Friday, 17 January 2014

Summer.2013.

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..masih lagi punya waktu kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang kepada hambaNya yang sorang ni, yang banyak mujahadahnya, yang selalu futur tapi kena kuat semangat bangun balik, untuk berusaha menulis untuk manfaat manusia. Sangat terkesan dengan cara ustazah Fatimah Syarha tentang penulisan. Katanya, moga dengan tulisannya, dapat menyentuh satu hati atau banyak lagi hati. MasyaAllah! Menulis untuk bermanfaat kepada manusia. Itu aku baru belajar kot. Tape, belajar. 

Aku sekarang masih dalam musim panas di Auckland. Kalau tahun lepas, musim panas aku habiskan sepenuhnya di Malaysia tapi kali ini, musim panas aku habiskan separuhnya di Auckland. Summer School kat sini. Mohon doa semua moga Allah permudahkan study aku kali ini. Harapnya inilah tahun akhir degree aku (no more fail subject da..aminn). 

2014 kali ini aku punya azam dan cita-cita yang tinggi. Summer kali ini aku banyak berfikir tentang masa depan aku. Moga aku dapat lalui 2014 ini dengan iman di dada. Aku yakin Allah akan memberikan tarbiyah yang hebat kepada aku macam tahun lepas cuma sejauh mana aku betul-betul bersedia untuk menempuh pengembaraan tahun ini pulak. 

Okay..mukadimah kemain panjang...haha. Almaklumlah dah lama tak menulis. Lepas gian la katakan. Ohoi~

Back to the main point sebenarnya, aku nak cerita apa yang aku belajar balik summer di Malaysia. Alhamdulillah Allah beri aku peluang banyak full barokah untuk aku mengeratkan hati aku dengan family. Alhamdulillah rasa manis sangat sampai kat Auckland pon homesick lagi...huhu. 

Aku sangat hargai apa yang ayah aku bagitau kat aku waktu aku jalan-jalan dengan family. Waktu tu, dalam kereta nak pergi utara kot. Ayah aku kata; 

"Kebenaran itu harus ditegakkan."

Biarlah apa yang berlaku kebenaran itu harus ditegakkan. Jangan kita menjadi seperti sesetengah orang hanya tahu angguk dan geleng-geleng taat setia taqlid buta. Fikir dan fikir apa ia betul atau tidak. Kalau benar, maka iyakan. Kalau salah, maka tegakkan kebenarannya. (Bila tulis ini teringat satu lagi hiphop angguk geleng tu..waktu zaman jahiliyah dok dengaq lagu tu kat radio. Maybe penulis lirik tu pon nak tegakkan kebenaran). 

Sebelum ini, aku banyak dah dengar pasal kebenaran atau AlHaq. Dengar dalam Manusia & Kebenaran (karya Syeikh Al-Qardhawi), dengar dalam Muqadimah Tafsir Fi Zilal (karya Syed Qutb) dan waktu itu aku faham kebenaran itu adalah Allah dan Islam. Betul je takde salah pun. Itulah kebenaran. Bila summer kali ini, aku dengar sendiri apa yang masyarakat di sekeliling aku cakap, (iyalah dah lama tak balik malaysia) makna kebenaran atau alHaq itu semakin luas. Islam itu sendiri luas maknanya. Mana tak luaskan, Islam itu sendiri hidup kita. 

Ayah aku kata, kita ini kena tegakkan kebenaran. Jangan pakai ikut apa orang kata. Kak S pernah cakap, bila kita dapat sesuatu, fikir jangan ikut saja. Tanya kenapa. Kita kan generasi Y..so tanya banyak kali, "Why? Why? Why?"

Okay, lawak hambar. Biasalah lawak Al-Akh katakan..ecehhh (benda ini baru belajar bila selalu sgt baca post mantap diorang..hehe)

Baiklah, apa yang aku nak cakap eh? Cubalah relate dengan kehidupan kita. Kita akan diuji, mungkin bila dah kerja, boss kita suruh buat benda yang salah, jadi kita kena tegakkan alHaq. Hatta, kalau kita nampak pakcik lari dengan anak dia kejar bas, kita buat dont know sambil tengok diorang lari padahal kita boleh je berhentikan bas hanya dengan mengangkat punggung kita dan memberi signal pada driver bas, kita kena tegakkan dengan menolong pakcik itu dan anaknya. (benda ini pernah berlaku pada aku..sumpah rasa bersalah sampai sekarang..T_T) 

Pointnya harap dapat. Kebenaran itu perlu ditegakkan. Dari seremeh-remeh benda hingga sebesar-besar hal seperti Allah dan Islam. 

Aku menulis untuk mengingatkan diri aku dan kita bersama. Moga bermanfaat di akhirat kelak. Itu je kot. Tahniah buat anda yang berjaya membaca tulisan merepeks tahap dewa aku ini. 

