Tuesday, 12 February 2013

.rambling.

Assalamualaikum...

lagi 8 hari.

aku sorang-sorang kat rumah. yang lain pergi mines tgk wayang. failed di situ.

lagi 8 hari.

jujurnya, aku tak cover bahan lagi.
apa nak jadi dengan kau nih!
nak benda yang sama berulang lagi?!
nak failed paper lagi?!

ahhh!

aku trauma. trauma dengan study. memang perit rupanya bila kita failed. lagi perit bila aku sorang failed. aku cuba untuk bangkit kembali. tapi aku tak cukup berani untuk berhadapan dengan study. bukak laman sesawang uni pon, hati aku allergic.

orang nampak macam aku okey je bila cakap pasal study.
bila orang tanya, "eh, bukan 4 tahun ke?"

"oh tak, saya tukar course."

padahal, saya tak lepas nak buat course.

ini mungkin sebahagian pada hidup aku. aku dah jangka. hidup takkan seindah yang disangka. ape kau ingat kau tengok blogger-blogger yang famous amos bahagia sentiasa tak ada masalah ke? diorang pon ade la cuma tak tunjuk je.

diorang mungkin tak tunjuk kat online sebab diorang tunjuk kat real life. walhal, aku terbalik. kat online ni la aku nak tunjuk. senget.

baru ujian study, bella. belum ujian lain. orang lain lagi teruk ujiannya.

bila pikir macam tu, memang rasa macam tak patut untuk berdukacita dengan lamanya. tapi, kadang-kadang, rasa lagi loser bila pikir yang aku masalah kecik pon tak boleh nak move on. failed.

ya, ini masa susah aku. susah aku dengan study aku. susah aku dengan dnt aku. aku rasa masa susah ni sampai aku mati. sebab ujian itu akan datang bila kita masih menggunakan oksigen untuk bernafas.

aku nak betul-betul feel masa aku failed ni. untuk aku kenang bila aku berjaya nanti. mudah untuk aku cakap, bukan. apa nak jadi dengan aku. serius, aku pun tak tahu.

masing-masing pandang tinggi sebab aku belajar kat oversea. padahal diorang tak tahu yang aku pon tak tahu apa nak jadi dengan aku nanti.

cikgu bio. pensyarah. saintis. entah, aku pun tak pasti. sumpah tak best bila kita tak pasti.

Allah buat semua ni mungkin sebab aku ni orang yang jenis terpengaruh dengan pandangan orang lain. bagi aku betul-betul fokus sikit apa yang aku nak jadi sebenarnya.

mungkin seorang daie yang ade business sendiri. itu yang aku nampak.
business apa..itu tak pasti.

pernah aku bertanya kat siapa entah.

"buat business ni untung ke?"

orang tu jawab.

"kalau tak untung, takdenya orang nak buat business."

konkrit jawapan tu.

apa yang pasti, study itu aku kena kuasai. mungkin sekarang aku jatuh dalam study. tapi, aku akan pastikan aku berjaya dalam study. menyediakan alat yang terhebat untuk dnt!!

hafizah.
murabbiah paling mantap.
penghafal hadis yang superb.
muwajjih terhebat.

ya Allah, jauh sekali. tapi itu yang aku perlu jadi. mimpi aku yang paling penting, SYAHIDAH!

tengok balik diri aku sekarang ni, yang tengah menaip ni. ya Allah, jauh lagi! jauhhhhhh sangat! aku tak pasti dapat atau tidak untuk capai semua peranan ini.

maaf kerana aku ini manusia biasa. naik. turun balik. entah bila aku dapat jadi manusia hebat di mata Allah. entah bila..aku tak pasti.

jadi, buat masa sekarang ini, apa yang aku kena kuasai,

-peta
-bahan

itu je yang pasti sekarang ni. please bella, plan benda ni.

doakan hamba Allah ini. maaf aku tak dapat nak capai semua orang.

2 comments:

khadijah said...

kte tahu fail tuh camne perasaannye..
tp selagi kita percaya yg Allah syg kita, yang Allah nak tunjuk something kat kita insya Allah we can move on positively. mungkin hari ini kita tak nampak hikmahnya, mungkin nanti , mungkin takkan tahu langsung kenapa tapi percayalah semua yang berlaku ada sebab. May Allah ease everything for you. Take care!

Khadijah@kd

silentdreamer said...

jazakillahu khair kd!!
terharu sgt TT_TT

insyaAllah semua bnde ni ade hikmahnya..kita percaya sume ni. moga Allah lebih kuatkan melalui ujian ini.

Aminn :)

p/s: rindulaaa