Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Banyak sangat yang aku lalui minggu ini. Semua benda berkumpul daripada minggu-minggu lepas lagi tapi aku rasa kemuncaknya minggu ini.
Ya Allah betapa peritnya rasa mujahadah ini
betapa peritnya struggle yang Kau berikan pada aku ini
Betapa kita usaha tapi masih banyak lagi benda yang tak berubah
In fact rasa macam makin teruk
Marahnya aku pada orang yang tak memahami beban aku
Marahnya aku pada orang yang selamba berkata benda yang tak betul
selagi mana orang punya mulut orang boleh berkata
tapi aku yang bersabar yang perlu menahan rasa
Ya Allah betapa peritnya semua ini
Yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran
Aku banyak struggle dgn dnt dan study
Fikir sana fikir sini
Assignment dues
Meeting
Dengan lectures nak kena review
Dah la stress dgn software bioinformatics
Ditambah pulak dgn statement seorang ini yang memang terus menghiris hati aku
Buat kepala aku diketuk sekuat-kuatnya;
Apa memang aku ini tengah "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" kahhhhh??!!!
Ya Allah aku redha atas segala ujian yang Kau beri
Moga ini menjadi bekalan utk aku tempuh masa hadapan
Aku tahu utk membawa Islam di masa hadapan
banyak benda yang aku kena hadapi
impian kita besar weyh
nak bawak Islam sampai ke UA
kalau setakat mini-musuh pun kau tak dapat handle
apatah lagi yang BESAR dan REAL punye?!
Come on Bella
Takkan nak menyerah macam tu je!
Kau dah sampai tahap ini!
Allah bagi kau rasa macamana nak jadi Erdogan in the future nanti
macamana rasa jadi Mursi in the future nanti
dalam tahapan yang kau boleh pikul sekarang ini
Bella yang aku kenal takkan pernah putus asa
Bella yang aku kenal takkan patah semangat
Bella yang aku kenal akan sentiasa bangkit walau tersungkur berulang kali
Maka bangkitlah dan berjuang, Bella!
Rasulullah tatkala dibaling batu cedera parah di Thaif pun
Baginda bangkit berdakwah dgn kasih sayang pada Addas
Inilah masanya utk kau rasa what's the true feeling of being a true daie
Lejen takkan pernah dapat cabaran ciput
Lejen takkan pernah sibuk dgn benda kecil
Lejen akan kuat semangat memikul beban
Buat yang terbaik utk ummah
Kuatkan semangat, Bella!
Kesakitan yang paling dalam akan membuahkan perasaan yang paling tegar
Kita buat saja kerja kita
Biar Allah yang tentukan keputusanNya
Ingat kembali momen itu
Tatkala kau berdoa dalam hatimu, berbisik kepadaNya;
"Ya Allah andai dengan ini aku dapat meraih redha dan syurgaMu, maka aku redha atas ketentuanMu"
Selamat berjuang, Bella!
Moga kau dapat syahid yang kau dambakan selalu, Allahumma amin!
No comments:
Post a Comment