Wednesday 3 June 2009

round2.plus.buy.

assalamualaikum...

hari ini, aku bangun macam biasa. bangun2 je dah pening kepala. maybe sebab aku layan GHOST sampai pukul 2 pagi kot. ingat lepas mandi dah hilang tapi pening lagi. adoi!! pusing2.. then, lunch tadi, aku makan nasi. terus hilang pening kepala aku. haih!! aku tak tahu la kenapa kan..tapi aku rasa badan aku ni bagi isyarat suruh aku gemuk je..tak boleh jadi nih!! (hoho)

sekarang ni, pukul 12.27. aku dengan family aku baru balik dari downtown. ala..yang kat cheras itu. banyak benda aku borong. barang2 kat situ kan murah. tapi kalau korang kaya-raya, tak payah la datang situ. baik korang beli ori punye... paling tak tahan, mula2 aku jalan, aku nampak 3 pasang stokin rm10. then, aku jalan lagi, nampak 4 pasang rm10. hmm..rasa macam nak beli je, tapi dalam hati aku kata, takpelah. tiba2, aku nampak 8 pasang rm10. WOW!! apa lagi, belilah! (huahuahua;)

tapi, ada 1 benda yang aku perasan kat downtown itu. aku tak tahula betul ke tak kan..tapi, setiap kali aku jalan kat situ kan..mesti aku terpikir benda ni..

okay, korang bayangkan korang pergi 1 kedai ni, jual kasut. tak kesahla kasut sukan ke kasut kulit ke. semua ada la.. lepas itu, korang tengok kat tapak kasut2 yang dijual itu, kalau tapak kasut itu warna putih mesti ada hitam2 sikit or banyak. bak kata macam dah ada orang pernah guna la.. then, aku terpikir ni kasut curi ke?? kalau korang tengok sesetengah2 kasut itu, korang boleh agak kasut ni dah pernah pakai ke belum.. tambah pulak, dengan orang yang jual itu just cakap harga je. dia tak membebel pon, ni dapat dari kilang mana, tempah kat mana, cetak kat mana. lagilah, menambah peratus kemungkinan benda ni..

even bila aku cakap kat family aku, diorang pon rasa macam itu. tapi, kedai yang macam itu mesti kecik je. tak macam kedai kasut2 yang bukan dicuri. harga boleh tahan gak. (hehe)

aku rasa aku tahu dah mana pergi kasut2 yang dicuri kat masjid2 waktu solat jumaat. (aku cakap macam ni, sebab aku selalu dengar even adik aku dengan ayah aku pon pernah kena..haha;)

tapi, ini cuma refleksi aku kepada benda yang aku nampak di sekitar aku. no offense to downtown. lagipon, aku suka pergi situ. haha;)

5 comments:

hajar said...

logik gk r bella!
downtown tu ktne bella?
nver heard of it
cm best je

silentdreamer said...

hajar>> downtown kat bandar tun razak cheras..
nk specific ag kt velodrum

Anonymous said...

makan stokin ke bli bnyk2. haha.

org tu cari rezeki halal. xbaek taw.
tapi ada betul gak. hehe. :P

leeya said...

bella2..
bile beday ko?

silentdreamer said...

asyraf>> lol. stokin x sdap la utk dmakan..haha
agpon ni juz thought ak je..

leeya>>bday ak 1506!! lol