Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Allah masih lagi memilih hati ini untuk terus teguh di jalan ini untuk kali ini. Yup, perjalanan baru saja bermula. Masih lagi bertatih atau merangkak. Bukan lagi rendah dari itu. Tapi Alhamdulillah masih diberi perasaan itu. Meluap-luap, berapi-api nak tengok Islam itu bangkit kembali.
Akan aku cuba untuk habiskan sisa hidup aku dengan jalan ini.
Akan aku cuba sedaya-upaya aku untuk jalan ini.
Akan aku usaha sebaik mungkin di jalan ini.
Untuk siapa lagi kalau bukan untukNya.
Kerana aku ini hanya si marhaen. Tak ada value bila tak digunakan semua yg ada pada aku keranaNya.
Tak ada value.
Langsung.
Untuk kali yang keempat ini, aku tanam azam yang baru. Buat kali pertama aku betul-betul rasakan ini.
Bukan aku hanya bina diri aku saja untuk menjadi Individu Muslim yang hebat itu, tapi aku mahu untuk menjadikan mereka Individu Muslim yang hebat juga, biar lebih hebat dari aku.
Jadi, perlu usaha lebih. Perlu kerja lebih keras. Perlu train diri lagi mantap.
InsyaAllah sedang diusahakan. Tak banyak tapi akan sentiasa berjalan.
Mohon doa kalian. Jazakumullahu khayr.
No comments:
Post a Comment