baru ini, aku selalu nampak perkataan ini dan aku selalu baca ramai orang sekitar aku pun mengalami masalah ini. Satu perkataan ini aku sebut mesti korang faham. 

EXPECTATION.

Faham kan? Yup, aku rasa ramai sangat orang mengalami benda ini. Bila mana ramai orang di sekelilingya expect yang dia boleh lakukan padahal banyak benda lagi yang perlu diperbaiki. Hanya dia je yang tahu betapa jahilnya diri dia. Dia cuba untuk memenuhi expectation manusia. Dia cuba berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menolong manusia. Dia berusaha kuat untuk galas tanggungjawab yang banyak walaupun banyak lagi kerja-kerja dan benda yang dia tak settlekan. Demi apa dia lakukan?! 

Aku rasa aku pun tak terkecuali dengan benda ini. Bila mana manusia selalu mengingatkan kita betapa besarnya tanggungjawab yang kita pikul. Betapa besarnya cita-cita kita. Betapa besarnya mereka, para syuhada di mata Allah. Akhirnya kita termotivasi untuk menjadi seperti mereka, untuk meraih cita-cita kita, untuk lebih berusaha untuk menggalas tanggungjawab kita. 

Tapi adakah kerana kita selalu diperingatkan maka kita berusaha. Macamana aku nak cakap ye..

Kadang-kadang bila kita selalu diperingatkan, kita akan rasa benda tu as satu bebanan. Yes, memang pada masa yang sama itu satu motivasi. Tapi kadang-kadang kita boleh bercelaru dan hilang jalan. Kenapa kita nak buat semua benda ini?! 

Adakah kerana kita selalu disogokkan dengan motivasi ini. Berbalik semula kepada expectation. Bila kita selalu mendengar manusia di sekeliling kita bercakap sesuatu kepada kita tentang kita. Kita tahu dan akan register benda itu as an expectation dari dia dalam kepala kita. Maka, lahirlah perasaan ingin berusaha kerana apa, kerana expectation tadi. 

Aku tak tahu anda faham atau tidak somehow aku rasa benda ini berlaku kepada aku. Bila kita melihat sekitar kita tahu kita adalah orang yang faham maka kita perlu tolong mereka yang dalam perjalanan untuk faham. Akan tetapi, kita selalu tak ingatkan diri kita, kenapa aku buat semua benda ni?! 

Aku tak tahu apa yang aku fikir. Aku rasa aku memang ada masalah. Mungkin sebab aku sorang-sorang. Mungkin sebab aku tak nak bukak diri aku untuk cerita pada orang lain. Pada siapa aku nak cerita. Nak cerita pada mereka yang buat expectation. Entah. Aku pun tak tahu. 

Bestnya jadi Uwais Al-Qarni! Tapi sejauh mana kau tahu kalau kau jadi Uwais Al-Qarni kau dapat sedar, faham dan berusaha macam ni. Entah-entah kau pun tak bergerak, senyap ditelan arus zaman. 

Entah. Aku pun tak tahu apa yang aku cari. Jangan risau, aku faham dan berusaha kuat dengan apa yang aku faham. Cuma aku masih sedang mencari satu jawapan. Aku pun tak tahu apa jawapannya. Bersangka baik dengan Allah, bella.

Oh ye, aku suka cerita katak yang aku baca kat satu blog senior aku pasal katak. macamana dalam beratus-ratus katak dari bawah sana yang tumpas dalam pertandingan memanjat bangunan yang sangat tinggi akhirnya dimenangi oleh seekor katak yang pekak. Kerana apa, kerana dia langsung tidak dapat mendengar kata-kata melemahkan diri dari pihak musuh sepanjang pemanjatan katak pekak itu ke atas bangunan. 

Tolong doakan muslimin yang lain. Terus berusaha kuat. InsyaAllah. 

Jazakallahu khair. 

2 comments:

fatima said...

salam alyk sis. what if i say that i do undrstand that kind of feeling. ^^ Hehehe.. But at one time, i end up trying to stop doing what i've been doing just to see the effect not doing what i always did. just being 'ordinary' . macam tak yah pikir byk2. live as the others yg bukn dalam tarbiah. hahaha :P but then, i lost and alhamulillah found the track back. Allah sungguh baik. ^^ Tapi masa lost track tu haru jugak hidup. Tak tenang mcm sebelum tu. even, mcm beban, rasa jiwa tenang jugak..
But then, I realised that yang apa yang saya cari.
Saya nak hidup yang bahagia. duit tak bagi bahagia sgt, berjaya pun tak bahagia sgt. Saya nak Allah pandang dan sayang saya, baru bahagia. susah pun happy, susah pun tenang dan bahagia. Sebab tahu Allah ada. we're not pleasing others, but Allah. kenapa nak bantu orang lain faham agama Allah supaya orang lain pun rasa happy, bahagia dan disayangi Allah. ^^

silentdreamer said...

jazakillahu khair fatima for the sharing. eventho kita xkenal (xtahu la saya assume je) tp awak masih lagi nak share dgn sy yg ntah pape ni..hahaha.

jazakillahu khair katsiran ^_^

p/s: awk ni belajar kat ne?