Thursday, 16 November 2017

Anas bin Malik al-Ansari

Menjadi impian aku utk sentiasa melakukan sesuatu yang bermanfaat utk dakwah dan tarbiyah seperti para sahabat dan para syahidin, seluruh hidupnya hanya kerana Allah. Maka menjadi niat aku untuk menghabiskan masa transisi aku di rumah utk menulis Ibrah dari kisah para sahabat dan bagaimana kisah mereka sangat dekat  dgn kehidupan kita sbg manusia dan daie. 

Aku tidak akan tuliskan riwayat hidupnya kerana banyak orang sudah menulisnya. Google sahaja, surely you can find it. Sumber aku : Buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat (Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha)

-----

Keberkesanan 10 tahun tarbiyah

Ummu Salamah membuat keputusan yang sangat tepat bilamana dia telah menginfakkan anaknya utk berkhidmat kpd Rasulullah. Mana tidaknya, beliau telah meletakkan anaknya di sebuah 'sekolah tarbiyah' yang terhebat -- menerima tarbiyah drpd Rasulullah sendiri! Jika kita lihat riwayat hidupnya, selama 10 tahun hidup bersama Rasulullah dan menerima tarbiyah di setiap saat, setiap sudut dalam hidupnya dalam 10 tahun tersebut. Tarbiyah 10 tahun itu 'membekas' sehingga akhir hayat Anas bin Malik yang berumur 103 tahun. Tarbiyah 10 tahun boleh memberi bekal utk dia berjuang sehabis baik 90 tahun kedepan.

Memberi refleksi kpd kita, apa berapa tahun kita ditarbiyah dan mentarbiyah ini memberi kesan yang lama atau hanya 10 minit selepas habisnya wasilah tarbiyah? Atau sesudahnya habis terus hilang semangat naiknya iman itu lalu tidak memberi kesan? (Naudzubillah) 

Kuncinya terletak kpd diri kita yang memberi dan menerima tarbiyah ini. Adakah sekuat Rasulullah atau Anas bin Malik yang sentiasa menjaga hubungan dgn Allah dan sentiasa memberi kebaikan kpd orang lain. Tepuk dada, tanya iman. 

Sentuhan murabbi hebat

Jika kita telusuri kisah Anas bin Malik, kita akan dapat lihat sahabat ini seorang yang sangat tarbiyah bil-hal. Apa itu tarbiyah bil-hal? Tarbiyah berdasarkan apa yang berlaku atau pengalaman/memori. Antaranya sentuhan Rasulullah yang dia paling ingat adalah; 

1. Panggilan Unais (little Anas) padanya
2. Kisah dia terlupa tugasannya dan Rasulullah bertanya kepadanya tetapi tidak memarahinya
3. 2 hari yang paling diingati 
      - Hari Rasulullah tiba di Madinah 
      - Hari Rasulullah wafat 

Sentuhan murabbi itu bukan hanya pada percakapannya yang lantang atau fakta-faktanya yang canggih dan mengagumkan. Tetapi kunci kita adalah sentuhan hati. Maka ada mad'u yang lebih belajar daripada qudwah kita, kata-kata informal/di luar liqa' dan perbuatan kita dalam seharian. Malah diri ini juga sama seperti Anas, sangat terkesan pada qudwah dan kesabaran seorang murabbi. 

Lihat saja kisah-kisah Sentuhan al-Akh karya Inspektor Saahab maka kita akan belajar betapa tindakan dan percakapan kita di luar wasilah tarbiyah sangat memberi kesan kepada seorang yang tsiqah/hormat dengan kita. 

Hebatnya sentuhan-sentuhan tersebut berbekas dalam hidupnya sehingga Anas menjadi orang ketiga yang paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar!

Kekuatan Doa 

Rasulullah sentiasa mendoakan yang terbaik utk para sahabat Baginda termasuklah Anas sendiri. Antara doa yang diucapkan untuk Anas adalah; 

"Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia." 

Justeru, Anas di akhir hayatnya adalah seorang hartawan dan punya keturunan yang ramai. Anak dan cucunya melebihi 100 orang. Whoa! Betapa Allah memperkenankan doa Rasulullah! 

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah peri pentingnya doa seorang murabbi. Sentiasa mendoakan kejayaan para mutarabbinya. Teringat kata-kata seorang kakak sewaktu awal aku mahu menjadi murabbi, 

"Kalau boleh setiap kali kita berdoa selepas solat, bayangkan setiap muka mutarabbi kita dan berdoa yang terbaik untuknya." 

MasyaAllah, murabbi itu sangat banyak berusaha untuk mutarabbinya. Bukan sahaja perlu bersabar dgn kerenah mereka, terlebih dahulu perlu memahami diri setiap mutarabbi dan diperlukan jugak utk berdoa untuk kejayaan hidup dunia akhirat dan dikeluarkan sisi rijal dalam dirinya. 

Apa ada kita mendoakan murabbi dan mutarabbi kita? (Huhu. Tembak diri sendiri) 

-----

That's it! Jika ada sebarang tambahan ibrah, boleh add on the comment below! Jazakumullahu khayr :)

No comments: