Sakitnya kaki wpun dah rehat 5 jam tapi masih terasa sakitnya tapak kaki. Berjalan lamanya atas marble yg keras. Lenguh dan longlai bila nak menghabiskan saie. Tapi kalau difikirkan kembali, kami skrg lebih manja dan mudah menjalankan umrah - tempatnya disiapkan dgn air conditioner, tanahnya tidak berkerikil dan kasar penuh dgn batu, dibina cantik dgn marble dan dibuat bukit safa dan marwah itu di dalam kawasan teduhan masjid, tidak ada cahaya matahari yg direct contact dgn kami.
Bukankah itu sudah cukup senang dan mudah buat kami berbanding orang zaman dahulu yg lebih super susah dan mencabar?
Ya Allah betapa hebatnya orang zaman dahulu, lasak, kuat dan tidak manja.
Buat yang pinggang dan kakinya sakit seperti aku, Allah menghadiahkan kita dgn satu ayat yang cukup menenangkan hati dan menyentuh jiwa!
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
Wahai insan, sesungguhnya kau bersusah payah krn Tuhanmu maka kau akan berjumpa dgnNya (84:6)
Tidakkah sweet ayat ini? Allah seakan memujuk hati ini. Ya, Aku tahu kau sakit kau penat tetapi ketahuilah bahawa Aku sedang melihat kau yg sedang bersusah payah untukKu, maka jangan khuatir atas segala kesusahan itu, kau pasti akan dapat kesudahan yg baik apalagi dapat berjumpa dlm keadaan Aku meredhai atas segala kepenatanmu.
Analoginya bilamana orang mention kesusahan kau, mestilah maksudnya dia sedang memuji kau bukan? He is appreciating your effort. Maka tidakkah itu yg kita kejar bilamana Allah itu recognise usaha kita. Touchinggnyaaa~~
Maka kuatkanlah tekadmu, biarlah payah susah janji kita dapat berbuat yg terbaik utkNya dan Dia redha.
No comments:
Post a Comment