Wednesday, 9 January 2013

Qum! Zalzil Zalzalah!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas segala apa yang Kau berikan kepada aku. 

Alhamdulillah aku boleh katakan keadaan emosi aku semakin baik. Mungkin sebab ruhi terjaga. Memang solat sunat taubat, baca buku fikrah, jumpa akhawat, terima tanggungjawab sangat membantu untuk menaikkan diri (aku tak tau iman aku naik ke tak tapi aku rasa..yang tahu hanya Allah).

Mulanya, aku membaca satu buku ini, New Quantum Tarbiyah tulisan akh Solikhin Abu 'Izzudin dari Indonesia. Aku tak habis baca lagi. Baru sampai bab ketiga. Sangat bagus untuk orang seperti aku. Jenis yang kena penampar, tumbuk, sepak baru sedar and bangkit. Sangat pasar bahasanya. Kalau korang jenis yang faham and selalu tengok sinetron, buku ini sangat cocok buat anda..haha. 

Then, second, aku pergi berjumpa akhawat. Satu benda yang best bila kita jumpa akhawat ialah bila kita rasa balik tanggungjawab itu, kita sedar kita buat semua ni bukan sebab main-main ke ape. Ye, bila aku jumpa akhawat maksudnya ada benda yang kami tgh lakukan. Kau takkan lakukan benda-benda yang membuang masa..merepek waktu tgh berbincang takleh nak halangla.. kami ni pon tgh belajar sikit-sikit untuk buang merepek sokmo tu..hehe. Bila kita lakukan sesuatu, kita bincang sesuatu, seriously, kita tak tahu apakah yang kita buat ni akan membantu DnT atau tidak. Adakah segala benda yang kita decide itu akan membawa kebaikan atau pon tidak? 

Aku sedar yang kita as a daie and a muslim, kita tak nak apa yang kita cakap, kita decide berpandukan kpd nafsu. kita tak nak! sebab kita tahu kalaulah apa yang kita lakukan, kita fikirkan, kita cakapkan itu adalah berlandaskan nafsu, maka ia bukanlah ILHAM dari Allah. Nafsu atau diri kita itu tak tahu adakah ini yang benar..hanya ALLAH saja yang tahu yang mana satu yang benar! Yang mana satu membawa kepadaNya!

Maka kita as a daie, perlu sangat perlu untuk menjaga diri kita dari dosa, dari bisikan syaitan. Selalu buat solat sunat taubat. Aku pun baru sangat nak start belajar buat solat sunat taubat. Baru sekarang aku faham betul-betul kenapa Bilal selalu menjaga wuduknya. Baru aku faham kenapa kita nak kena jaga iman kita. Kenapa kita kena ada sifat taqwa atau berhati-hati. Kerana kita tak nak apa yang kita buat itu berlandaskan nafsu. Kita hanya mahu kita menjadi sebaik-baik medium yang Allah gunakan untuk membawa manusia ke arahNya! Itu fungsi kita. Menjadi alat kepada Allah untuk digunakan oleh Allah untuk menyedarkan manusia bahawa Allah itu yang patut disembah. 

Cabaran makin meningkat. Masalah semakin besar dan luas skopnya. Benar kata seorang penyampai ini, semakin besar ata semakin faham kita tentang Islam, maka makin besar cabarannya! Summer ini memang merisaukan aku! Tahun ini sangat merisaukan. Kalau aku start berfikir pasal Auckland, mesti terus sakit kepala aku. Betapa risau & risau apa yang akan berlaku di Auckland! Lagi risau apa yang berlaku kepada ansarullah Auckland & NZ pada tahun ini. 

Lagi tinggi mus**** bukan bermaksud lagi tinggi imannya tapi lagi tinggi mus**** bermaksud lagi tinggi tanggungjawab. Tak semestinya kau kakak ke, abang ke kau lagi beriman! Entah-entah adik tu yang tak tahu sangat tentang Islam tu yang lagi tinggi darjatnya di mata Allah. Jangan ego, bella! Pleasee! Kau tu mutabaah amal pon takdelah hebat manapon. Cikai je! 

Hablum minAllah. Moga apabila kita try untuk jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan bantu, memberikan sebaik-baik ilham untuk kemaslahatan DnT di sana. Moga Allah bersama-sama kita sepanjang perjalanan yang sumpah panjang ini! 

Itu je kot. Barakallahu fii kum, my readers. Till then, assalamualaikum!

No comments: