Monday 13 December 2010

these.words.

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah beri kelapangan pada aku kejap untuk post entri nih. sebenarnya, dari semalam lagi aku nak post tapi tak ada masa. semalam, satu hari penuh, aku pergi kenduri. mana taknya, dari pukul 8.30 siap2 pakai baju kurung pergi tempat kenduri tu. kat kampung aku, aktiviti merewang masih kuat lagi. jadi, awal2 tu aku kena ikut nenek aku pergi tolong orang kampung gotong-royong.

cukupla kot pasal kenduri.

kita teruskan ye.

sejak aku dok di kampung nih, tiap2 pagi, nenek aku akan bukak tv9 dengar "tanyalah ustaz". waktu breakfast kitorang dengar sama. aihh?? kenapa dengar? kenapa tak tengok?? haha. pelikkan? sebab tv kat tingkat bawah dah jadi macam radio. suara je keluar tapi gambar takde. power tak?? aku rasa nenek aku je yang ada tv macam tu kat perlis nih. tapi, jangan risau tv kat tingkat atas ada gambar..

tak kesahla pasal tv tu..

nak cakapnya, ustaz kat tv tu tiba2 bagi satu ayat nih. surah favourite chalym. at-taubah (9) ayat 24.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

ya Allahh!! memang menggigil sangat bila dengar ayat nih. bila aku tengok terjemahan kat dalam pinky tu, lagilah menggeletar badan nih.


sebab aku rasa, aku selalu bagi alasan yang menghalang berkaitan dengan perkara kat atas tu. tapi, Allah kata bilamana AYAH, MAK, ANAK, ADIK-BERADIK, ISTERI ATAU SUAMI, KELUARGA, HARTA, PERNIAGAAN, RUMAH yang kita cintai lebih daripada Allah, Rasul dan Islam, maka Allah tidak akan beri petunjuk.


pernah kan kita rasa serabut sangat kepala, hidup tunggang-langgang, kerja tak siap bertimbun-timbun, belajar pun tak masuk otak dan hati, jadi, kita pun ambil langkah mengadu dan meminta padaNya, bersungguh-sungguh merintih, berharap yang Allah akan beri petunjuk kepada masalah yang kita hadapi.


tapi, waktu tu, Allah tak nak izin kita dapat petunjuk. serius, keadaan itu sangat menakutkan aku! keadaan ALLAH-TAK-BERI-PETUNJUK adalah satu trauma untuk aku dan nauzubillah, aku tak nak benda itu berlaku.


lagi2, bila ALLAH kata "MAKA TUNGGULAH.."
nampak sangat Allah memberi amaran yang keras. menakutkan kerana Allah itu sangat keras azabnya.


fuuhhhhh..berat sangat ayat nih. nak share memang sesuatu yang membebankan. sebab Allah kata dalam surah Saff (61) ayat 3 yang Allah sangat murka dan benci dengan hambaNya yang cakap tak serupa bikin.


"(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak  kamu kerjakan" 

jadi, readers, perbaharui niat kita. ingat dimana letaknya ALLAH, RASUL dan ISLAM dalam hati kita. di atas perkara yang dihighlightkan tadi atau di bawah perkara itu. semoga Allah memberi kita hidayah dan petunjuk. sebab hidayah dan petunjukNya adalah salah satu nikmat dan simbolik kasih sayang Allah pada kita.

dan kita sebagai hambaNya takkan dapat hidup tanpa kasih sayangNya!

sekian..doakan bersama. allahumma najihna fiddunya wal akhirah!
aminn

3 comments:

che gigi said...

dan letakkan la dunia di tgn kami bkn di hati kami Ya Allah..

keberkatan said...

alhamdulillah.thanx bella.

tatkala kite runsing nak buat pilihan, senang je. pastikan pilihan kita adalah, Allah.

tapi, itu yang payah kan.

kontradik pulek ape aku try smpai kan nih.
ko paham kan bella/? hehehe

just that, yang seronoknye, bile kite berjaya buat pilihan yang betul and ketepikan nafsu dunia semata2. ak rase feeling tu adalah feeling 2nd terindah selepas feeling beribadah semata2 kerana allah.

silentdreamer said...

aimi>>

setuju sgt dgn apa yg ko ckp. alangkah bestnya kalau kita dpt rasa benda tu 4eva..insyaAllah! :)

umai>>
amin ya rabbal 'alamin.!