Assalamualaikum...
Sebelum itu, syukur sangat-sangat kepada Allah sebab sentiasa menolong hambaNya yang lemah ini. Memberi segala macam nikmat yang memang tak terhingga banyaknya dalam segala macam bentuk.
ALHAMDULILLAH!
Okay, kembali kepada topik hari ini.
Kalau anda adalah seorang yang mengenali aku dari kecil, anda akan tahu betapa pemarahnya aku ini. Tak tahulah mungkin penyakit keturunan atau pun pengaruh persekitaran..aku pun tak pasti. Bila ingat balik waktu kecik-kecik, memang banyak kenangan menjadi seorang yang pemarah ini (huhu).
Pernah sekali waktu darjah 6, aku tak tahan dengan kebisingan seorang hamba Allah yang berlainan jantina ini. Setelah ditegur beberapa kali dan kelihatannya hamba Allah ini memang jenis tak makan saman (hanya makan makanan halal), lalu, dengan bayaran percuma, aku telah memberi sebuah hadiah yang paling bermakna - satu tumbukan yang halus - cukup membuatkan bawah matanya lebam membiru. Terus senyap di situ sehingga beberapa hari tidak muncul di kelas. (Takut tak?)
Tapi, aku bukanlah seorang pembuli waktu kecik-kecik, cuma aku akan bertindak seperti itu bila ada orang yang tak faham bahasa Malaysia, dengan sukarela, mencari pasal dengan aku atau kawan-kawan aku sehingga perlu berinteraksi dalam bahasa 'lain'.
Salah satu sebab aku boleh bertindak sebegitu rupa bukanlah kerana aku suka tapi kalau anda berada di tempat saya dan berhadapan dengan budak-budak yang normal tapi cacat perangainya, anda perlu mengambil tindakan sebegitu supaya tiada siapa yang akan berani membuli anda. Iya, itulah apa yang aku fikir waktu aku kecik-kecik dulu.
Teruk bukan sifat pemarah aku dari kecik. Aku memang tak berbangga langsung dengan sifat yang aku ada ini sebab sampai sekarang, 20 tahun hidup di dunia, aku tak pandai nak 'cater' kemarahan aku nih.
Sekarang ini, hanya ada 2 makhluk berlainan jantina yang masih pandai membuatkan kemarahan aku meluap-luap. Oh, jangan risau bukanlah anda orangnya (jika anda perempuan) kerana kawan-kawan perempuan aku memang semuanya baik-baik belaka dan tak pernah membuatkan aku macam ini. 2 makhluk ini memang pandai bermain api dengan aku. Sampai satu tahap, aku rasa nak terkam makhluk-makhluk ini lalu mencincang mereka kepada 100 bahagian. (Dapat faham macamana kemarahan aku terhadap mereka, bukan?)
Tapi, sejak aku mula kenal Islam dengan hati, aku rasa sangat sedih dengan kelemahan aku ini. Lagi-lagi, bila teringatkan satu kisah yang aku angkat sebagai "KISAH PALING OSEM" pernah aku dengar (semasa di kolej aku dulu). Sewaktu peperangan (tak ingat perang apa), Saidina Umar sedang bertempur, berlawan pedang dengan seorang tentera kafir. Saidina Umar berjaya melemahkan lawannya dan ingin menumpaskan tentera kafir tersebut. Tatkala pedangnya berada di leher musuh itu, tentera kafir itu, meludah ke arah Saidina Umar.
Kalaulah aku yang pemarah tahap dewa berada di tempat Saidina Umar, anda boleh agak macamana aku akan kerjakan tentera kafir itu bukan? Pasti akan aku cincang tentera kafir itu lebih teruk dari 2 makhluk di atas. Tapi, nama pun Saidina Umar, beliau memang seorang yang hebat iman dan taqwanya. Anda tahu apa yang dibuat oleh Saidina Umar terhadap tentera kafir itu?
Jeng..jeng..jeng..
(Ohh, aku memang suka buat unsur saspen..hahaa)
....
Beliau lantas pergi dari tentera tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak membunuhnya. Hahaha..pelik bukan? (angkat kening berirama)
Lantas, tentera kafir itu kehairanan lalu bertanya pada Saidina Umar kenapa beliau berbuat sesuatu perbuatan yang pelik bin ajaib ini. Kata Saidina Umar,
"Jika aku membunuhmu sekarang, aku membunuhmu atas dasar marah. Bukan kerana Allah SWT"
SANGAT HEBAAAATTTTTT, KANNN???!!!!!
Itulah kan, sampai hari ini, aku hanya mampu menahan marah dengan berdiam sahaja dan kalau 2 makhluk ini membuatkan aku marah, mesti aku tahan dan diam membawa diri tapi dalam hati sakiiittt sangat sampai akhirnya, aku pun menghamburkan kemarahan aku dengan menangis. Loser.
Serius, aku nak sangattttt jadi seperti golongan orang-orang yang bertaqwa seperti Allah kata;
".....dan orang-orang yang menelan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (3:134)
(kalau anda tengok lecture ustaz nouman ali khan tentang "The People of Taqwa", memang best dia eloberate ayat2 ini..memang kena tengokkkk!!)
Ye. Menelan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain secara percuma. Itu yang saya mahukannn!
Ada satu hari tu, aku ada tengok cerita kegemaranku di TV AlHijrah dan ustaz berbahasa arab tu bercerita tentang sebuah hadis ;
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh.
Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu berkata, 'Celaka syaitan.' Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata 'mendapat kekuatanku.', tapi hendaklah kamu berkata 'Bismillah [Dengan nama Allah]'. Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
[Hadis Abu Daud]
Tepat sekali! Kemarahan kita hanyalah membuatkan syaitan bertambah gumbira dan naudzubillah, aku sedaya-upaya tak nak membuatkan 'musuh yang nyata' ni gembira dengan apa cara sekalipun. HIYAKKK!!
InsyaAllah, kita cuba bersama-sama untuk menelan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang dengan percuma. Mujahadah melawan nafsu amarah!!! INSYAALLAH~~
Seperti kata salah seorang watak dalam cerita-2-jam kegemaran aku;
"Patience doesn't mean to bow, but to struggle"
[script from : 'Valley of the Wolves : Iraq']
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.
NAH, SENYUMAN IKHLAS BUAT ANDA
--> V(^___^)V
p/s: pertama kali aku menulis begini panjang..cipta rekod owhh!!
p/s.2 : aku mengaku, penulisan aku memang senang terpengaruh. huuu~