Assalamualaikum wbt
Semua orang mahukan sesuatu drpd kita bukan?
Semua orang macam tak heran apa yang kita perjuangkan bukan?
Penat layan semua orang bukan?
"Takpe dik, awak ada hal. Nanti akak backup ye?"
"Takpe kak, saya rasa apa yang akak cadangkan ni bagus cuma tak kena dgn waqi' kita."
"Takpe awak. Awak taknak respon sangat takpe."
Memang diri ini tak sempurna. Jauh panggang dari api kalau kata diri ini daie.
Positivity langsung sekarang ini mati.
Penat dengan manusia, mungkin selama ini buat dakwah mencari teman seperjuangan bersama. Mungkin selama ini bergantung pada manusia.
Ya, mungkin benar sahaja.
Padahal, Allah sahaja yang punya jawabannya.
Teruk.
Cukup teruk tarbiyah kita!
Apa kau sedar atau tidak?
Takpelah kalau tak sedar. Biarlah dia makin mereput.
Bagai sarang si angkut-angkut.
Luarnya berlubang
dalamnya berlohong
bila ada tekanan di luar
maka hancurlah ia.
Itulah tarbiyah yang aku pimpin sekarang ini.
Jauh daripada output yang sepatutnya.
Di sini,
tak tahu apa jawapannya.
Apa kelemahannya.
Butuh jawapan tapi tiada yang ingin membantu.
Atau mungkin ada tapi tak terjangkau di tangannya.
Ahh
sudahlah, Bella.
Kau tak boleh nak harap kat orang lain. Kalau takde orang nak bantu, buat sendiri je la sendiri yang termampu. Apa kesah..Allah kan ada.
Biarlah jatuh berderai at least kau usaha kan?
Ibarat khalifah turki uthmaniyah terakhir,
bertahan je la walaupun makin goyah asasnya.
Serius ahh rasa nak nangis. Memang hati dah menangis dah. Tapi aku tahan je kat kampung ni. Susah pulak kalau dah pecah tembok, payah nak bina balik. Habis satu kampung.
Okaylah. Aku malas nak layan perasaan ni. Makin dilayan makin bengkak hati aku.
Doakan aku jumpa jawapan.
Aku dah masuk fasa malas nak layan orang. Kau nak bantu dakwah, kau buatlah. Kalau kau ada concern, kau buatla apa yang patut. Kau tak nak layan aku, ikutlah. Biarlah aku sorang layan tarbiyah dan dakwah yang tak seberapa ini.
Salam.
Friday, 25 December 2015
Friday, 4 December 2015
keep.going.
Terkadang kau merasa letih
Rasa nak mengeluh
Rasa nak orang datang peluk kau, kata;
Stay strong, Bella.
Ahhh ini mungkin kesan jatuhnya iman
Rasa nak take a break
Penat fikir, layan, fikir, buat etc
Syurga,
serius tak sabarnya aku nak masuk ke dalamnya.
Tempat rehat abadi paling osem.
Kadang-kadang
rasa je bestnya orang lain dah pergi menghadap Ilahi
dalam keadaan diredhaiNya
semua beban ditinggalkannya
Tapi
seriuslah, kau sure ke kau layak masuk syurga
cepatlah buat kerja
supaya kau dapat detach dari neraka.
Kau ingat jadi lejen senang ke?
Di saat semuanya lemah, kau yang menguatkan.
Di saat semuanya tak percaya, kau yang menyakinkan.
Di saat semuanya lupa, kau yang mengingatknan.
Come on la, lejen.
Apa barang cepat sangat barai?
Kata lejen, hati mesti kena kuat, bhai!
Dahla tu weyh,
bangkit cepat!
banyak keje nak kena buat.
*peace out*
Tuesday, 24 November 2015
of.stars.and.AlQuran.
Assalamualaikum wbt
Okay, enough with the blabbers.
Let's start, shall we?
-----
فلا اقسم بمواقع النجوم
Lalu aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang
وانه لقسم لو تعلمون عظيم
Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui
انه لقران كريم
dan sesungguhnya AlQuran yang sangat mulia
في كتاب مكنون
dalam kitab yang terpelihara
(Al-Waqi'ah, 56:75-78)
Alhamdulillah everyone's going back home to Malaysia because now it's summer time. To me, I finished my degree and it's not really summer holiday. It's like a period of time to fix things and to make my family in believing me and feel confident to accept my plan of life which is not the same like most of the people.
