Monday, 28 September 2009

beat it, bella!!

assalamualaikum....

erm..aku baru je habis training netball. penat la jugak. dari pukul 7 sampai 9 lebih. lepas training tiba2 cikgu netball aku a.k.a warden blok e panggil kitorang makan kat rumah dia sebab dia ada masak banyak sikit la..macam mini open house la.. apa lagi bantai cukup2!!haha. lepas mi sup, aku makan mi goreng pulak. air oren berapa gelas aku habis..hik3. memang melantak la gayanya. dah la aku dengan teammates tak buat cooling down terus pergi makan..haha. teruk betol!!;)

tapi, tu semua tak jadi hal. biasala tu..bagi aku benda tu normal..hehe. tapi, aku agak sedih la hari ni. tadi aku training. coach aku tu memang semangat la nak ajar. aku agak terasa sikit bila dia cakap kat depan semua orang aku ni lembab! ayat dia aku ingat..."yelah, kamu ni macam...erm..kalau bahasa kasar tu..lombab sedikit!!" wowowowowo~~ waktu tu terasa la jugak. sebab coach bukan jenis suka maki orang. aku ni pulak macam tak biasa orang kutuk depan aku. kalau nak kutuk boleh tapi jangan bagi aku dengar. senang sikit aku dapat pahala..hehe.

erm..maybe aku terasa sebab aku penat kot..punya la lari sana, lari sini, berhenti dengar dia bebel lagi..lepas tu bila dengar dia cakap aku macam tu aku rasa memang down gila la. sebab aku jenis orang yang kalau nak tegur cakap dengan elok2 mana tak betol nanti aku akan try betulkan. aku tak biasa dengan cara coach tu. memang aku pernah nampak jenis coach selamba je tampar pemain dia bila budak tu salah. maki hamun tak tentu pasal. serius aku rasa macam benda tu tak patut. budak2 tu boleh bawa berbincang.

haha..rasa macam sengal la pulak. disebabkan perkataan "lombab" yang ditujukan kepada aku boleh membuatkan aku emo sampai boleh buat 1 post. tapi nak buat macamana, this is me!!

anyway, coach, perkataan coach tu takkan buat saya putus asa..insyaallah saya akan improve diri saya. saya nak bukti kat coach saya bukan lembik, lembab macam yang coach kata. aku bukan macam tu!! walaupun saya takde la terer mana tapi saya tetap akan berusaha seteruk mungkin. aku rasa macam kamiya cerita buzzer beat..*-*. aku tak nak rasa perasaan waktu kat usim tu datang lagi..perasaan geram bila kita tak dapat perform sebaik mungkin. serius!!

ganbaremas!! aja2 fighting!! u can do it, bella!! (semangat gila...!! aku rasa macam ada api kat sekeliling aku nih..haha:)

erm..tu je kot. till next post..jaa ne~~

Sunday, 27 September 2009

music.really.made.the.moments.

assalamualaikum...

sekarang pukul 11 and aku tak siapkan lagi chemistry lab report..haha. erm..rasanya calculation macam senang tapi hasilnya..adoi!! pening aku dibuatnya. rasa macam cara dah betol tapi entahla pelik bin ajaib jawapannya. akhirnya, aku pon biar je lab report kat sebelah aku nih. online lagi best!! hik3.

pelik gila malam ni bila semua orang tak on ym?? nape eh?? korang belajar ke?? weyh, bagusnya!! ehe..

okay, move on. sekarang ni rasa macam nak share something dengan korang. just like what the title said. seriously, muzik memang elemen penting dalam hidup aku. kalau math groupmates aku kata " no math no life!" (aku memang buat muka paling annoyed bila diorang kata macam tu sambil mulut aku mengeluarkan perkataan DERH~~ dalam bunyi yang paling gedix..hoho), aku pulak kata " no music no life!".

okay, dalam hidup aku setiap lagu ada kenangan yang tersendiri. meh sini aku bagitau korang lagu2 tu -->

BACKSTREETBOYS' SONGS
lagu2 diorang memang mengingatkan waktu aku sekolah rendah dulu. time tu diorang famous giler kan. semua lagu mel-e-tup!! bila aku dengar balik lagu BSB kat radio, aku teringatkan sorang kawan baik lama aku, nama dia NOORSHIMAH kot? entah la dah lupa sebab darjah 5 dia pindah johor. sedih gila waktu dia pindah sebab aku takde dah kawan nak tiru MV BSB. aku ingat lagi waktu darjah 3 dalam kelas punyala syok sendiri kitorang 2 org pergi tiru gaya NICK CARTER hentak kaki dalam MV " i want it that way" waktu tu kitorang rasa nick carter orang paling hensem..hahaha. rasa lawak sangat!!!;)

PERFECT BY SIMPLE PLAN
erm..lagu ni bawak aku kembali ke zaman form 1. waktu tu aku, miera n member2 lain macam gila2 dengan lagu rock. waktu tu layan AVRIL, LINKIN PARK, YELLOWCARD, SIMPLE PLAN, THE KILLERS, SUM 41 and so on. memang layan habisss lah..!haha. tapi lagu perfect tu buat aku teringat kat nurul adibah, classmate aku waktu form 1 tu. lepas berapa bulan dok kat situ dia pindah mrsm and lagu tu memang favourite kitorang. kerja nyanyi lagu tu je dalam kelas 24 hours..haha. waktu dia pindah rasa sedih sangat lepas tu bila keluar je lagu perfect tu kat radio mesti teringat kat dia. akhirnya, aku jumpa dia balik kat KMB. hik3. alhamdulillah.:)

LADY GAGA 'S JUST DANCE
dulu, aku suka lagu nih tapi sekarang macam dah tak layan lady gaga sangat. but still, this song keep remind me when i was very2 excited nak keluar dengan member2 aku pergi genting. our last hang out after SPM. because after that we're not going to meet everyday just like we did in high school..huhu. ingat lagi, last sekali bila berpisah kat rumah mimie. menangis tau..mengalir air mata. sedih sangat sebab waktu tu pikir lepas nih dah tak dapat borak2 jumpa macam biasa. waktu menangis senyap2 kat dalam kereta tu, mimie pon hantar mesej cakap dia pon nangis jugak. awww sangat menyentuh perasaan waktu tu. yup! that song really made me feel that feeling again.

ASHILY 'S LUCKY
lagu ni lagu OST BOYS OVER FLOWERS. kalau dengar lagu nih mesti teringat waktu tengah hepi2 menganggur kat rumah lepas spm. yelah, jadi maid je kan. waktu tu memang hepi sangat. kerja asyik layan JUNPYO je..haha. sebab cerita tu la aku dok berangan2 nak dapat balak macam junpyo..hik3. best giler!! amin.. waktu ni jugak la aku tengah galok msn dengan mimie. perkataan favourite waktu msn tu is "bella<3hiro.>

LEE HYORI- DONT LOVE HER
jangan salah sangka..lagu ni bukan sebab aku heartbroken baru lepas clash ke ape ke eh..! no no no no! aku tak pernah bercinta..hehe. lagu ni, for sure mengingatkan aku waktu2 sedih aku bila kena pergi kmb. aku sedih sebab aku kena belajar balik. mana tak sedihnya 6 bulan dok kat rumah menganggur..hik3. tapi, lagu ni memang aku layan waktu sedih la, senang cerita..:) tapi lagu ni sangat best. ni je lagu lee hyori yang aku suka. lain aku tak minat..hehe.

wooo~~panjang jugak post aku nih. biasala express feeling la katakan..hoho. but, korang boleh figure outkan aku nih jenis suka mengenang kembali zaman2 hidup aku yang dulu2. aku tak macam pakcik iklan petronas yang pakai kaki palsu. tagline dia kan "JALAN MESTI TERUS KE HADAPAN JANGAN KE BELAKANG". erm macam tu kot ayatnya. aku pon tak ingat sangat.hehe.

okay, till then..jaa~~
p/s: korang macam aku jugak ke??

Saturday, 26 September 2009

this.kind.of.feeling.always.there!

assalamualaikum...

okay, aku baru je balik kl. serius! baru sangat2!! so, apa lagi on9 la..nak tengok berapa banyak benda yang aku miss? seems like not so much la..but a bit! erm..nevermind.

okay, macam biasa la. semua orang kata pasal raya. tapi entahla aku takde mood nak cerita pasal holiday aku. aku lebih kepada peningkepala-balikesok-banyakbendataksiap-sedih-taknakbalik-watsooeva..

okay, ignore that! tapi, apa yang aku rasa serius sedih la gak hati aku nih. erm..lepas aku baca post abid, member high school aku, serius rasa sedih. woo~~abid touched my heart!hik3. and it seems that post made me really3 want to meet all my high school friends.! korang bila nak jumpe?? tapi, nak buat macamana semua orang busy..nak final..nak fly..nak bla3..so, sedih la. setakat boleh sms2 je. itupun luckily aku dapat topup hari raya ke 3 ke 4..entah aku pon tak ingat..hoho

this is something yang aku perasan dengan life aku..erm..kadang2, bila aku rasa aku rapat dgn orang itu, mesti pada masa yang sama aku rasa macam aku jauh sangat dgn orang itu. entahla.. waktu tu macam2 feeling timbul...sedih, happy for org tu, jealous, herm sume cukupla kiranya. bila aku nak sangat cakap2 dgn orang mesti waktu tu jugakla semua benda nak halang...aku tak pahamla. seems like life aku ni tak membenarkan aku buat apa yang aku suka. oooh no!!

seriusly, aku nak sangat borak dgn sorang nih..dah lama tak borak. and aku rasa jauh sangat..ke aku je yang rasa macam tu?? maybe, untuk aku yang realistik nih memang tak paham pasal bonding2 things nih? utk wujudkan trust pada benda yang aku tak nak nampak agak susah..and actually, walaupun aku rasa jauh and sedih but aku nak orang tahu yang aku pon ada feeling macam orang lain.

okay, stop there! bila aku dah mula cakap hati-ke-hati memang takkan siapa dapat paham? merapik jew..~maybe sebab aku dah remind diri aku dari kecil that no one can feels what i feel really inside of my heart..(aku dapat lesson nih dari sorang member sekolah rendah aku..weyh perbuatan ko memang "bagus" sampai sekarang memberi kesan!*i hate that memory!*)

kamu!! yang nak rasa aku nih kawan dia..hey! i just want to tell that i'm always there to help you. lagi 1, aku takde mood lagi nak suka admire2 org..takde selera lagi. moodnye belum tiba...bahaha;)

inila jadi
bila bella rasa resah gelisah nak balik kmb..oho:)
tak nak balik!!
aku nak jadi penganggur balik...!!
:(

Friday, 18 September 2009

the.real.journey.starts.now.

assalamualaikum...

erm..aku akan balik kampungku yang terletak di pahang tu..tak jauh pon. lepas 1 jam setengah sampaila..tak sabar nak balik.!!hik3. tahun ni, tema warna family aku purple. yeay!! favourite colour tu..hehe;) baju raya ada 2 pasang..okla tu, nak berapa banyak lagi. 2 cukupla..kan? aku tinggal kat kampung pahang tu sampai hari raya ke2 kot. lepas tu, aku akan terus perjalanan ke perlis di hujung semenanjung tu..haha. giliran kampung ayah aku pulak. penat tu tak cerita la..walaupon bukan aku yang drive, tapi still letih bila berjalan jauh..(poyo!) padahal dalam kereta tido je..lol. lepas tu, 25 sept, aku balik KL da..huhu. sebab 26 sept aku kena balik kmb. ada training utk kasukma..hoho. doakan la ye. aku tak nak kalah lagi. buat penat je training..bahaha;)

wish aku, mintak2 la tahun ni total duit raya aku tak jauh beza dari tahun lepas. risau owh..kan dah masuk kolej. mesti orang dah tak nak kasi duit raya. ini yang tak syok jadi budak besar nih. tapi, aku takde la risau sangat sebab dalam family aku, selagi tak kerja, boleh dapat duit raya. (dalam family aku je la..org lain tak) sebab ada orang, family dia bagi kat budak2 je. dah tak sekolah, tak dapat duit raya..hehe. kesian2..tee-hee:)

tapi, aku tak boleh enjoy sangat la tahun ni. melambak2 kerja. tu la tangguh je..dah kerja tak siap. padan muka sendiri!!hoho. okay, tu je kot.

i want to wish happy hari raya to all my friends ( spm batch 08, dak smakl yang lain, budak m09e, roomate aku, kawan2 blogger, pakwe2 di luar negara [perasan!;)], kawan2 sekolah rendah aku, skJG1, kawan2 tadika aku, and sesiapa je la yang terasa..happy hari raya to you! YES, YOU! the one who read this post!haha.
aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang..or korang terasa hati ke, sorry ye!! i didn't mean it..:) kosong2 eh?!hik3

till then..jaa~

~maaf zahir dan batin~

Wednesday, 16 September 2009

AGREE???

assalamualaikum...

okay, just let u guys to know that tonight is the 27th of ramadhan...wow so fast!! rasa macam baru je puasa dah nak dekat raya..ish3. anyway, for those yang semangat nak raya tu, prepare la ye. i dont know why but this year i didn't feel that eagerness to celebrate raya..seriously! erm..so funny to think of that. bella x nak raya?? pelik2...

let's move on..i dont know why but now i feel like why every kid like to play mercun?? bak kata sesetengah budak kmb ---> like seriously...! ( bagi aku, ayat tu memang gedix..ehe) anyway, dulu..waktu aku kecik2 kan, aku tengok je sepupu sepapat aku main mercun...mercun bola la..mercun naga..mercun mancis..and so on. frankly, aku pon ada main jugak la. tapi, aku rasa dulu aku main sebab aku ikut je sepupu2 aku tu. aku tengok diorang macam hepi gilerrr waktu main mercun tu. first, sebab kitorang nak lawan dengan rumah2 lain, siapa yang dapat menghasilkan bunyi yang lagi kuat... 1 lagi, kitorang hepi gila bila dapat buat lubang kawah kat halaman rumah wan dengan atok aku tu (guna mercun bola larh~~ape lagi..)

tapi apa yang bestnya main mercun tu. yelah..mula2 cucuh api-baling-meletup "POM!". itu je kan?? bukannya bila meletup keluar lagu korea ke lagu rock ke lagu siti nurhaliza ke or lagu raya ke..but just POM! apa yang bestnya bila dengar bunyi tu?? maybe bagi budak2 benda tu COOL kot..mana aku tahu??

fyi, kat surau rumah aku nih, waktu orang tengah terawih..waktu tu jugakla budak2 tu nak main mercun.."bagus" betul budak2 tu kan?? memekak jew~~ tapi kadang2 tu ada kebaikan jugakla..let me tell you-->ada 1 hari tu, aku baru balik rumah, maybe aku penat. memang mengantuk gila waktu solat terawih tu. tambah pulak dengan suara imam yang "romantis" tu..memang menyorong bantal kat kepala aku nih..tiba2, disebabkan mercun bola yang budak2 tu main kat luar surau tu la yang membangunkan aku setiap kali mata aku nak tertutup.(haha)

ada jugakla baiknya. UNTUK AKU JE LA..kesian gila kat nenek dengan atok yang sembahyang kat situ, aku rasa boleh heart attack diorang tu..ish3!!*geleng kepala*

erm..bagi aku, mercun tu tak best kalau dibandingkan dengan bunga api. aku memang SUKA gila dengan fireworks. serius! cantiiikkkk sangat2!! i love it very3 much!! mercun bukan keluar warna pon just asap je yang keluar..tak syok langsung!!

actually, apsal la aku membebel pasal mercun nih?? erm..aku pon tak paham. tapi, apa yang aku tahu, mercun tu sangatla bahaya!! tengok tak berita budak yang nak ambik pmr putus lima2 jari dia.? kesian dan padan muka pon ada jugak..! but maybe budak tu dah insaf kot. alhamdulillah!! eventhough banyak berita yang terpapar kat tv tu but still society, i mean budak2 la diorang tak sedar kan2?? la...nama pon budak2! mana tau apa..but then aku still nampak laki2 besar macam lingkungan 18 ke 27 (kot?) still main. diorang pon otak macam budak ke??
(hik3...^-^)

ok la..banyak gila aku membebel macam apa entah..haha.

till then jaa~~

Monday, 14 September 2009

ermmm....~-~

assalamualaikum..


ni post buat kali ke-2...
wooo..semangat gila aku ni..hehe.
yelah nak tulis kat blog yang hari ni 1st time aku buat kek batik..
and resultnye...hik3..tak jadi..ish3*geleng kepala*


apalah aku nih..nak buat benda senang pon tak boleh..tapi, tak tahula kenapa..chocolate 2 tak nak mengeras sangat..so, rasa macam bila kek ktu sejuk je..bila lama2 dah tak macam kek dah..haha:). lagi 1, rasa chocolate tu>>>> manis gilaaaaaaaaa~~~~kencing manis dibuatnya..^^

actually, aku dapat resepi tu dari internet..ada lady ni buat, dia kata bila orang rasa kek dia, terus orang nak order kat dia..then, ada pulak orang komen2 kat situ cakap resepi lady ni memang menjadi la..


haih..macamana ni..?? aku kot yang salah buat. tapi, dalam manis yang mengerutkan dahi tu...ada sorang je yang enjoy makan kek aku tu..damya sepupu aku..yelah..kanak2 kan..mestila suka chocolate..dia je yang aku tengok heppi sangat makan kek aku tu..yang lain termasuk la aku..semuanya berkerut dahi sebab manis bangat sikkk!!


tapi, aku tak kesah. at least aku belajar kan2?? erm..rasanya takde la aku nak bawak kek tu balik kmb..buat malu je..hik3.

aku rasa aku dah jumpe (kot?) jawapan utk segala konflik jiwa aku tu..semuanya bermula bila aku baca blog sahabatku, ku nazurah. ye..betul apa yang dia kata..belajar kerana ALLAH dan RASUL bukan sebab nak fly macam aku nih! mungkin sebab tu aku tak berjaya lagi. nawaitu yang penting! puan surinam pon ada kata macam tu gak! sekarang aku sedar..niat aku perlu diubah which is--> aku belajar kerana

org yg berilmu itu ditinggikan darjat oleh Allah dgn beberapa darjat

dan

menuntut ilmu itu disuruh oleh nabi

syukran ya ukhti! blog ko sangat bermanfaat buat orang macam aku yang sering lalai dan lupa nih! teruskan usahamu..<3

before that, DURA, cant wait to meet u at kmb, seriusly!! tak sabar nak tengok dura koir..hik3. dura, aja2 fighting!!;)

holiday sajeeee....

assalamualaikum...

kali ni..aku cuti lagi. 2 minggu..cuti hari raya..erm..setakat ni baju raya beli da..balik kampung pahang kot..sebab tahun lepas balik perlis dulu..so, kena bertola ansur la ayah n mak aku..kan3??

actually, sekarang ni tengah sakit hati dengan lappy aku ni.."lappy ku syg..napela slow sangat
??" tension aku dibuatnya.. nak usha FO pon tak boleh..geram betol! haih..tapi ni kan bulan ramadhan..sabar2..insyaallah..:)

kepada sahabat ku yang sedang bermuram durja tu..
jangan sedih2 lagi eh?! chill out..ramai lagi mamat yang beriman kat luar sana tu (kot??) bukannya mamat tu sorang je..okay?? rileks..tarik nafas..lepas..okay?!;)

hari ni aku ada buat kek batik..tapi tak tahula sedap ke tak coz tak rase lagi..kan puasa sekarang ni..nanti dah rasa aku bagitau camana..okay?! mintak2 la sedap hingga menjilat jari kaki..bahaha;)

macam biasa..homework mesti bertimbun punye..dont worry pada sape2 yang takde keje boleh cakap dengan aku nanti aku bagi korang kerja..hah baru manfaat sikit bulan ramadhan korang..hik3

lastly, selamat berpuasa..semoga kita dpt jumpa kerahmatannya..dan dikurniakan pelepasan api neraka..amin..ya rabbal alamin..!

Tuesday, 8 September 2009

HE knows everything~

assalamualaikum...

hari ni entah la rasa kecewa sangat..bukan sebab putus cinta ke..tak dapat sahur ke.. tapi sebab tests tadi...huhu. sedih la tapi tak nangis lagi..(da penat da..hik3). so, the story is today i had economics and biology tests. bukan final exam ke ape tapi test je.. mesti korang kata "ala..baru test.." kan2? memang kalau aku pon macam tu jugak...:)

tapi, apa yang aku sedih sangat bila kita berusaha sedaya upaya..(padahal test je kan.?) tapi, last sekali, benda tu tak membuahkan hasil. a.k.a aku rasa, usaha yang aku buat tu tak berbaloi pon. kecuali ada la sikit yang berbaloi..itupon tak sampai 20%. aku rasa macam sesak gila dada aku bila aku habis buat test tu..sebab aku rasa macam not worth it! punya la aku baca siang malam 2 hari berturut2 tapi 20 minit test tu macam takde hasil je..macam takde perubahan. seriously memang frust sangat! rasa macam tak nak baca buku lagi pon ada jugak..rasa macam nak set otak aku nih.."buat apa ko baca buku ni kalau nanti test pon markah macam tak study je..!" arghhh..sakitnya hati..!

memang..rasa tak puas hati membara dalam hati aku nih..tapi masalahnya aku tak tahu aku nak tak puas hati dengan siapa.? dengan kawan2 aku..diorang memang takde kena mengena. basically, memang rasa macam nak marah orang tapi tak de orang yang bersalah..camana tu??

actually, sejak aku masuk kmb nih, memang banyak kali dah aku rasa feeling nih. kadang2 aku rasa feeling ni dah bersatu dengan aku. lastly, solutionnya aku buat bodoh sebab aku geram kat diri aku sendiri. aku tak tahu mana salahnya. aku dah berusaha seboleh mungkin tapi hasilnya tak memberangsangkan langsung. hajat di hati nak dapat high marks tapi kalau benda ni asyik berlaku je camne?

*sigh* aku pon tak tahula mungkin aku ada masalah kat mana2 ke. ataupon ada hikmah di sebaliknya yang aku tak nampak sampai sekarang dan aku tertanya2 bila aku dapat nampak hikmah tu.. miracle..benda tu sejak sekolah rendah aku nak benda tu berlaku dalam hidup aku. tapi makin lama aku rasa benda tu tak wujud. so, aku rasa aku just hidup untuk berusaha dan berserah je..

tapi, aku tak suka hidup macam ni. aku nak jugak rasa jadi budak dapat high marks. nak jugak jadi macam classmates aku yang pandai2 tu..yang senyap je dalam kelas tapi sekali test keluar mesti gempak result dia..teringin sangat! so, aku dah cuba tapi kenapa tak dapat? kenapa? aku bingung..tak tau nak comfort macamana lagi diri aku. puas da aku fikir dan aku akan still berfikiran positif..insyaallah!

so, bila aku jumpa ayat nih..aku rasa sedih sangat. terharu pun ada jugak. memang tepat untuk konflik jiwa aku nih..(-_-)

Oh, Allahu Rabbi
He always knows what's the best for my life
He always know what I need eventhough
He didn't give what I wanted
Because I know not everything I like is good, and not everything I loathe is bad.
Sure.
He does know everything.
And....
Alhamdulillah
He destined me a path that carries out a hidden meaning beyond.
And I will be always seek for the best from Him
And ask for the smoothness and calmness in my life.
Syukran, Ya Allah!

aku jumpa ayat ni kat blog kawan lama aku. aku tak tau la kalau dia ingat aku lagi ke tak. tapi, aku still ingat dia. erm..tak kesah pon. but still, these words means a lot to me! deep inside of my heart..

till then..jaa~

Friday, 4 September 2009

no.title.

it's not something to share..this post is just to express my anger..that's all!

M*****K!
tu memang perkataan kegemaran kau kan..?!
entah ape lagi yang kau suka..
aku pun tak tahu..
sebab aku tak kenal sangat kau,
dan,
kau pun tak kenal aku jugak..!
jadi, don't judge a book by its cover!

walaupun,
kau ingat aku lepak je..
macam takde feeling je bila kau kata macam tu kat aku,
tapi,
sebenarnya, ko tak tahu,
aku memang malas nak layan kau,
dengan kata-kata kau tu!

aku tau,
aku takde la sehebat kau dlm study,
aku takde confidence level yang tinggi macam kau tu..
aku bukannya org yang species macam kau yang boleh stand up n say out loud!

walaupun kau tengok aku macam lemah je..
walaupun kau tengok aku macam pandang sebelah mata je
tapi ingat!
Allah jadikan setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

kau tak boleh panggil ikut sedap kau je..
walaupun ko tengok aku macam kurang ajar..
at least, aku tak panggil org dgn panggilan yang entah pape tu..

aku tulis ngarut2 nih,
nak bagi ko faham..
jangan cakap ikut sedap mulut...
ko cakap aku pelik,
ko tak tahu org lagi pelik tengok personaliti kau yang berubah2 tu..
at least,
aku panggil kau dengan nama kau!
nama yang dalam IC kau tu..
bukannya panggil sedap2 macam tu je..

mungkin org rasa aku emo lebih,
tapi,
takde siapa suka org mempermainkan dia macam tuuu je..
aku tau,
kau pun tak suka kan..
so,
di bulan yang mulia nih..
hentikan semua tu..
aku tau aku pun tak sempurna..
tapi stop la panggil org macam tu..

apa yang aku sakit hati,
bila kau, org yang baru je kenal aku tak sampai berapa bulan je,
boleh panggil selamba je macam tu..
even member2 sekolah aku dulu yang kamcing gila2 dengan aku pun tak pernah panggil aku macam tu..

okay2..
aku rasa aku dah settle down..
tapi, aku tak tau la kalau kau belum..
mungkin kau terperanjat kot bila tengok ayat yang aku bagi kat ko thru ym tu..

aku cuba utk ikut apa yang aku belajar waktu english tadi,
don't hold grudges coz teenagers did that..!
am I?
frankly to say, YUP! I AM!
so, i try to vanish that kind of attitude..
shall we??
in this special month..
respect it..

hope we're getting better everyday! amin...