Wednesday, 8 January 2014

to.find.the.answers.

Assalamualaikum wbt 

Aku ingat lagi waktu aku nak fly ke NZ, aku datang dengan seribu harapan untuk dakwah & tarbiyah. Disebabkan waktu aku kat kmb, aku tak dapat nak all out, tak dapat pergi banyak daurah, tak dapat ikut jaulah. Aku tahu bila aku fly ke NZ, mak ayah aku dah tak dapat nak update aku selalu. Jadi, aku gunakan keberadaan aku di NZ dengan sebaiknya. 

Habis semua benda aku pergi. Lepas gian katakan..eksaited sangat dengan dakwah & tarbiyah di NZ. 

Sampai la sekarang ini, makin banyak benda aku encounter, makin banyak benda aku fikir, makin aku tak jumpa jawapan. Kusut otak aku. 

Memang best duduk dengan akhawat, itu semua support system kita. Mana boleh tinggal! Tapi lama-kelamaan aku perasan yang aku ini kurang untuk orang selain akhawat untuk bercakap dengan aku. Be it malay students yang kurang berminat utk usrah atau mat/minah saleh kat kelas atau lab. Kalau aku seorang je yang bertudung kat dalam kelas tu, memang takla diorang nak duduk sebelah aku kalau ada orang lain yang lebih diorang prefer. 

Aku tahu ada je akhawat yang tak kesah pasal benda ini asal dakwah & tarbiyah berjalan lancar tapi kalau kita tak build skill mendekati orang-orang sekeliling dari sekarang, macamana tu? Plus, orang yang tak hardcore dakwah & tarbiyah boleh mendekati semua jenis orang termasuklah orang dakwah & tarbiyah. Acane tu? 

Aku start fikir teruknya aku sebagai daie.

Sekarang ini aku dah kembali ke alam realiti berbanding alam fantasi dakwah & tarbiyah di NZ. Aku mula fikir tentang hidup aku lepas habis degree nanti. Aku nak kerja apa? Macamana pulak dengan dakwah & tarbiyah aku? Dapat ke mak ayah aku terima yang aku ini buat dakwah bila tengok pekerjaan aku yang tak seberapa. Entahlah, aku tengok ramai senior-senior yang takde kerja. Sampai sekarang aku belum jumpa lagi kakak yang pekerjaan dia membuatkan orang hormat dakwah & tarbiyah dia selain drpd kakak doktor. Eh faham ke? So far, untuk pekerjaan yang kena interview dan bukannya dah secured seperti doktor dan guru, aku tak jumpa lagi akhawat yang kerja dia boleh cakap tanpa perlu menyembunyikan sesuatu. Jangan salah faham. Aku sangat tabik spring kepada kakak2 yang sanggup mengorbankan kerja dia dengan bekerja pekerjaan yang orang takde degree/master macam dia boleh ambil demi dakwah & tarbiyah. 

Mak aku dah start dok tanya aku kerja apa nanti..adoi ma. Along paper pon kena repeat mana la nak konfiden bila orang tanya "Tahun ini final sem la kan?". Study ini pon salah satu cabaran yang sangat mencabar yang Allah berikan pada aku. Tapi bila fikir balik tahun 2014 ini, makin mencabar tahap lebih mencabar. Duit dah surut dah..wa tak tau nak cakap camna. Bila duit takde memang menggangu jugaklah mood tu. Rumah pulak makin besar tanggungjawab. Macam-macam. 

Okay back balik to kerja kan..aku nak kerja apa yang aku enjoy buat. Aku tak nak aku kerja sekadar kerja. Sengsara hati. Aku ada satu impian ini. Aku nak pekerjaan atau sedikit ilmu dan kemahiran yang aku dapat sepanjang hidup dalam biologi ini dapat menyumbang sesuatu untuk ummah. Takpe bab ini, korang takyah fikir. Aku dah fikir dah nak buat ape, cuma tak research lagi je. But still, aku tak rasa mak aku bagi aku kerja ini. Heee. 

Bila fikir pasal dakwah & tarbiyah, kusut otak aku. 
Bila fikir pasal rumah, kusut otak aku.
Bila fikir pasal future, kusut otak aku. 
Bila fikir pasal study, kusut otak aku. 

Kenapa aku tengok orang lain boleh menempuh hidup dia dengan penuh positif & cemerlang? Be it kakak usrah atau tak, diorang berjaya dalam study diorang. Diorang boleh mingle around dengan orang-orang sekeliling diorang. Kenapa aku payah? 

Aku tak tahu ada lagi ke tak orang baca. Kalau takde, aku lebih berbesar hati sebab aku boleh tulis banyak lagi. Aku dalam state mencari jawapan.