Wednesday, 19 December 2012

Susah.hati.

Bie mengangkat baju di dalam raga untuk disidai. Zahirnya, memang Bie sedang menjemur kain. Namun, dalam kotak fikirannya, hanya Allah yang tahu apa yang sedang berlaku. 

"Kenapalah kau tak lepas Biotech, Bie! Teruknya kau! Padahal IB kau boleh je buat!", kesal hatinya. 

Suara lain pula menjawab; "Ni mesti sebab banyak sangat kerja D&T yg kau buat ni! Kalau kau relaks sikit, tak buat banyak kerja sangat mesti kau boleh lepas. Tengok Awin dengan Fatimah tu, lepas je Biotech!" 

Suara dari sudut lain pula menyahut; "Bukan! Bukan D&T sebab aku tak lepas Biotech! Bukan sebab D&T aku gagal. Aku gagal membahagikan masa dan tawazzun!"

"Memang! Kau memang teruk! Kau dah tahu kau banyak kerja lebih dari orang lain, kenapa kau tak bahagi masa betul-betul ha! Sekarang ni, nasi dah jadi bubur! Kau memang loser. Even summer pon kau fail nak maintain mutabaah amal kau. Kau tak plan langsung!", suara hati Bie memberontak. Bie menarik nafas menahan air matanya. 

Makin lama, makin lemah keyakinan dirinya. Bie tahu segala apa yang berlaku ni Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Bukannya baru 2,3 saat sebelum dia membuka laman web universitinya untuk melihat keputusan peperiksaannya. Bie selalu mengingatkan dirinya bahawa inilah yang terbaik untuknya. Untuk D&T di tempat belajarnya, untuk dirinya sendiri pada masa ini dan akan datang. 

Semakin dia merasakan betapa losernya dirinya. Tak reti membahagi masa hingga akhirnya dia tahu ibunya agak sedih dengan keputusan yang dia terima. Masakan tidak, ibunya menyuruh dia meneruskan pelajarannya dalam Biology juga walapun dia terfikir untuk menukar kursus ke bidang yang lain, yang tidak menuntut untuk menghafal fakta. Ibunya juga melarang dia memberitahu kepada siapa pun hatta ahli keluarganya sendiri. Hanya ibu dan bapa Bie saja yang tahu. Yang lain cuma naqibahnya, Awin dan Fatimah yang mengetahui hal ini. 

Hatinya bertambah susah bila melihatkan keadaan rumahnya. Mahu solat di awal waktu tapi menunggu ahli keluarganya untuk berjemaah bersama yang selalu diselesaikan 1 atau 2 jam selepas azan berkumandang. 

Bie mengeluh. Masih banyak lagi takrifan musim panas yang perlu diselesaikan. Masing-masing menuntut dia untuk meluangkan masa di hadapan komputer ribanya. Kadang-kadang dia terlepas untuk melakukan kerja rumahnya seperti mana dia merancang. Padahal, Bie sudah berazam untuk menjadikan musim panas ini sebaik-baik medium untuk menawan hati ibu bapanya. 

Teringat dia akan kata-kata seorang ustaz sewaktu program musim panasnya yang lepas. 

"Jadikanlah kehadiran kita setelah menyertai D&T sebagai satu rahmat kepada keluarga kita. Jadikanlah kehadiran kita setelah menyertai D&T sebagai satu kunci untuk study kita lebih bagus. Jadikanlah kehadiran kita ini sebagai rahmat kepada masyarakat"

Allahhh...hati Bie bagai dirobek bila mengingat kembali bait-bait yang dikeluarkan oleh ustaz tersebut. Jauh..jauh. Sangat jauh dari rahmat dan Bie mengharap moga bukanlah malapetaka.

Kegusaran hati ini selalu menyebabkan Bie menyimpang membuat kerja lain. Patutnya dia perlu menjawab email tetapi apa yang dia lakukan ialah membuka laman web Youtube, moga ada video-video yang best yang boleh menenangkan hatinya yang gusar. Ternyata perbuatan itu cuma hanya satu perangkap untuk melengahkan lagi segala kerja takrifannya. 

Allahh...pandu hati ini. Tenangkan hati ini. Pada siapa lagi aku boleh mengadu. Hanya Kau saja yang Satu. Permudahkanlah segalanya ya Allah. Aku yakin ini yang terbaik buatku. Letakkanlah hatiku tsabat di atas jalan menuju redhaMu. Aminnn..

Bie menghabiskan ayat terakhirnya pada entri berjudul "Susah.hati". Dia menarik nafas dan menghembus. 

Mohon doa readers sekalian. Jazakallahu khair. 


No comments: