Sunday, 14 April 2013

tarbiyah.minggu.ini.mmg.super.kebabom.

Insert song (on repeat): "To Build A Home" by Cinematic Orchestra

Situasi #1

"Awak tolong jaga dia ye bila akak balik malaysia nanti.."

"InsyaAllah akak. Saya cuba."

Situasi #2

"Saya faham je benda apa yang Syed Qutb ni nak cakap tapi saya tak dapat nak bumikan dia bila saya sampaikan. (Bagi explaination yang dekat dgn mad'u sampai mad'u faham)"

"Kita akan dapat sampaikan kepada mad'u bila kita mula praktikkan apa yang kita sampaikan. AlQuran itu tak dekat dgn hati kita lalu bagaimana kita nak fahamkan mereka ttg AlQuran."

Down.

Situasi #3

"Ya Allah banyaknya tak baca lagi. Test dah nak dekat. Dia dah tinggal sikit lectures untuk di-cover. Tak macam kau, bella! Tak pandai bahagi masa."

"Macamana kita susun study kita itu adalah reflection sejauh mana kita susun dakwah kita."

Lantas, terus inferior melihat akhawat lain study dah kedepan. Kita tertinggal di belakang. Bagaikan nampak markah berapa yang akan kudapatkan. Mungkinkah sejarah akan berulang? Mungkinkah?!

Terus down dan down.

Tak boleh nak buat macamana seorang kakak ini berkata, "Kalau kita lihat akhawat lain lebih hebat maka kita jangan inferior tapi pasanglah niat untuk jadi hebat sepertinya."

Jujur aku kata, susah untuk dibuat. Ya, sila ketuk kepala saya.

Situasi #4

"Awak kena telus dgn dia. Try untuk curhat dgn dia. Awak mulalah dulu. Akak nampak korang ni dah satu kepala dah."

"Saya cuba, akak."

Arghhh! Jujur aku memang ego. Tak suka tunjuk side lemah aku. Lagi-lagi bila aku kena paksa diri untuk curhat dgn orang yang macam aku jugak. Simpan sedih-sedih sorang.

Terus down.

Situasi #5

Macam-macam perasaan dalam hati. Kacau-bilau. Kau nak study tapi hati kau tidak stabil. Macamana kau nak fokus study. Maka itulah jadinya, satu slide satu jam. Sedih bukan? Maka bertambahlah ke-down-an itu.

Memerlukan ukht untuk bercerita. Dari dulu lagi. Dari mula aku melangkah ke tempat ini. Dah setahun aku kat sini. Aku tak jumpa ukht itu lagi. Maka sudah setahun lebih aku simpan perasaan ini sorang-sorang. Dalam hati hanya ada satu. Kabil. Aku rindu korang. Aku nak curhat dgn korang!

Mimpilah kau, bella. Mimpi!

"Awak kena cari seorang di Auckland ini untuk bercerita. Tak boleh nak harapkan kawan-kawan awak di India, Ireland, UK, Malaysia semua tu. Awak kena cari seorang di sini utk awak curhat."

Terus menerus down.
------------------------------------------------------------------------------------

Ye akak. Saya memang tak pandai nak cari orang itu. Saya pun memang tak larat nak tanggung perasaan ini sorang-sorang. Tapi macamana kalau saya nak dapat, bila saya cuba untuk bercerita, saya lihat akhawat masing-masing tengah bertungkus-lumus di depan nota & laptop, ulangkaji dengan penuh tekun.

Macamana saya nak dapat ukht untuk curhat, bila saya mula dengan, "Apa yang kita kena buat bila kita sedih eh?" Jawabnya, "Baca AlQuran & ambil wudhu' ".

Terus mati effort utk curhat di situ.

Ya, orang ingat saya kuat. Orang letak tangunggjawab atas saya. Tapi, saya tak reti cakap "No" sebab saya rasa semua orang ada masalah yang perlu diselesaikan. Maka, mengapa perlu disebabkan masalah saya, saya boleh untuk tidak menerima taklifan padahal orang lain boleh terima je. Nampak tak lemahnya saya di situ?

Ya, saya tak nak tunjuk saya lemah sebab saya nak berusaha bersungguh-sungguh, kuat untuk meraih redhaNya.

Entah, mungkin saya yang salah. Ya, syaitan dah berjaya buat saya tak boleh fokus dalam study disebabkan perasaan ini.

Arghhh bencinya bila mengaku kalah dgn syaitan, tahu takkk!!!!

No way syaitan! Kau akan kalah di akhir nanti. Cuma sekarang ini period jatuh aku. Aku pastikan aku bangkit kembali.

Bella dgr lagu slow. Ada maksud di situ.

Ya, saya memang tengah down tahap gigabytes dah nih sampai satu tahap saya rasa saya fail seorang daie pelajar.

Kalau Level 3 ini aku seorang je yang ada, dah lama dah banjir Level 3 ini.

Sekian.
Mohon doa.


No comments: