Monday, 16 February 2015

Random thought (maybe closer to random opinion)

Assalamualaikum wbt, 

Baru saja melihat video berita Astro Awani tentang Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya terfikir sesuatu apabila melihat kepada apa yang Allahyarham lakukan iaitu menegur pimpinan parti yang dilihat ke arah kerajaan perpaduan atau bergabung dengan kerajaan sekarang. 

Saya selalu dengar pendapat orang tentang orang Melayu kena bergabung tenaga, bekerjasama untuk kemaslahatan negara bila mana dilihat betapa bukan Melayu membangun laju maju daripada Melayu disebabkan kesepaduan tenaga mereka. Saya boleh katakan ini adalah cadangan yang secara logiknya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku -- empowerment of non-Malay leads to jatuhnya Melayu yang mendiami negara ini. Ibarat seperti menjadi peminta sedekah di tanah sendiri. Yup, saya nampak apa yang berlaku di negara yang saya berada untuk belajar sekarang ini. Di mana orang asli di sini jauh ketinggalan dari bangsa lain dalam negara sendiri.

Tapi, saya melihat kedua-dua kerja -- bergabung dengan kerajaan sekarang atau tidak -- adalah betul dengan syarat kerja yang sepatutnya berjalan, berjalan lancar malah pesat berkembang. Saya sendiri lebih sukai untuk tidak bergabung bagi memelihara keaslian perjuangan. Mana-mana gerakan atau perkumpulan tidak perlu khuatir, selagi mana kerja yang patut dijalankan berjalan, berada di atas al-Haq akan automatically membuatkan kerja itu berkembang pesat dan berjaya. 

Saya tidak menyokong mana parti dalam soal ini samada kerajaan atau pembangkang. Saya juga bekerja dengan apa yang saya percaya akan membawa kemenangan kepada kita semua, bukan sahaja manusia malah satu alam, bahagia. Apa yang saya ingin tekankan adalah jangan sesekali lupa untuk terus berusaha pada kerja asas kita yang kita percaya sebagai cara paling efektif untuk kita berjaya. Mungkin sesuatu kerja asas dilihat sangat jauh dan lambat tetapi cara itulah yang paling berhasil atau berkesan. 

You just have one shot. One shot. So, find the most effective way to work it out. 

Untuk yang tidak dapat memahami kata-kata saya, saya katakan di sini, saya mengambil peristiwa dalam politik sebagai alat untuk kita reflek kembali bagaimana cara untuk berhasil dalam kejayaan. You have this one chance, so you have to find the best method and when you know the method you have to stick with it, work it on with no chance of boredom nor thinking of switching to any other thing, work it on (for a long time) till it you hit the target. 

So, note to me, you know youth generation is the key to the future, so try to build them (with that principled quality) as much as you can, in sha Allah, it will be a succes. Yosh!

Peace. 

No comments: