Wednesday, 15 December 2010

datang.bertubi-tubi.

assalamu'alaikum..

1,2 hari ni perasaan ni datang bertubi-tubi. macam syaitan kena jamrah la rasanya. (sangat hiperbola..) perasaan apa nih?? rindu jahiliyah datang menusuk lagi. (memang tak boleh blah ayat...)

lagi2, bila nampak used-to-be favorite korean drama masuk kat 8tv. nampak je muka2 used-to-be favorite character2 tu terus sentap ahh. serius, aku kata syaitan tu memang bersungguh-sungguh nak tarik kita ke neraka. ye, waktu tu aku monolog dengan diri aku;  jk drama tu salah dan melalaikan tapi ada satu part dalam diri aku tu kata.."warghh..aku nak tengok!"   

tapi, nasib baiklah drama tu dah habis tengok. so, takdelah kuat sangat rindu tu. but still, kalau ada drama tu season 2 (sebab waktu aku tengah gila dgn jk nih, diorang kata nak buat 2nd season) atau ada drama guna used-to-be most favorite hero tu, parah jugak nak kena tahan diri nih. 

aku tahu aku kena bergantung kuat dengan Allah sebab Allah yang izin perasaan tu datang kembali. bella, kau kena banyak lagi baca, dengar, tadabbur, hayati, sharing. sebab itu je yang mampu buat untuk aku jadi strong. aku tau, semua orang ada jahiliyah dia sendiri, termasuklah aku. so, sendiri mau ingat la. 

i'm still fight against it and pray that i'll not fall in it again!

ada satu lagi yang ganggu aku, tapi, aku buat derkk je kat benda nih. and aku nak orang tu tau syaitan guna benda yang kau bagi untuk aku selalu tak khusyuk dalam solat. so, boleh tak jangan buat lagi. aku tak marah cuma aku mintak elok2 kat ko, okay?!

to member2 smakl aku, aku rindu nak jumpa korang! dekat 2 tahun, aku asyik usha gambar korang keluar je. bilalah Allah nak izin aku jumpa korang??

to member2 sekolah rendah agama aku, aku suka tengok tweet korang. so, selalulah 'tweet'kan diri eh?!

to member2 kmb and my dear akhawat, aku nak jumpa korang.!! tak sabar nak balik kmb sebab nak jumpa korang (kalau tak sebab korang, aku tak nak jejak pon kmb tu, homework bertimbun2 lagi..hehe)

okay folks! got to go, bubbye!

Monday, 13 December 2010

these.words.

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah beri kelapangan pada aku kejap untuk post entri nih. sebenarnya, dari semalam lagi aku nak post tapi tak ada masa. semalam, satu hari penuh, aku pergi kenduri. mana taknya, dari pukul 8.30 siap2 pakai baju kurung pergi tempat kenduri tu. kat kampung aku, aktiviti merewang masih kuat lagi. jadi, awal2 tu aku kena ikut nenek aku pergi tolong orang kampung gotong-royong.

cukupla kot pasal kenduri.

kita teruskan ye.

sejak aku dok di kampung nih, tiap2 pagi, nenek aku akan bukak tv9 dengar "tanyalah ustaz". waktu breakfast kitorang dengar sama. aihh?? kenapa dengar? kenapa tak tengok?? haha. pelikkan? sebab tv kat tingkat bawah dah jadi macam radio. suara je keluar tapi gambar takde. power tak?? aku rasa nenek aku je yang ada tv macam tu kat perlis nih. tapi, jangan risau tv kat tingkat atas ada gambar..

tak kesahla pasal tv tu..

nak cakapnya, ustaz kat tv tu tiba2 bagi satu ayat nih. surah favourite chalym. at-taubah (9) ayat 24.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,MAKA TUNGGULAH sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

ya Allahh!! memang menggigil sangat bila dengar ayat nih. bila aku tengok terjemahan kat dalam pinky tu, lagilah menggeletar badan nih.


sebab aku rasa, aku selalu bagi alasan yang menghalang berkaitan dengan perkara kat atas tu. tapi, Allah kata bilamana AYAH, MAK, ANAK, ADIK-BERADIK, ISTERI ATAU SUAMI, KELUARGA, HARTA, PERNIAGAAN, RUMAH yang kita cintai lebih daripada Allah, Rasul dan Islam, maka Allah tidak akan beri petunjuk.


pernah kan kita rasa serabut sangat kepala, hidup tunggang-langgang, kerja tak siap bertimbun-timbun, belajar pun tak masuk otak dan hati, jadi, kita pun ambil langkah mengadu dan meminta padaNya, bersungguh-sungguh merintih, berharap yang Allah akan beri petunjuk kepada masalah yang kita hadapi.


tapi, waktu tu, Allah tak nak izin kita dapat petunjuk. serius, keadaan itu sangat menakutkan aku! keadaan ALLAH-TAK-BERI-PETUNJUK adalah satu trauma untuk aku dan nauzubillah, aku tak nak benda itu berlaku.


lagi2, bila ALLAH kata "MAKA TUNGGULAH.."
nampak sangat Allah memberi amaran yang keras. menakutkan kerana Allah itu sangat keras azabnya.


fuuhhhhh..berat sangat ayat nih. nak share memang sesuatu yang membebankan. sebab Allah kata dalam surah Saff (61) ayat 3 yang Allah sangat murka dan benci dengan hambaNya yang cakap tak serupa bikin.


"(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak  kamu kerjakan" 

jadi, readers, perbaharui niat kita. ingat dimana letaknya ALLAH, RASUL dan ISLAM dalam hati kita. di atas perkara yang dihighlightkan tadi atau di bawah perkara itu. semoga Allah memberi kita hidayah dan petunjuk. sebab hidayah dan petunjukNya adalah salah satu nikmat dan simbolik kasih sayang Allah pada kita.

dan kita sebagai hambaNya takkan dapat hidup tanpa kasih sayangNya!

sekian..doakan bersama. allahumma najihna fiddunya wal akhirah!
aminn

Friday, 10 December 2010

sunyi.sepi.

assalamualaikum..

alhamdulillah, aku masih bernafas lagi di samping orang2 yang tersayang...

4 hari aku kat perlis nih, banyak benda yang aku belajar. selain daripada masak memasak tu, aku belajar satu benda yang paling penting.

ALWAYS APPRECIATE YOUR LOVED ONES!!
especially your family.

dua hari pertama, ada tok, wan (of course la kan), mama, ayah, aku, dua2 adik aku. memang kecoh la kampung tu..dengan kitorang satu family, tiap2 malam main saidina (aku tau korang mesti dah tak main game ni). siap buat pakatan bersatu kalahkan ayah aku..hehe. aku pulak jadi banker terhormat..ngeh3

lepas tu, ayah, mama dan adik aku yang kecik tu balik kl. tinggallah aku, adik laki aku dan (of course) tok dgn wan. lepas diorang balik je kl, memang terus sunyi la. mana taknya, adik aku yang kecik suka sangat bising buat questionnaire kat semua orang. tambah pulak, yang tinggal aku dgn adik laki (dua2 dah besar). memang senyap sunyi la rumah nih.

so, aku rasa kalau kitorang balik kl nanti, mesti lagi sunyi rumah ni. aku sayu jugaklah tengok wan dengan tok aku duduk je kat ruang tamu tu layan blues. mesti diorang tiap2 hari tunggu je bilalah anak cucu diorang nak balik melawat diorang. 

aku cubalah jugak borak dengan tok dgn wan aku tapi takdelah sampai gelak sakan disebabkan limitation of dialect. almaklumlah, aku memang out sikit kalau nak speaking utara nih..hehe.

ade satu masa tadi, wan tanya aku, "kak, sunyi ka??"

pastu, aku jawab la, "dok aih..dok sorang2 lagi sunyi"
*walaupun dalam hati mengaku memang sunyi jugaklah..*

tapi, nak cakapnya kat sini, harapnya jangan lupa kat orang2 yang sentiasa menyayangi kita. jangan kita dok sibuk sangat mengejar orang yang kita sayang tapi orang tu tak sayang pon kat kita. even worse, dia tak kenal pon kita. ingat kat family, especially siapa yang masih ada tok dengan wan tu, depa dok tunggu ja kita bila nak balik tengok depa.

hukum karma ye. nanti, bila kita dah tua, kita akan melalui jugak fasa hidup nih. dan apa yang kita buat kat tok wan kita, boleh jadi apa yang kita akan rasa bila kita dah tua nanti.

do remember Allah really love HIS servant that always like to be grateful!

jangan nanti jadi macam skrip sarip dol dalam filem seniman bujang lapok;

"JANGAN MENYESAL, CIK SALMAH! JGN MENYESALL.."

salam..

Thursday, 9 December 2010

woohoo!

assalamualaikum..

mungkin title ni sgt exaggerate tapi itulah perasaannya bila dah sedar saya sudah lepas sem 3 IB!! erm..walaupun, EE and TOK essay tak siap lagi. but i'm glad, glad coz already arrived at this level.

seriously, compared to the first time i came to kmb, i was a different person. try look at my first post you will know who am I before this. veryyyy die hard fan of JK world.

but, now, eventhough rasa tu selalu jugak datang but i have to be strong to maintain myself to become an "INDIVIDU MUSLIM". currently, aku kat kampung in perlis indera kayangan. tenang sangat kat sini. lagi2, bila dah lepas segala ketegangan exam kat kmb tu.

but, apparently, aku belajar benda lain waktu nak exam sem 3. aku belajar untuk just berusaha kerana ALLAH and at the same time, not bother about the result. just work for ALLAH and let ALLAH decide the result or us coz ALLAH knows the best for us.

insyaAllah next saturday (malam) baru sampai kl. aku dengan adik laki akan stay here without our parents and little sister. it's just me, my bro and my grandparents!! my little sister will be going to USIM later for program permata insan. 

okay, semalam aku baca satu buku nih dan aku belajar yang kita sebagai youth kena banyak bekerja. bak kata siapa entah, bekerjalah sehingga kita pasti kita mendapat rehat yang terbaik di syurga nanti! 

insyaALLAH, we'll work for it! tarbiyah dzatiyah! empower your inner strength! your iman! 

okie dokie, got to go! jaa~
^_^