Tuesday 2 February 2010

alamak..terkena balik owh~~!

assalamualaikum...

walaupon sekarang tengah busy tapi sempat lagi aku post entry..hehe. memang la tak sedar diri. tapi aku tak kesah aku nak jugak cerita benda nih..

ceritanya bermula pagi tadi..waktu aku nak pergi kelas..aku jalan dengan kawan aku sorang nih. kesian la kat dia sebab awal2 pagi aku dah takde mood nak layan orang. apa yang kawan aku cakap semuanya aku balas macam nak tak nak jee.. last skali aku cakap dengan dia.."weyh, sorila aku memang takde mood pagi2 ni. kesian ko pagi2 dah kena jalan dengan aku yang tak layan ko nih." tapi nasib baikla kawan aku tu memahami. dia tak marah pon...dia tahu dah aku ni memang macam ni.

actually, aku takde mood sebab aku tengah runsing pasal test math hari ni. otak aku macam2 pikir..boleh ke aku buat test tu? teruk ke markah aku nanti? sebab aku dah janji dengan diri aku yang aku nak jadi better dari sem 1.! aku tak nak ulang keadaan sem 1 yang menyedihkan. asyik blur je..orang lain semuanya skor gempak2. aku je yang kantoi tersembam kat lantai..huhu. tak percaya cuba baca post aku sebelum2 nih.

so, aku rasa test tadi okayla..aku takde la sedih sangat. sebab aku dapat attempt semua soalan tu. kalau nak dibandingkan dengan sem 1 dulu memang la jauh bezanya.

okay, back to the story. actually, yang test tu takde kena mengena pon. jadi, tadi aku baru je balik dari usrah dengan kakak2 aku and member2 aku. diorang cerita la yang imam hassan al banna tu jadi best student tiap2 kali exam. and dia sangatla pandai sampai dia masuk universiti al azhar umur 16 tahun. kebergantungan dia kepada Allah sangatla kuat sampai malam before exam tu.. dia mimpi dia naik sampan (kot?) tak sure sangat then datang la seorang pakcik ni, pakcik ni suruh dia baca something2 ni. dia pon baca la..then, esok tu, dia exam and apa yang dia baca kat dalam mimpi tu sebijik masuk exam. so, nak tunjuk kat sini yang imam hassan al banna ni seorang yang sangat bergantung kepada Allah. dia percaya yang buat dia berjaya dalam exam bukan kerana kepandaian dia tapi kerana kekuasaan Allah. dia takkan berjaya kalau Allah tak bagi dia kejayaan.

so, untuk aku yang sangat mengagumi as-syahid imam hassan al banna ni memang aku excited gila dengar cerita dia. aku rasa menyesal gila tak pergi konvensyen imam hassan al banna kat uniten sabtu lepas. tapi takpe la maybe ade hikmahnya.. bila aku dengar cerita imam hassan al banna, syed qutb aku rasa semangat gila. kadang2 aku pikir "bila la aku boleh jadi sehebat diorang ni??" insyaallah satu hari nanti..hehe

lepas tu kan, aku balik la bilik. punyala semangat aku nak cerita kat roommate aku. bila sampai bilik tu, aku pon terus cerita.weyh...! sedih gila bila dia tak memberi respon yang diharapkan..huhu. sabar je la.... so, aku pon terasa gila yang karma tu berlaku. dalam hati aku kata, "padan muka ko bella, buat lagi kat orang last sekali kena balik..." erm..tu la ceritanya.

ceritanya pendek je tapi sebab aku banyak cakap ni la post ni menjadi panjang..hua3.

wokeyh...see you later. jaa ne~~
(^_^)

No comments: