Alhamdulillah Allah izinkan diri ini mengembara...alhamdulillah walau sekejap tapi penuh benda-benda yang dibuat, tak pernah ada rasa menyesal atau sedih, malah bahagia syukur pada yang Maha Esa dgn pengembaraan ini.
Memang sudah lama niat di hati nak mengembara melihat orang lain bekerja. macamana mereka bekerja? macamana mad'u diorang? macamana waqi' diorang? macamana diorang handle waqi' diorang?
Sebenarnya ilham ini bukanlah datang dari otak sendiri tapi hasil tunjuk ajar dua orang kakak2 ni yang aku anggap sangat banyak mengajar aku melihat perkara besar, berjiwa besar.
"Akak tahu nanti akak jumpa awak lagi, awak boleh bagitau akak macamana waqi' lokaliti luar? macamana penggerak dia? berapa takungan mad'u kat sana?"
Lebih kurang begitulah kata-kata kakak tersebut. Sudah lama aku fikirkan benda ini, sudah banyak kali aku mencari bilakah masa yang tepat. Pada mulanya, aku plan nak turun ke W pada cuti spring kemudian akan turun ke P pada waktu summer. Namun, tak berhasil. Cuti spring sangat packed. Alhamdulillah Allah izinkan weekend lepas utk aku turun ke sana.
Scene #1
Flight pukul 6 pagi, maka perlu bertolak ke airport by 5 pagi. Siang harinya, penuh dgn kerja. Ke sana ke mari siapkan kerja, jalan jauh ambik barang, malam bawak liqa', lepas tu siapkan barang & ambik kunci. Konklusinya, malam itu memang penat. Tapi kena paksa diri untuk bangun jugak esok! Maka, tidurlah di ruang tamu. Niat di hati insyaAllah moga Allah bantu untuk aku bangun awal, dapat sampai ke airport before 6 pagi.
Keesokan harinya, mata dibuka. Astaghfirullah! Cahaya pagi dah memancar.
"Pukul berapa dah ni?"
"Ya Rabbana, pukul 7!!"
Memang marah dan sedih bercampur. Marah dan sedih dengan diri sendiri. Betapa teruknya diri ini! Lambat bangun, tertinggal subuh, habis amanah orang kau musnahkan, tiket flight pakai duit orang, maka kau musnahkan duit orang itu dgn sia-sia. Lagi teruk bila rasa kenapa macam ni?!
Terus call akhawat sana. Nangis-nangis. Tapi ukht sana tenang sahaja. Padahal dialah orang paling patut risau menanggung beban kesalahan aku.
"Takpe. Rileks bella. Awak cuba call naqibah awak dulu eh. Lepas itu awak bagitau akak macamana."
Kemudian, call ukht 'murabbi'. Nangis-nangis lagi.
"Bella..awak jangan macam ini. Qaddarallah! Ini semua ketentuan Allah. Kita boleh bermuhasabah tapi dont take it so hard for yourself." Yup, dia memang sangat mengenali aku.
Maka, keputusan dibuat. Akan tetap ke sana, beli tiket on the spot sebelum tengahari. Alhamdulillah by 11 pagi sampai sudah aku ke sana.
Tarbiyah #1
Betapa kelemahan kita ini sangat memberi kesan kepada dakwah sendiri. Betapa perangai buruk kita ini memberi kesan kepada akhawat kita yang tak bersalah, menanggung kesalahan kita. Betapa perlunya kita membaiki, improve diri untuk kemaslahatan dnt. Kita perlu jadi orang yang hebar utk Islam!
Memang satu tamparan besar pada aku pagi itu. Apa lagi bila itu adalah amanah & tanggungjawab yang kita pikul, kemudian kita tamatkan dengan sia-sia. Alangkah teruknya kita!
cukup sekadar itu. Kalau ada kesempatan aku tulis lagi. Moga menjadi peringatan kita bersama.