assalamualaikum...
aku tengah dalam satu situasi yang...entahla..aku pon tak dapat nak imagine. aku tak pernah terpikir pon benda ni akan berlaku. serius. benda ni sangat menggangu ketenangan aku. aku resah giler. ibarat aku sekarang baru melihat seorang muslim telah dibunuh di depan aku. walaupon nampak macam over reaction tapi itulah hakikatnya.
dahla sekarang aku banyak giler kerja yang nak disiapkan tapi aku tak dapat teruskan kerja2 tu. semua sebab masalh ni tak selesai lagi. kawan2 hanya dapat menghilangkan keresahan ni sebentar saje. aku risau..EE malay yang aku nak buat ni perlu tindakan secepat mungkin. sebab tempat sangatla limit. kalau aku tak sempat, maybe aku tak tau nak buat apa dah EE aku.
aku try untuk selesaikan masalah ni. bila peluang tu ada, aku cuba untuk memberi pandangan mengatakan sesuatu hanya untuk menjernihkan lagi keadaan. aku pikir bila aku cakap dengan sejujurnya, orang akan paham dan orang akan cuba untuk mengubah sesuatu. tetapi, apa yang jadi sebaliknya. salah paham yang berlaku. which is mengejutkan aku and menyakitkan hati orang lain. lastly, aku rasa avoid benda ni adalah jalan yang paling mudah setakat ni. aku tak tahu kenapa benda ni berlaku. aku percaya benda ni berlaku ada hikmahnya.
aku tak tahu nak buat macamana lagi untuk tenangkan hati ni. tadi, aku berdoa semoga Allah dapat menenangkan hati. jadi, tadi waktu aku solat maghrib. ada orang tepiuk belakang suruh aku jadi imam. so, bila rakaat kedua aku pon bacala surah sepotong surah dengan harapan hati aku akan tenang. tiba2, aku perasan 1 ayat yang aku baca yang menyentap hati aku.
"sesungguhnya di setiap kesusahan ada kesenangan"
aku rasa sedih dan terharu bila baca ayat ni. alhamdulillah. aku bersyukur ya Allah. terima kasih sangat Ya Allah. aku percaya apa yang Allah janjikan tu. i believe it without any doubt!!
so, bila korang dah baca ni. aku harap korang just shut your mouth and zip it. aku tak nak sebarang respon pon tentang post ni. aku tak nak sebarang komen pon. jangan aku tanya tentang benda ni kalau korang jumpa aku. aku risau sangat pasal EE aku. ya allah berilah aku ketenangan...amin.
okay, till then. jaa~
aku buat benda ni sebab aku rasa ini je yang dapat membuang sedikit keresahan aku.
No comments:
Post a Comment