61: Maka ketika kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, "Kita benar-benar akan tersusul".
62: Dia (Musa) menjawab, "Sekali-kali tidak akan (tersusul); sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku".
63: Lalu Kami wahyukan kepada Musa, "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.
64: Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang lain.
65: Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersamanya.
Dari pukul 9 pagi hingga 4 petang aku disibukkan dengan hal-hal uni. Study, assignments, notes, labs. Aku dah buat policy baru dalam daily life aku. Pagi hingga ke petang, aku kena duduk kat uni je, pulun utk study. Pulun dan enjoy study aku. Teringat kata-kata seseorang ni (actually tak ingat siapa), "Dakwah & study itu bergerak seiring. Jika seorang daie untuk bekerja kuat untuk dakwahnya, maka dia akan bekerja kuat untuk studynya kerana study itu adalah dakwah."
"Kalau kita nak buat dakwah yang terbaik, maka kita kena sediakan alat yang terbaik. Study itu alat."
Aku nak sediakan alat yang terbaik insyaAllah. Biar mat saleh, maori, cina, korea, jepun, arab tanya apakah rahsia kejayaan aku dapat result gempak, aku nak jawab, "rahsia kejayaan saya adalah menjadi seorang hamba Allah." Bak kata Umar, kita hebat kerana kita ada Islam! Biar dengan result aku yang gempak (aminnn), orang akan nampak dengan menjadi seorang muslim, dengan menjadi seorang yang dekat dgn Islam & Allah, dengan menjadi orang yang rindukan Rasulullah, barulah dia boleh berjaya!
(Ya Allah, permudahkanlahhh!)
Allah dah bagi satu medium untuk aku sebagai student untuk aku tunjuk kat depa bukan saja anda akan mendapat result yang gempak lagi kebabom bila menjadi abid & khalifah, malah mendapat segala nikmat yang ultimate terbaik dari ladang, Redha Allah & Syurga yang seluas langit dan bumi.
Okey, itu satu point. Actually, aku nak cakap pasal point lain sebenarnya. haha.
Ye, kembali semula kepada kehidupan siang saya yang saya kira lebih busy dgn study berbanding tahun lepas. Tahun lepas saya rasa saya banyak buang masa begitu saja.
Jadi, bila dah kena kerah otak, faham tu, faham ni, lari ke library, pergi short loan, cari buku teks, tidur atas meja kat study area (hehe), maka memang terasa betapa penatnya diri ini. Petang pergi merayap-rayap jumpa mad'u-mad;u yang dikasihi. Maka terasa lah di hati ini, arghhhh di mana momen-momen kehambaanmu, Bella?!!!
Asyik buat kerja khalifah je. Abid mana??/!!!
Bertambah kuatlah perasaan untuk menepuk-nampar diri sendiri tatkala melihat status encik Inspector Saahab ini,
"Bila amal da'wi kita makin laju, tapi amal fardi kita berkurang, kita sebenarnya sedang futur."
*machinegun bertubi-tubi di situ*
Aku duduk kat meja ini, tgk video, dgr bacaan alQuran. Duduk diam. Muhasabah.
Ya Allah, rindunyaa! Ya Allah rindunyyyaaa! Ya Allah rindunya momen-momen interaksi kita! Rindu nak baca ayat AlQuran, rasa macam Allah cakap dengan kita. Rindu sangat nak rasa Allah itu betul-betul dekat dgn kita. Nak sangatttttttt rasa macam Allah memang tengah tengok kita, bagi perhatian dengan kita, cakap dengan kita melalui ayat-ayat AlQuran yang kita baca. Nak sangatttt rasa macam Allah tengah pandang kita dengan kasih sayangNya.
Nak Allah bercakap dengan kita. Itu yang paling aku rindu! Rindu momen menjadi hambaMu yang mendapat sepenuh perhatianMu.
Betapa otak ini asyik berfikir tentang dunia sahaja. Tentang study. Memang lah semua itu insyaAllah diniatkan kerana Allah tapi solid moment just the two of us kita dgn Allah itu kurang bila difikirkan.
Maka saat itu, air mata mencurah-curah ke ladang gandum. Futurnya diri ini!!!
Dalam hati, sangat memohon, "Ya Allah, jangan tinggalkan aku! Ya Allah, tolonglah bersamaku! Ya Allah cakaplah sesuatu melalui ayat-ayatMu!"
Lalu aku menarik nafas sedalam mungkin, kupejam mata, ku bukakan satu muka surat random (actually tak random sebenarnya sebab Allah yang gerakkan tangan ini) untuk kubuka mata dan baca ayat-ayatNya.
Surah As-Syu'ara. Surah ke-26.
Dimulakan dengan cerita nabi Musa. Ya, one of my favorite nabi. sangat rapat dengan diriku yang banyak khilaf dan gagah (ke?). Wakaza!! Dush tumbuk diri sendiri bagi ingat Allah selalu.
Cut the crap, please bella.
Dimulakan dengan kisah nabi Musa menerima perintah daripada Allah untuk berdakwah kepada Firaun. Nabi Musa rasa takut untuk pergi berjumpa 'Barack Obama' pada waktu itu kerana kesalahan lampau yang beliau pernah lakukan dulu. Maka, Allah redha dengan Harun disisi beliau pergi berjumpa Firaun aka 'Barack Obama' itu.
Selepas ahli sihir semua realize yang memang Nabi Musa itu utusan Allah, Tuhan Sekalian Alam dan beriman, tibalah scene di mana Nabi Musa diperintahkan untuk membawa Bani Israel keluar kerana 'Obama' akan tangkap diorang.
Tibalah scene yang paling saya suka lagi mendebarkan. Apabila diorang tengah lari, nampak Firaun dan tentera-tenteranya mengejar diorang. Bila dah nampak muka Firaun, for surelah rasa macam "Matilahhhh kita!" Kena pulak bila tengok kat depan, mak aihh laut kemain dalamnya, Laut Merah. Buntu. Jalan mati.
Sebab itulah, diorang cakap ayat 61 tu sebab logically macam, "Habislah, we are so dead!"
Tapi apa yang Nabi Musa kata,
62: Dia (Musa) menjawab, "Sekali-kali tidak akan (tersusul); sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku".
That's the spirit, nabi Musa!! Aku pun nak rasa keyakinan yang mantoppp macam tu. Yakinnya dia yang Allah bersamanya. Bila aku baca ayat ni, memang rasa yang Allah nak kata, kau kena sebut macam nabi Musa sebab kat kaumnya.
"Kita tak kan kalah! Sebab Allah ada bersama kita, dia akan tolong kita!"
Yakin yang Allah itu bersama kita, people!
Next, apa yang berlaku? Memang pertolongan Allah itu datang dengan cara yang sungguh tidak logik lagi tak tercapai akal!
63: Lalu Kami wahyukan kepada Musa, "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.
Bak kata Salim A Fillah kan (bukan tulisan sebenar dia) "Tak logikkan Allah suruh ambil tongkat pukul laut. Kenapa tak suruh pukul kepala Firaun je. Mesti selesai kes. 'Obama' mati."
Tapi Allah tak suruh nabi Musa pukul kepala Firaun, Allah kata pukullah laut itu dengan tongkatmu.
Pertolongan Allah itu boleh capai tahap kita sendiri tak faham, tak sedar yang itu pertolongan Allah. Sebab Allah itu Allah. Yang Maha Bijaksana Lagi Berkuasa!
That was when pertolongan itu datang. Terbelah laut itu. Baru nabi Musa dan bani Israel nampak memang Allah saja yang dapat menolong & selamatkan mereka. Bukan orang lain. Bukan tongkat!
65: Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersamanya.
Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk kita merasai betapa nikmatnya menjadi hambaNya. Alhamdulillah kerana Allah masih sanggup lagi membalas cinta hambaNya seorang ini yang selalu futur, lemah dan tidak berdaya. Alhamdulillah hidup saya masih bermakna. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah..terharu sangattt! T~T
Next step apa? Bekerjalah atas rasa syukur itu.
Alhamdulillah 'ala kulli halin wa astaghfirullah min kulli dzanbin.
May Allah bless you. Jazakallahu khayr. Doakan saya dapat syahid di jalanNya ya :)
*impress dengan diri sendiri boleh tulis sepanjang ini. moga Allah redha*
*impress dengan diri sendiri boleh tulis sepanjang ini. moga Allah redha*
No comments:
Post a Comment