Friday, 25 December 2015

rimas.resah.whatnot.

Assalamualaikum wbt

Semua orang mahukan sesuatu drpd kita bukan?
Semua orang macam tak heran apa yang kita perjuangkan bukan?
Penat layan semua orang bukan?

"Takpe dik, awak ada hal. Nanti akak backup ye?"

"Takpe kak, saya rasa apa yang akak cadangkan ni bagus cuma tak kena dgn waqi' kita."

"Takpe awak. Awak taknak respon sangat takpe."

Memang diri ini tak sempurna. Jauh panggang dari api kalau kata diri ini daie.
Positivity langsung sekarang ini mati.

Penat dengan manusia, mungkin selama ini buat dakwah mencari teman seperjuangan bersama. Mungkin selama ini bergantung pada manusia.

Ya, mungkin benar sahaja.

Padahal, Allah sahaja yang punya jawabannya.

Teruk.
Cukup teruk tarbiyah kita!
Apa kau sedar atau tidak?

Takpelah kalau tak sedar. Biarlah dia makin mereput.
Bagai sarang si angkut-angkut.
Luarnya berlubang
dalamnya berlohong
bila ada tekanan di luar
maka hancurlah ia.

Itulah tarbiyah yang aku pimpin sekarang ini.
Jauh daripada output yang sepatutnya.
Di sini,
tak tahu apa jawapannya.
Apa kelemahannya.
Butuh jawapan tapi tiada yang ingin membantu.
Atau mungkin ada tapi tak terjangkau di tangannya.

Ahh
sudahlah, Bella.
Kau tak boleh nak harap kat orang lain. Kalau takde orang nak bantu, buat sendiri je la sendiri yang termampu. Apa kesah..Allah kan ada.

Biarlah jatuh berderai at least kau usaha kan?
Ibarat khalifah turki uthmaniyah terakhir,
bertahan je la walaupun makin goyah asasnya.

Serius ahh rasa nak nangis. Memang hati dah menangis dah. Tapi aku tahan je kat kampung ni. Susah pulak kalau dah pecah tembok, payah nak bina balik. Habis satu kampung.

Okaylah. Aku malas nak layan perasaan ni. Makin dilayan makin bengkak hati aku.
Doakan aku jumpa jawapan.

Aku dah masuk fasa malas nak layan orang. Kau nak bantu dakwah, kau buatlah. Kalau kau ada concern, kau buatla apa yang patut. Kau tak nak layan aku, ikutlah. Biarlah aku sorang layan tarbiyah dan dakwah yang tak seberapa ini.

Salam.

2 comments:

sakina said...

Biasa la tu. Saya pun pernah dan selalu ada perasaan macam tu. Teringat kata kata Hasan Basri. Kesimpulan dalam apa jua ujian, kita 'istighfar'. InsyaAllah, akan rasa lebih tenang. -nasihat untuk diri sendiri jugak ni- T_T

silentdreamer said...

Jazakillahu khayr sakina. InsyaAllah istighfar selalu.

Really need this! :)