Yeah everyone knows like after you finished your degree, youre going back home, search for a new job and getting married and ready for the next phase of life. Well, that's not literally my plan. Huu. I'm going to go back to Malaysia for a while to help with the 'Summer' in Malaysia. Just focusing and working out for dnt summer in Malaysia. I just hope that people are coming more joining my boat in doing this. We ran out of people, everyone's like they're having their personal work to be done, so who's gonna take care of this tarbiyah in summer anyway?
I know, it's not good to say this, but my point is i think everyone has their own personal to work out. Same goes to me. So, shall we try hand in hand make this thing easier, please. This is not a play matter. It's about taking care of iman of your mutarabbissss. Their remembrance of Allah is somehow depends on how hard you work to reach it!
Okay, enough with the blabbers.
I plan to write as much as I can about tadabbur alQuran. I have it here roughly with me so there should be no excuses not to write it, okay bella?! (im psychoing myself btw)
Let's start, shall we?
-----
فلا اقسم بمواقع النجوم
Lalu aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang
وانه لقسم لو تعلمون عظيم
Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui
انه لقران كريم
dan sesungguhnya AlQuran yang sangat mulia
في كتاب مكنون
dalam kitab yang terpelihara
(Al-Waqi'ah, 56:75-78)
Allah banyak kali bersumpah dengan ciptaanNya seperti masa, bulan, matahari dan kali ini Allah bersumpah dengan bintang-bintang; the Stars. If you're reading this in daylight, imagine the stars at night. Pada malam yang pekat, bintang itulah yang menerangi malam selain drpd bulan. Kalau jaulah selalukan, kita buat stargazing and we just look at the dark sky and the stars glowing. Glowworm also reminded us to the stars. Looking at them in the dark sama je lah seperti melihat bintang-bintang berkedipan di waktu malam. Seriously, it's an awesome and amazing view! Sangat cantik subhanallah!
Now, Allah swears on the stars and He tells us that what He swears on is really an important swear. Susahkan nak jumpa ayat yang Allah bersumpah and he describe about His swear. Selalunya Allah kata 'Demi Masa!' then masuk ke cerita seterusnya. Tapi bila dia bersumpah and He mentions how strong His swear is, that means it's really something big, aye?
As we know, stars are used to help people in the dark and guide them to their way. This is really close and relatable to the Arab people during Rasulullah's time sebab diorang memang berjalan pada waktu malam dalam gelap with no light or anything else, just using stars to give them direction. That's what we learned in Science; buruj semua tu, senduk, pari etc. (I cannot remember actually...haha) But that's the main thing, stars help the musafir people to guide them to travel.
So, now we know, Allah is swearing using the stars and it is really an important swear. One more thing, stars are used to guide people who travels.
Next, what is coming next? Allah mentions about AlQuran and how noble AlQuran is. AlQuran adalah kitab yang terpelihara.
The point here is what's the relation between Stars and AlQuran. Can you relate? Do you get it? (insert evil face..hewhew)
Some might get it, some might not yet. So, lemme explain it, sistahh!
Allah nak kata AlQuran is just like the Stars. It used to guide us in the dark pitch black of the night. Bilamana kita dalam keadaan yang gelap; lost, tak tahu nak buat ape, iman lemah, no motivation to do good things, down, futur dan sebagainya. Datanglah AlQuran sebagai panduan kita bawak kita balik ke jalan yang benar. When you lost look at 'the stars' and it shines you the way to Him.
Buat diri saya terlebih dahulu dan antunna sekalian,
jangan pernah tinggal AlQuran. Inilah cahaya kita, yang bawak kita ke jalan yang benar. It is your way to make Allah talks to you, directly. Remember that we learn in Mukaddimah fi zilal, macamana bestnya perasaan Syed Qutb bila dapat interaksi dgn AlQuran? That is one unimaginable great feeling that only those who can feel it, feel the sweetness of it.
Potongan ayat ini buat saya sendiri rasa amazed of how awesome the Quran is. Kita tahu AlQuran is awesome tapi bila go thru ayat-ayat ini rasa macam this is really awesome I have to share this!
Sekarang kita ada satu benda yang kita boleh praktikkan; bila malam kita nampak bintang; kita ingat AlQuran. Stars give us an urge to be close to AlQuran and make us closer to Him. (sabar ye orang kl/selangor, bintang tak bape nak keluar sangat malam2, so untungla orang luar central, you guys have advantage than us, orang central..sobs.)
STARS = ALQURAN
Sekarang kita ada satu benda yang kita boleh praktikkan; bila malam kita nampak bintang; kita ingat AlQuran. Stars give us an urge to be close to AlQuran and make us closer to Him. (sabar ye orang kl/selangor, bintang tak bape nak keluar sangat malam2, so untungla orang luar central, you guys have advantage than us, orang central..sobs.)
To you my dearest, selamat bermusafir sewaktu summer. Jaga diri, jaga iman, jaga tarbiyah, jaga dakwah which means jaga tarbiyah mad'u antunna jugak. It's our job to take care of people's iman, somehow. So, there's a lot of things that we have to work out. Nevertheless, yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga mutabaah amal. (I'm reminding this first to me!)
Take care there! Selamat menjadi daie rabbani!
Monday, 23 November 2015
A
Assalamualaikum wbt
Aku masih berada di Auckland. Baru lepas menghantar akhawat yang rapat denganku balik ke Malaysia. Semua rapat sebenarnya tapi yang ini memang paling rapat sebab jiran sebelah kan. Situlah tempat nak lepas gembira, lepas sedih, lepas tension dan sebagainya. Tiba-tiba rasa macam nak menyendiri. Sebab depa semua dah balik. Tapi sebenarnya, deep down inside, aku tahu perasaan aku ni tak elok. Bila rasa nak pulaukan diri sendiri. Itu tanda tak bagus tu.
So, dok la cari video yang kasi gegar hati sikit.
Tengok ini: https://www.facebook.com/ShehabAgency.MainPage/videos/1208931525815932/
------
Tengok video ini rasa macam weyhh sudahlah hang, bella. Dok nak buat hal pulak. Akhawat kat sana dok pulun lawan musuh luaran. Kau dok tak habih nak main dgn musuh dalaman. Sudahla tu. Keluar dari zon pulau ini.
-----
Ahhhhh
Doakan aku.
Moga iman ini masih kuat, moga semangat ini masih tegar.
Terkadang manusia suka mengecewakan, merendahkan semangat kita.
Maka bangkitlah dengan nama Tuhanmu!
Signed,
Mujahidah bercita-citakan syahidah.
Aku masih berada di Auckland. Baru lepas menghantar akhawat yang rapat denganku balik ke Malaysia. Semua rapat sebenarnya tapi yang ini memang paling rapat sebab jiran sebelah kan. Situlah tempat nak lepas gembira, lepas sedih, lepas tension dan sebagainya. Tiba-tiba rasa macam nak menyendiri. Sebab depa semua dah balik. Tapi sebenarnya, deep down inside, aku tahu perasaan aku ni tak elok. Bila rasa nak pulaukan diri sendiri. Itu tanda tak bagus tu.
So, dok la cari video yang kasi gegar hati sikit.
Tengok ini: https://www.facebook.com/ShehabAgency.MainPage/videos/1208931525815932/
------
Tengok video ini rasa macam weyhh sudahlah hang, bella. Dok nak buat hal pulak. Akhawat kat sana dok pulun lawan musuh luaran. Kau dok tak habih nak main dgn musuh dalaman. Sudahla tu. Keluar dari zon pulau ini.
-----
Ahhhhh
Doakan aku.
Moga iman ini masih kuat, moga semangat ini masih tegar.
Terkadang manusia suka mengecewakan, merendahkan semangat kita.
Maka bangkitlah dengan nama Tuhanmu!
Signed,
Mujahidah bercita-citakan syahidah.
Monday, 3 August 2015
sesi.psycho.diri.sendiri.
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah masih lagi bernafas & diberikan peluang utk menulis. A few updates, alhamdulillah aku dah habis study di Auckland tapi aku masih di Auckland tak balik Malaysia utk settlekan apa yang patut kat Auckland ini. Sedang mencari kerja sekarang, adalah sikit jaga anak orang pastu lain-lain habiskan masa jadi DFT (cari sendiri..haha)
-------------------------------
Amaran: ini adalah post aku tulis cakap dengan diri sendiri. Kalau rasa macam kenal diri ini di Auckland, mungkin saja post ini akan menghilangkan ketsiqahan anda terhadap disebabkan bahasa yang digunakan adalah diri yang berumur belasan tahun dahulu. haha. Sekian.
Nanti check out the video ya!
Aku sendiri sangat sedih dengan diri sendiri. Yelah, bila kau dah habis belajar dan sedang menanti tawaran kerja, kau dah tak sibuk seperti dahulu. Jadi, tidak semena-mena kau akan engage dengan benda yang tak perlu pun engage tapi sebab kau tak sibuk nak fikir pasal study ke ape then syaitan memang sibukkan kau dengan benda lain la.
Untuk kes aku sendiri, memang tahun ini, Allah banyak uji aku dari segi orang sekeliling aku dan permainan hati. Aku banyak perang dengan diri sendiri tak bagi diri aku ni dok fikir benda yang entah pape utk difikirkan padahal orang lain busy dengan benda yang besar.
Banyaklah benda contohnya aku mujahadah utk bersangka baik. One thing aku perasan dengan diri aku ni, aku suka letak expectation pada orang. Selalulah akhawat macam tak nak susahkan aku sebab diorang nampak aku macam sibuk padahal aku memang excited semangat habis nak tolong akhawat (aku dah tak kesah dah pasal busy tu..aku hadap je..haha). So, bila aku excited jumpa akhawat ini nak tolong bagai bila dia kata tak jadi, rasa macam loser habis. Mulalah datang bisikan-bisikan yang tak elok seperti akhawat tu tak appreciate kau, akhawat tu dia tak fikir pasal kau, akhawat tu dia sayang orang lain dan sebagainya yang korang baca pon macam apekahh..haha. I know, it sounds so lame tapi it happens and aku mujahadah sangat-sangat dengan benda ini. Kadang-kadang, aku rasa kecil hati kenapalah akhawat sekeliling aku yang tak busy kemain keluar sama-sama jalan-jalan minum-minum tapi aku takde pun diajak. Padahal, sebenarnya akhawat tak nak susahkan aku sebab lagi sekali diorang nampak aku macam busy.
Tolong jangan ambil qudwah yang tak bagus ini. Please.
Melihatkan video ini, aku rasa tersentaklah dengan diri sendiri. Lagi-lagi bila dia mention pasal Maryam. Dia keseorangan kot (which aku rasa aku dapat relate perasan foreveralone takde kawan baik) tapi dia boleh harungi cemuhan dan ujian drpd orang yang literally memang melawan dia. ALONE lawan ramai orang. Kau, bella, baru akhawat tak nak layan kau dah makan dalam..hurm. Atau mungkin saja kau sendiri tak pupuk diri kau untuk lebih membuka mata melihat kasih sayang Allah sangat banyak utk kau tapi kau je yang tak perasan dok tunggu benda lain.
Come on la, bella. Banyak lagi benda yang kau tak settlekan lagi. Masa yang ada ni tolonglah guna peluang utk tingkatkan diri kau. Buku ape kau dah start baca? Hafazan kau dah makin baik? Tilawah kau dah satu juzuk sehari?
Amekaw!
Please bella. Tolonglah jaga diri fikir benda lagi besar. Apasal kau nak pandangan manusia sangat ini sampai tak hiraukan pandangan Allah pada diri kau ha?!
Allah tu tak tengok pon bape ramai orang yang hargai kau tapi Allah tu tengok taqwa & hati kau, okey?
Orait, sekarang boleh rileks dan plan betul2 segala peningkatan yang perlu kau buat.
Buku
-manhaj haraki
Hafazan
-juz 30
Tilawah
-satu juz sehari
Kemon la bella. Aku yakin kau boleh! Lejen fikir benda besar weyh, bukan main lumpur kat tepi jalan macam Syed Qutb cakap. Kata nak syahid tapi main lumpur. Orang main pedanglah..!
Orait semua. Sorrylah aku macam rindukan penulisan aku dahulu..haha. Mind my writing. Mohon doa semua moga tetap terus tsabat & menjadi al-muqarrabin, biiznillah.
Permisi dulu yaa! Assalamualaikum wbt :)
Thursday, 11 June 2015
inni.akhafullah.
Tahun ini ujiannya berbentuk yang berbeza.
Bahagian yang paling aku lemah dan paling aku tak ambil kisah.
Kerana aku ini bukan jenis orang ini.
Yang diuji pada tahun ini itu, HATI.
Allah tahu aku ini bukan orangnya hati.
Aku tak pernah kesah ingin menzahirkan perasaan kasih atau sayang pada manusia lain hatta ibuku sendiri
Namun, tahun ini Allah ingin kuatkan dari segi ini, iaitu, hati.
Allahuu
Berat sangat ujian yang kau berikan ini
Aku mengakui inilah ujian yang paling halus dan paling mencabar pernah aku rasakan selama ini
Bila mana hati ada sekelumit rasa pada selain Allah
Maka datanglah berbagai masalah dalam hidupku
Allah itu ingin mengajarkan bahawa hati aku ini hanya milikNya
tiada benda lain
tiada orang lain
tiada apa-apa
Terkadang, aku rasa aku tak mampu menghadapi semua ini
aku biar sahaja perasaan ini ada pada hatiku
tapi, perkara itu hanya lebih menyakitkan diriku sendiri
Hati,
bukan milik siapa-siapa
tapi milik Allah semata
Biar mereka di sekelilingku melampiaskan, mengekspresi perasaan diri
tapi kau pertahankan hatimu hanya pada Ilahi
Jangan pernah izinkan dirimu mengikut hawa nafsu ini
Bina lapisan-lapisan dalam hatimu
Biar lapisan yang dalam sekali hanya untuk Tuhanmu
Syaitan itu hanya membisik ke dalam sudur (dada)
bukannya qalb (hati)
kerna yang mengizinkan bisikan jahiliyah, rasa cinta jahiliyah masuk ke dalam qalb itu atas diri kita sendiri
Jangan pernah meremehkan perkara ini
kerna perkara ini bermain dengan keimananmu sendiri
Bila mana kau memperduakan Allah dengan cintamu terhadap duniawi
atau dunia itu lebih kau sayangi dan fikirkan dalam diri
sah, kau terjerat dalam perangkap syirik
Luqman memesan kepada anaknya;
La tusyrik billah. Innasyirka ladzhulmun 'adzhim!
Pada kau yang merasai keperitan yang serupa,
bangkit sama-sama kita kuatkan diri
kuatkan iman dan hati
selalu ingatkan dirimu hanya Allah yang berhak di dalam hati
Kerana kau punya bebanan yang besar ke atas diri
Dakwah yang kau bebani
butuh kekuatan iman yang tertinggi
Jangan pernah memaki diri dengan apa yang terjadi
Ini tanda Allah ingin lebih pengorbanan darimu
sucikan hatimu
hidupmu penuh hanya denganNya sahaja
tiada kongsi dengan sesiapa atau apa
pengorbanan jiwa adalah antara tahapan pengorbanan tinggi
maka bergembiralah dengan ujian ini!
Kuatkan hati
sematkan dalam hatimu selalu;
Ma fi qalbi ghairullah.
Wednesday, 3 June 2015
al-muhyi
Buat kamu yang aku sayangi,
para pejuang di jalan cinta ini.
"Teruslah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru pada iman,
walau duri merantaskan kaki,
walau kerikil mencacah telapak,
sampai engkau lelah,
sampai engkau payah,
sampai keringat dan darah tumpah.
tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum di jalan cinta para pejuang"
Salim A Fillah - Jalan Cinta Para Pejuang
para pejuang di jalan cinta ini.
"Teruslah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru pada iman,
walau duri merantaskan kaki,
walau kerikil mencacah telapak,
sampai engkau lelah,
sampai engkau payah,
sampai keringat dan darah tumpah.
tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum di jalan cinta para pejuang"
Salim A Fillah - Jalan Cinta Para Pejuang
Thursday, 14 May 2015
Entri.random.tapi.ada.jalannya.
Dua tiga menjak berlalu, aku jadi makin sakit perasaanku. Aku jadi makin fragile. Bila dengar di situ punya alasan, di sana punya alasan. Aku jadi stress. Aku jadi cepat marah. "Habis sapa nak buat semua benda ni?!"
-----------------------------------------------------------
Dalam minggu itu, setiap hari mesti ada satu masa airmata aku gugur. Mesti. "I cannot bear this anymore! Aku penat!". Hati aku dah tak dapat menahan beban ini.
Be in my shoes, please. Be in my shoes.
Setiap malam kau tidur lewat tak punya masa untuk belajar.
Setiap hujung minggu kau punya program untuk dibantu.
Mungkin ada masanya aku kelapangan waktu, namun bukan selalu.
Tapi aku tak pernah sedih dengan keadaanku. Kalau dulu, mereka yang berjuang berkorban ada bersama di sekitarku. Kita melihat dia payah, dia melihat kita payah. Maka kita sama-sama pikul beban ini dan sama-sama melampiaskan semangat juang. Saling menguatkan.
Tapi itu semua sudah tiada. Lama sudah tiada. Sekarang mungkin ada, cuma mungkin aku yang buta.
----------------------------------------------------------
Airmataku tak dapat dibendung. Ya Allah telah aku pulangkan semula segala kesedihanku kepadaMu. Kesedihan terhadap para pejuangmu. Aku butuh telinga yang dapat menjadi reservoir hamburan perasaanku ini. Aku butuh mulut yang dapat menenangkan dan mewaraskan balik diriku ini.
"Awak, bila awak free? Akak perlukan seseorang utk bercakap."
"Bila akak nak jumpa? Saya ada kelas kejap lagi pukul 2 pm."
Kasihan pula aku dengan ukhti sorang ini. Dahla ujiannya berat juga, aku pulak ingin menambah bebannya. Memang lumrah diriku selalu tak nak susahkan manusia padahal mereka sedia saja membantu.
"Takpelah, akak seganlah pulak nak cakap dengan awak."
Di saat diri ini, hanya Allah sahaja yang dilihat sekarang ini. Tiada manusia lagi. Lantas, ditarik beg, dimasukkan AlQuran & buku pinjaman seorang ukhti. Dipakaikan jaket kegemaran ber-hoodie, kemudian terus menuju ke taman yang disukai.
Mencari spot yang kurang dilihat manusia, aku duduk situ berdiam diri. Semua benda aku hamburkan sekali. Airmata, hingus, lendir dan entah apa lagi. Mujur ada toilet roll yang sempat digapai sebelum keluar rumah tadi. Dalam hati, aku meminta kuat pada Ilahi; "Ya Allah berikan aku jalan keluar daripada masalah ini!"
Setelah penat melepaskan segala kedukaan, aku membuka Al-Quran ungu pemberian ibuku. Memang sudah menjadi kegemaranku, bila aku berduka, aku sangat mengharapkan Allah menunjukkan jalan atau memberi motivasi melalui kata-kataNya. Kubuka buku itu dengan randomnya. Surah al-Hijr. Kubaca keseluruhan ayat dalam surah itu. Tiba-tiba, bacaanku terhenti pada hujung surah itu.
"Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan apa yang mereka katakan."
"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud."
[15:98-99]
Tepat kena pada keadaanku. Tapi, kenapa Allah suruh aku sujud kepadaNya dan bukannya pergi selesaikan masalah ini dengan mereka? Aku tertanya-tanya.
Kemudian, aku membuka buku pinjaman ukhti seorang ini dan aku meneruskan pembacaan pada tempat yang aku tinggalkan dahulu. Makin lama dibaca seperti makin diberi jawapan. Aku jadi terharu meneliti perenggan ini.
"Dimensi tarbiyah ruhiyah yang berhubungan dengan supply energi berhubungan dengan fungsi iman di dalam diri kita yakni: pertama, bagaimana iman mampu membuat kita kuat untuk menjalankan syariat yang berisi beban-beban yang bertingkat-tingkat, ada yang wajib dan ada yang sunnah. Jumlah beban syariat sangat banyak, sehingga kita membutuhkan supply energi yang memadai untuk bisa melaksanakannya. Parameter pertama untuk mengukur apakah efek tarbiyah ruhiyah itu kuat pada dimensi supply energi adalah sejauh mana kita kuat dan konsisten memikul beban yang setiap waktu bertambah."
Nah, inilah jawapannya! Aku jadi lega dan insaf. Apa mungkin semua ini kerana tarbiyah ruhiyahku yang lompong. Memang benar apa yang dikatakan oleh Anis Matta dalam ucapannya yang dibukukan ini, aku sendiri reflek, makin lama dakwah menuntut banyak benda dari aku, banyak demand utk energy output aku tapi macamana dengan energy input-ku?
Astaghfirullah, diri sendiri menjadi kelu. Memang teruk, aku selama tak serius dengan mutabaah amalku. Padahal, aku selalu mengingatkan mereka betapa pentingnya mutabaah amal tapi diri sendiri tak ambil serius, menggunakan alasan sibuk untuk menyedapkan hati.
-------------------------------------------------------
A : "Kita boleh pilih untuk give up atau fight, moga Allah bantu kita untuk mujahadah. Bila semua makin susah, aku jadi teringat kenapa aku nak jalan ni. Kenapa kita nak susah ni. Dan itulah cara untuk Allah buat kita makin tunduk pada Dia. Jaga mutabaah amal sungguh2. That includes hafazan. Surah mana sekarang?"
B: "Masih di surah nuh & mudatssir"
A: "Kita usaha sama2"
Bila mana dua-duanya lemah membutuhkan semangat jihad kemudian saling melahirkan perasaan jihad biarpun sedikit, itulah yang paling me-refresh-kan jiwa. Hati jadi makin bersungguh walaupun sedikit bekalannya.
-----------------------------------------------------
Di setiap kesusahan itu punya manisnya yang Allah ingin berikan. Ya Allah, aku takkan berputus asa denganMu. Tsabatkan aku di jalan ini sehingga aku syahid! Aminn ya Rabb.
Saturday, 28 March 2015
tres.super!
Growing Pains by Boona Mohammed
Those who criticize my generation forget who are the ones who raised us
Produced kids who popping razors scrapping their veins open like erasers
Trying to erase all the pain and shame of delinquent teenagers
On call with drugs and alcohol having a ball while our species is endangered
Because in this day and age you are nothing but a facebook page,
A retweet of nothing sweet, a selfie inside a cage
Living in a material prison, a 16x9 cell of whatever your TV will sell
Everybody wants to be somebody but nobody wants to be themselves
We ignore the ones who adore us and adore the ones who ignore us
We are only Muslims by name, so long as immigration won’t deport us
I’m sorry Mr. Politician; I didn't mean to look so different
I know my parents have a funny accent but I’m just working with what I was given
You see we moved to these lands to escape from poverty and persecution
But colonization of my nation kind of left the promise lands looking like an illusion
And I don’t know what I’m doing, where I’m from or where I’m going
You see I wanted to go to school but the class they put me in is boring
They told me that I have special needs, and that my grades ain’t that important
But they don’t know I could flip trees, and by 3, buy me a pair of Jordan’s
And I don’t even want to play the race card, cause I ain’t even a fan of poker
But every time I visit jails, it looks like the coloured people taking over
But as I’ve grown older, I’ve realized what’s most important
And I don’t ask Allah for less tests, I ask Allah for bolder shoulders
Because inside of every tear is a moment most sincere to God
The help of Allah is near, but how near are you to Allah?
Because in order to be free, you must escape from the prison of your desires
And speak only when your words are more beautiful than silence
Make friends with the Qur’an because it is a book of guidance
Embody the message of messengers, and stand tall like Dawood did to Giants
I was looking for faults, and so I started in the mirror
And I realized real hommies, are those who want to be hommies in Jannah
And even though people are complicated, Islam is real simple
You see Allah gives us so much, but yet we thank Him so little
And even liberals see my sisters wearing Hijab’s as criminals
But I see every covered girl as a cover girl so take cover girl
And forgive your enemies but never forget what they have taught you
And know that those who gossip with you will one day gossip about you
They tell me I should rap to the youth although my poetry is spoken
I tell them my tongue is a loaded gun, and I am careful where I point it
And I ain’t trying to give advice that I haven’t acted upon myself
Cause everybody wants to change the world, but nobody wants to start within themselves
But from what I can tell, the signs are clear; the end of time is near
And behind every wrinkle on the faces of our elders, lies wisdom beyond our years
If only we would take a moment to attain all that they made
One generation plants a seed, so that the next can receive the shade
People ask me what changed, but wallahi akhi nothing really,
I just began to see this world as a traveler and I’m moving quickly
On my way into my grave, to the earth where everyone will sleep
Cause the angel of death is a celebrity everybody’s dying to meet
People say they are just "killing time" but really time is just killing you
And your life is nothing more than all the paths and roads that you will choose
Even a man who killed 99 people and repented to Allah was excused
So if you say your heart has grown distant from Allah, then ask yourself who moved?
Growing up is painful, but you can’t stay small forever
Everybody wants a rainbow, but ain’t prepared for bad weather
So never ever let the devil make you sad at who you are
Cause only in your darkest hour can you see the brightest stars
Some of the best lessons in my life, were learned at the worst times
But I wouldn’t change a thing except my patience in the divine
Because if Allah brings you to it, than He will bring you through it
Just have patience and pray, trust me, I’m living proof of it
Monday, 16 February 2015
Random thought (maybe closer to random opinion)
Assalamualaikum wbt,
Baru saja melihat video berita Astro Awani tentang Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya terfikir sesuatu apabila melihat kepada apa yang Allahyarham lakukan iaitu menegur pimpinan parti yang dilihat ke arah kerajaan perpaduan atau bergabung dengan kerajaan sekarang.
Saya selalu dengar pendapat orang tentang orang Melayu kena bergabung tenaga, bekerjasama untuk kemaslahatan negara bila mana dilihat betapa bukan Melayu membangun laju maju daripada Melayu disebabkan kesepaduan tenaga mereka. Saya boleh katakan ini adalah cadangan yang secara logiknya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku -- empowerment of non-Malay leads to jatuhnya Melayu yang mendiami negara ini. Ibarat seperti menjadi peminta sedekah di tanah sendiri. Yup, saya nampak apa yang berlaku di negara yang saya berada untuk belajar sekarang ini. Di mana orang asli di sini jauh ketinggalan dari bangsa lain dalam negara sendiri.
Tapi, saya melihat kedua-dua kerja -- bergabung dengan kerajaan sekarang atau tidak -- adalah betul dengan syarat kerja yang sepatutnya berjalan, berjalan lancar malah pesat berkembang. Saya sendiri lebih sukai untuk tidak bergabung bagi memelihara keaslian perjuangan. Mana-mana gerakan atau perkumpulan tidak perlu khuatir, selagi mana kerja yang patut dijalankan berjalan, berada di atas al-Haq akan automatically membuatkan kerja itu berkembang pesat dan berjaya.
Saya tidak menyokong mana parti dalam soal ini samada kerajaan atau pembangkang. Saya juga bekerja dengan apa yang saya percaya akan membawa kemenangan kepada kita semua, bukan sahaja manusia malah satu alam, bahagia. Apa yang saya ingin tekankan adalah jangan sesekali lupa untuk terus berusaha pada kerja asas kita yang kita percaya sebagai cara paling efektif untuk kita berjaya. Mungkin sesuatu kerja asas dilihat sangat jauh dan lambat tetapi cara itulah yang paling berhasil atau berkesan.
You just have one shot. One shot. So, find the most effective way to work it out.
Untuk yang tidak dapat memahami kata-kata saya, saya katakan di sini, saya mengambil peristiwa dalam politik sebagai alat untuk kita reflek kembali bagaimana cara untuk berhasil dalam kejayaan. You have this one chance, so you have to find the best method and when you know the method you have to stick with it, work it on with no chance of boredom nor thinking of switching to any other thing, work it on (for a long time) till it you hit the target.
So, note to me, you know youth generation is the key to the future, so try to build them (with that principled quality) as much as you can, in sha Allah, it will be a succes. Yosh!
Peace.
Subscribe to:
Posts (Atom)