Wednesday 8 August 2012

dig.it.by.yourself.

Assalamualaikum..



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilahhh. Memang segala nikmat yg Allah bagi kat aku ni tak cukup dengan  menyebut kalimah hamdalah ni. Betapa aku rasa sangat bersyukur dapat dipilih menjadi salah seorang dari hamba Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sentiasa merasai kasih sayang daripadaNya.

Bila mana aku banyak diuji dengan sesuatu yang baru, tak sangka pada masa yang sama Allah menghadirkan pertolonganNya melalui mereka yang hadir dalam hidup aku. Memang mereka itu tidaklah menyelesaikan masalah aku dengan serta-merta tapi bila mana Allah menghadirkan memaknai kehadiran Allah melalui mereka, Subhanallah sangat indah!

Alhamdulillah Allah menempatkan aku dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Bila mendengar apa yang mereka katakan, terasa kasih sayang Allah di situ. Bila mana aku tidak menyangka hadirnya kasih sayang Allah di situ, di situ jugaklah Allah suluhkan kasih sayangNya dengan secerah-cerahnya supaya aku dapat melihat. Alhamdulillah Allah memberi aku teladan-teladan yang aku pelajari satu persatu. Setiap dari mereka ada teladan yang tersendiri. Setiap dari mereka ada tarbiyah untuk diriku ini. Untuk aku muhasabah diri ini kembali sejauh mana aku ikhlas untuk berjuang kerana Allah, untuk Allah dan bersama Allah.

2 jam yang lepas Allah jadikan satu suluhan atau pancaran kasih sayangNya untuk aku lebih memaknai apa yang aku lakukan di sini. Apa yang aku dengar adalah yang biasa kita dengar. Tak ada yang unik. Sumpah. Tapi bila mana Allah memberi rasa melalui hati, di situlah perasaan itu bertakung menyejukkan kalbu. Sungguh, aku sangat bersyukur kepada Allah dengan kehadiran setiap manusia dalam hidupku. Hatta di sini hinggalah ke tanah tumpahnya darahku dan seluruh dunia. Masing-masing membawa erti tarbiyyah untuk aku pelajari dan teladani.

_______________________________________________________________________

Sesi survey memang sangat mencungkil kembali apa sebenarnya yang aku lakukan di dunia ini. Sumpah aku katakan bahawa orang yang memberi taujih tadi tak ada terpalit sikit pun usaha untuk bercakap "Tengoklah diri kita sekarang...". Tapi melalui pengalaman hidupnya Allah hadirkan satu keyakinan, satu refleksi untuk aku fikir kembali "What is the true essence of being a daie?" Mungkin juga kerana di sini, tazkiyyah nafs itu sangat tidak sempat kita berkongsi bersama kerana masing-masing punya kerja dan komitmen yang perlu dilunaskan supaya dakwah dan tarbiyah itu akan terus berjalan di bumi Auckland ini. Setiap hari memikirkan masalah dan hal-hal yang perlu diselesaikan. Temanya sama cuma orang seperti aku ini masalahnya berskala kecil berbanding dari kakak-kakak yang lebih berskala besar masalah dan hal yang perlu difikirkan.

Aku sangat faham bahawa tazkiyyah nafs atau kekuatan dalaman itu perlu kita gali sendiri memandangkan kita bukanlah lagi adik-adik yang manja menunggu dengan mulut terbuka untuk disuapkan makanan ke dalamnya. Bukan! Kita perlu mencari sendiri.

Tapi Alhamdulillah sangat-sangat bila Allah takdirkan untuk adakan sesi membasahkan hati tadi melalui hamba-hambaNya yang terpilih. Sungguh, aku rasa tak layak sangat untuk dapat segala nikmat yang Allah berikan kepada aku bila melihatkan dosa-dosa yang banyak sangat aku lakukan. Sumpah banyak! Aku mengaku masih banyakkkk lagi lompong- lompong yang perlu diisi.

Okey back to main point,

The true essence of being a daie. Ringkasnya aku memberi kata-kata hikmah yang keluar dari mulut ukht ni tadi. (these are not the exact words)

"Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu. Tegakkan Allah dalam dirimu nescaya apa yang Allah redha itu akan terkeluar melalui setiap gerakan, percakapan dan segala-galanya yang ada pada dirimu."

"Pandanglah setiap manusia dengan kasih sayang sebagaimana Rasulullah melihat umatnya sewaktu beruzlah di Gua Hira'. Rasulullah itu bukannya menyembunyikan diri di gua itu tapi Rasulullah naik ke atas gunung itu untuk melihat umatnya dari tempat yang tinggi dan berfikir apakah solusinya.."

"Penuhkan hatimu dengan Iman. Maka hilanglah segala hasad, dengki, dendam dan jahiliyah dalam hatimu."

"Bekas-bekas jahiliyah dalam hidup kita itu adalah tanda-tanda dosa. Tanda-tanda dosa itu satu bentuk kasih sayang Allah terhadap hambaNya supaya menjadi motivasi untuk lebih mendekatiNya."

__________________________________________________________________________

Honestly, sekarang ini aku di tahap yang asyik mem-push-kan diri aku untuk bekerja kuat in DnT and study so that aku dapat menjadi hambaNya yang terpilih untuk ke syurgaNya itu. Tapi sekarang ini, aku sampai dah fasa dissolve dalam menjadi ansarullah hingga aku lupa menjadi ahli sufi itu. *analogi je ni* Aku tak tahu sama ada aku sendiri tak sedar atau aku sendiri tak punya masa untuk melakukannya atau aku sendiri tak punya masa untuk memikirkannya. But again, aku jelas and aku faham yang dalam ketidaksempatan aku untuk menjadi 'sufi' itu, aku perlu jugak untuk mengerjakannya! Dari mana lagi sumber kekuatan itu..dari mana lagi pedoman yang aku perlu teladani itu..kalau bukanlah dari Allah yang Maha Mengurniakan segala rahmatNya.

Menjadi murabbi rabbani itu payah.
Mempunyai jiwa rabbani itu susah.

Aku nampak bahawa masih jauh lagi untuk aku menjadi seperti itu. Jauh lagi aku untuk capai kemenangan yang agung itu- keredhaanNya. Maka, aku mohon doa kalian dan aku pohonkan doa padaNya moga kita semua dapat merasai nikmat bertuhankan Allah itu dalam segenap ruang hidup kita. Moga perasaan penat dan tak larat yang menguasai diri kita itu Allah gantikan dengan keindahan memaknai kasih sayangNya. Perasaan ini memang takkan bertahan lama jadi aku berharap moga Allah mengurniakan perasaan ini selalu hadir dalam hati kita.

Kita mungkin ada semangat juang seperti para sahabat di luar tapi semangat sufi seperti mereka di dalam? Untuk aku, itu sangat jauh sekali. 

Moga Allah redha dengan kita.. Allahumma amin!



2 comments:

keberkatan said...

Mencari titik keseimbangan itu payah.

Itulah tawazzun.

once mencapai tahap itu, no one can stop you from getting closer to allah.

Praying hard from here.

Ps. Mencari tawazzun itu juga. +_+

silentdreamer said...

insyaAllah aimi, dear :)

jazakillahu khair.. jom struggle sama2 ^_^