Thursday, 11 June 2015

inni.akhafullah.



Tahun ini ujiannya berbentuk yang berbeza.
Bahagian yang paling aku lemah dan paling aku tak ambil kisah.
Kerana aku ini bukan jenis orang ini.
Yang diuji pada tahun ini itu, HATI.

Allah tahu aku ini bukan orangnya hati.
Aku tak pernah kesah ingin menzahirkan perasaan kasih atau sayang pada manusia lain hatta ibuku sendiri
Namun, tahun ini Allah ingin kuatkan dari segi ini, iaitu, hati.

Allahuu
Berat sangat ujian yang kau berikan ini
Aku mengakui inilah ujian yang paling halus dan paling mencabar pernah aku rasakan selama ini
Bila mana hati ada sekelumit rasa pada selain Allah
Maka datanglah berbagai masalah dalam hidupku

Allah itu ingin mengajarkan bahawa hati aku ini hanya milikNya
tiada benda lain
tiada orang lain
tiada apa-apa

Terkadang, aku rasa aku tak mampu menghadapi semua ini
aku biar sahaja perasaan ini ada pada hatiku
tapi, perkara itu hanya lebih menyakitkan diriku sendiri

Hati,
bukan milik siapa-siapa
tapi milik Allah semata

Biar mereka di sekelilingku melampiaskan, mengekspresi perasaan diri
tapi kau pertahankan hatimu hanya pada Ilahi
Jangan pernah izinkan dirimu mengikut hawa nafsu ini
Bina lapisan-lapisan dalam hatimu
Biar lapisan yang dalam sekali hanya untuk Tuhanmu

Syaitan itu hanya membisik ke dalam sudur (dada)
bukannya qalb (hati)
kerna yang mengizinkan bisikan jahiliyah, rasa cinta jahiliyah masuk ke dalam qalb itu atas diri kita sendiri
Jangan pernah meremehkan perkara ini
kerna perkara ini bermain dengan keimananmu sendiri
Bila mana kau memperduakan Allah dengan cintamu terhadap duniawi
atau dunia itu lebih kau sayangi dan fikirkan dalam diri
sah, kau terjerat dalam perangkap syirik

Luqman memesan kepada anaknya;
La tusyrik billah. Innasyirka ladzhulmun 'adzhim!

Pada kau yang merasai keperitan yang serupa,
bangkit sama-sama kita kuatkan diri
kuatkan iman dan hati
selalu ingatkan dirimu hanya Allah yang berhak di dalam hati
Kerana kau punya bebanan yang besar ke atas diri
Dakwah yang kau bebani
butuh kekuatan iman yang tertinggi

Jangan pernah memaki diri dengan apa yang terjadi
Ini tanda Allah ingin lebih pengorbanan darimu
sucikan hatimu
hidupmu penuh hanya denganNya sahaja
tiada kongsi dengan sesiapa atau apa
pengorbanan jiwa adalah antara tahapan pengorbanan tinggi
maka bergembiralah dengan ujian ini!

Kuatkan hati
sematkan dalam hatimu selalu;
Ma fi qalbi ghairullah.

Wednesday, 3 June 2015

al-muhyi

Buat kamu yang aku sayangi, 
para pejuang di jalan cinta ini. 



"Teruslah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru pada iman,
walau duri merantaskan kaki,
walau kerikil mencacah telapak,
sampai engkau lelah,
sampai engkau payah,
sampai keringat dan darah tumpah.
tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum di jalan cinta para pejuang"


Salim A Fillah - Jalan Cinta Para Pejuang