Saturday, 27 April 2013

baru.saat.ini.aku.merasai.

Baru saat ini aku merasai
betapa aku ingin membawa mereka semua ke syurgaMu, Ya Allah!

Baru saat ini aku merasai
betapa aku sayang mereka keranaMu, Ya Allah!

Baru saat ini aku merasai
betapa kasih dan cintanya aku pada mereka maka aku tak mahu mereka jatuh ke dalam perangkap syaitonirrojim itu, ya Allah!

Baru saat ini aku merasai
aku ingin melihat mereka bahagia nanti di syurga, ya Allah!

Ya Allah izinkan kami menjadi penghuni syurgaMu!
Ya Allah berilah kami kefahaman yang Kau redhai!

Maka, bila aku memikirkan ini
memang sungguh berat tanggungjawab menjadi murabbi itu
membawa mereka sedekat yang mungkin dgnMu
Menjadi murabbi itu aku kira satu kerja yang sangat mencabar

Murabbi...jauh sekali aku dgn nama itu
jauhhh..sangat jauhh
apatah lagi diri ini sangat lemah imannya

Maafkan aku kerana kamu semua mendapat aku sbg murabbi kamu
kerana aku sedar aku bukanlah murabbi yg terbaik
kadang-kadang aku rasa aku tak berjaya pun untuk mengalirkan rasa itu kepadamu
kadang-kadang aku rasa aku tak berjaya pun untuk buat kamu merasai betapa indahnya Islam itu
aku rasa aku tak berjaya pun untuk membuat kamu rasa betapa inginnya kamu pada Syurga itu

Ya, ini semua berlaku atas kekhilafan aku sendiri
Betapa lemahnya diri ini
masih lagi bertatih di jalan yang mereka yg hebat pernah lalui

Saat aku bayangkan muka kamu
Saat aku sebut nama-nama kamu
Saat aku doakan kamu
Saat itu lahirlah rasa sayangku padamu
Saat itu aku lihat bahawa dalam diri kamu ada rijal hebat untuk Islam

Dalam diri kamu itu ada emas untuk Islam!

Tugas aku untuk sedarkan kamu bahawa kamu adalah mereka yg terpilih
mereka yg hebat berjuang keranaNya
mereka yg akhirnya pulang ke destinasi abadi Syurga

Aku nampak rijal itu dalam diri kamu!
Aku nampak dgn mata hatiku!

Ya Allah tugas ini satu tugas yang sangat berat untuk aku pikul
tugas para anbiya'
tugas para syahid
tugas para mujahid

aku cuma hambaMu yang lemah
tak layak digelar hatta mujahidin pun
malu dengan diriku sendiri
untuk aku bawa mereka dekat dgnMu, maka aku perlu lebih lagi dekat dgnMu!
untuk aku alirkan perasaan 'Izzah itu, aku aku perlu lebih 'Izzah dgn Islam!
untuk aku tanamkan kecintaan kpd Rasulullah, maka aku perlu lebih lagi cinta kepada Baginda!

Saat aku lihat diri-diri kamu, saat itu aku katakan pada diriku
hamba yang lemah ini akan sentiasa berjuang dan berusaha keranaNya
biarpun ilmuku sedikit, nipis pengalamannya,
akan aku cuba untuk lahirkan rijal itu pada diri mereka.

Kitalah ansarullah!
Kita sedang melalui jalan mereka yg hebat di mata Allah pernah lalui.

Mohon doa semua moga Allah pandu setiap langkah kami.

#Haura'Maqsurah#

No comments: