Alia menahan sebak dalam dadanya. Pendam. Tak terluah kata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa benaknya hati ini. Betapa dia mahu mencurahkan segalanya. Mahu saja dia menjerit meluahkan segalanya.
Saat itu dia dalam sujud di pangkuan Tuannya. Rebah dengan penuh harapan.
"Ya Allah, Kau jagalah iman Fatimah! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Awatif! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Ainis! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Farisa! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Sherina! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
Kerna saat itu, waktu itu, dia tahu dan yakin bahawa dia hanya mampu bergantung pada Tuannya. Kerna dia tahu bukan dia murabbi yang terbaik tapi Tuannya!
Sesak dadanya. Apa lagi ya Allah yang aku perlu lakukan supaya rijal itu keluar dari mereka, ya Allah! Berikanlah aku sebaik-baik tarbiyah & petunjuk. Moga dengan petunjukMu, aku dapat melakukan sesuatu untuk agamaMu. Rijal untuk agamaMu!
Fasbir sabran jamila.
Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik.
Berkali-kali mindanya kerap kali berputar dengan sepotong ayat itu.
Masakan Rasulullah perlu kesabaran pada zaman Mekah, apalagi kau. Bersabarlah hati..satu hari nanti, aku yakin mereka akan menjadi rijal yang hebat. Ansarullah yang mampu menggadai harta & jiwanya demi Allah & Islam.
Bersabarlah wahai hati..saat itu pasti datang! Mungkin bukan kau yang menyaksikannya namun yakinlah bahawa saat itu pasti tiba!
Dipujuk hati murabbinya untuk bersabar. Ya, Alia tahu dia perlu banyak melatih dirinya untuk bersabar. Hanya Allah sahaja yang mampu mendidik mereka.
Kau hanyalah sekadar seorang hamba yang bekerja untuk menjadi asbab. Asbab. Bukan kau yang mengubah. Jangan pernah kau minta apa-apa imbalan selain Allah dan RasulNya, Alia!
Usai solat asar, Alia duduk di sudut surau, membaca ayat-ayat Tuannya. Masih berbaki air mata tadi. At-Taubah. Surah kegemaran seorang ukht yang dirinduinya. Biar kita jauh terpisah tapi hamasah dan himmah kita moga meningkat dengan tingginya - doa dalam hatinya.
Dibacakan ayat-ayatNya sambil di dalam hati berharap moga Allah memberikan sebaik-baik petunjuk buatnya. Hinggalah ke akhir surah tersebut..kalimah-kalimah itu sungguh pengubat lara baginya.
"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman."
"Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."
[9:128 & 129]
Terus hatinya luluh. Hatinya dipujuk. Connection dgn Rasulullah secara direct-nya.
Akan aku terus berusaha dan bersabar ya Allah.
Akan aku terus berusaha untuk menjadi asbab lahirnya rijal-rijalMu.
Cukuplah bagiku Kau dan RasulMu.
Moga Allah terus menetapkan hati ini, terus merasai himmah dan hamasah ini untuk membina rijal-rijalMu. Moga terus tsabat..amin ya rabbal 'alamin.