Assalamualaikum..
Debaran musim panas makin terasa. Belum balik Malaysia, Allah sudah sediakan ujian. Hari last exam sakit perut, lenguh satu badan. Kuatkan diri berjuang untuk last paper. Balik je rumah terus rebah kat Adnin sampai malam tak dapat bergerak membuat kerja. Tapi alhamdulillah Allah banyak mengajar melalui ujian kesakitan ini. Mengajar lebih untuk betul-betul mengosongkan fikiran, mengingatiNya, mengingati mati, menyebut namaNya.
Malam tadi, tiba-tiba, ada abrupt cadangan family gathering. Kena pulak tepat dgn program. Astaghfirullah. Cabaran summer makin panas.
Ya Allah sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku! Moga terus diberi perasaan..perasaan urgensi utk berfikir dan bergerak. Hilangnya perasaan itu umpama tempangnya ruh daie.
Bila membaca status ini, memang rasa kena pelempang habis. Headshot!
"Orang yang lengah dalam berusrah, sambil lewa dalam berusrah, kita tak harapkan dia akan menjadi pendakwah yang memilik sifat mujahid. Kerana dia sebenarnya tidak menghayati maksud kewajian berdakwah Sebab itu dia tidak iltizam dgn tuntuan dan kewajipan berusrah.
Jadi, ikhwah/akhawat seperti ini, biah akan mempengaruhinya. Jika biahnya adalah biah pendakwah. Jika biahnya biah organisasi. Jika biahnya biah kerja, dia akan bekerjaya. Jika biahnya biah leka dan lalai, dia akan leka dan lalai."
Astaghfirullah..moga kita yang diberi kefahaman ini terus diberi kefahaman yang mencelikkan mata hati kita. amin ya rabbal 'alamin.
No comments:
Post a Comment