Assalamualaikum...
*post ini adalah untuk meluahkan perasaan. no comments, please*
saat aku ceria, tiada masalah.
saat tiada masalah itu tiada masalah.
aku rindukan mereka bukan kerna aku hidup dalam memori
sehingga aku lupa untuk berpijak di realiti.
tapi,
aku rindukan mereka serindu-rindunya,
kerna mereka dulu ada di waktu aku berduka.
mereka itu ada di waktu aku hiba.
mereka itu senang untuk aku luahkan segalanya.
mereka itu dengan izin Allah aku boleh luahkan segalanya.
hatta, seremeh mana masalah itu.
aku rindukan mereka
dan terlaluuuuu mengharapkan mereka ada
kerana aku sedang bergerak di sini
dan selalu masalah seremeh-remehnya hadir ke sana ke mari
dan saat itulah tiadanya mereka di sisi.
mungkin salah aku jugak
sebab tak dapat nak bukakkan hati aku pada mereka yg baru
mungkin salah aku jugak
kerna tak bergantung totally kepada Allah
tapi jauh di sudut hati
aku inginkan Allah dan manusia untuk aku bercerita
tentang masalah remeh itu.
hati,
sila tenang please.
mereka yang baru itu kulihat terlampau sibuk untuk aku dekati
mereka yang baru itu terlampau banyak masalah besar untuk difikirkan
mereka yang baru itu baru aku kenali.
entah..mungkin salah aku jugak
sebab aku sendiri tak memperkenalkan diri sebenarnya.
entah..mungkin salah aku jugak
tapi, aku tak tahu..
bila bersama mereka yang baru,
diri ini secara automatis memasang tirai aktres itu kembali.
pernah aku cuba untuk leraikan tirai itu
tapi tak berjaya.
mungkin salah aku jugak
sebab aku tak berusaha lebih.
ya Allah, sedihnya aku dengan diriku ini.
tatkala punya masalah, punya masalah lagi bermain di sini.
tatkala orang terus mendapatkan ukht untuk meluahkan rasa,
aku punya tiada di sisi.
mungkin ini semua salah diriku sendiri.
aku tak tau nak cerita kat sapa tapi aku tau aku ada Allah dan blog ini.
jadi, aku luahkan apa yang aku rasa di sini.
buat mereka yang kurindui,
bukan kerna yang manis itu aku sangat rindui,
tapi kerna yang pahit itu kita bersama harungi,
itu yang aku sangattttt rindukan!!!
doakan ukht antunna di sini, moga dia terus kuat bersama Dia di sisi.
Jazakunnallahu khair, akhawat! T_T
2 comments:
bella!!!!!!! anda kuat!
choyyyyy!!!! doakn akuuu.
insyaAllah aku akan terus bertahan..jgn risau :)
Post a Comment