Tuesday 26 January 2016

Maksud.keberjayaan.dakwah.yang.sebenar.


Khaulah pandang telefon bimbitnya. Terdiam di situ. Sunyi seketika semuanya.

Khaulah mengeluh. Dicampak perlahan telefonnya ke tepi. Terlihat mesej whatsapp yang baru dibacanya.

"Adik X tak dapat datang program minggu ni. Tak tahu kenapa. Dia tak jawab kenapa :'(", tulis Hanis.

Bermacam perasaan bermain dalam benak fikirannya. Khaulah memendam rasa. Dipandang buta pada siling rumahnya. "Apa sebenarnya Allah nak ajar aku ni?", gesa hatinya. Matanya dipejam. Tiba-tiba meleleh air mata turun menluncur di tepi matanya. Khaulah tak dapat tahan lagi. Hatinya bungkam. Marah, sedih, geram, semuanya bercampur-baur. Akhirnya hanya tangisan senyap itu yang dapat diluahkan. Hanya air mata. Tiada bunyi sendu di situ.

"Kalau aku nangis sedih pun. Diorang tak kesah pun. Apa barang kau bazir air mata kau untuk mereka, Khaulah?", tegas hatinya. Ditarik nafas dan dilepas perlahan. Khaulah cuba bertenang.

Dua tiga minggu yang berlalu merupakan saat yang mencabar bagi dirinya. Hampir putus asa dibuatnya. Adik-adik tak dapat datang program. Ada penggerak senyap tiada respon. Ada penggerak sibuk urusan masing-masing. Kerja pentarbiyahan perlahan. Murabbinya senyap tak tahu ke mana. Hanya beberapa akhawat yang mungkin suku daripada jumlah bilangan masih aktif berusaha untuk program seluruh musim panas. Balik-balik muka yang sama sahaja.

Khaulah antara kakak yang mempunyai sedikit lebih pengalaman berbanding akhawat yang lain. Dia harus membantu memberi tunjuk ajar sebanyak yang mungkin. Tidak lama lagi dia bakal meninggalkan medan ini untuk ke medan yang sebenar. Akhawat yang ada inilah lapisan akhir penggerak dakwah di medan mereka bersama.

Khaulah cuba memberi mesej pada murabbinya.

"Akak, apa khabar?"

Senyap sunyi. Tiada jawapan.

Khaulah juga punya kelemahan. Tidak semua situasi dia boleh tangani. Tidak semua masalah dia boleh selesaikan. Dia juga manusia, penuh dengan khilaf. Tidak terkira. Ditambah dengan musim panas ini yang tidak terkira panas membahang 'luar' dan 'dalam'. Cukup bahang buat dia kering-kontang 'input' tarbiyahnya. Usrahnya tidak berjalan. Tidak tahu apa yang berlaku dengan murabbi. Tapi jauh di sudut hati, dia dapat mengagak ada sesuatu yang berlaku; mehnah dalaman jemaah buat murabbinya jadi begitu. Program yang dihadirinya jauh langsung tidak dapat membantu mengisi 'tangki tarbiyah'nya. Padahal habis semua 'output dakwah' keluar sepanjang musim panas. Dia penat. Penat fikir, penat rancang, penat bercakap, penat bergerak, penat melayan kerenah manusia, penat menunaikan hak.

"Ya Allah.... beratnya." Tumpah lagi air matanya. Kali lebih laju mengalir berserta esakan kecil.

Segala semangat dan usaha dia dan akhawatnya berhempas-pulas untuk menjayakan program tarbiyah buat adik-adik jadi pahit setelah melihat bilangan peserta yang dapat hadir; dua orang sahaja. Kehadiran usrah kabilah; seorang sahaja. Tak tahu apa yang salah. Mereka sudah banyak berusaha. Jenuh mereka ber-meeting malam-malam buta selepas selesai menunaikan hak pada keluarga.

"Ya Allah, bersama aku. Bersama aku, ya Allah. Tunjukkan padaku, apa tarbiyah di sebalik segala ini.", pinta Khaulah.

Tiba-tiba, bunyi mesej masuk. Apa mungkin ini tanda daripada Allah? Khaulah tidak tahu.

Dibukanya mesej. Kelihatan mesej daripada Lala, akhawat yang bergerak bersamanya. Salah satu medium kekuatannya daripada Allah.

Ada kata-kata di situ untuk dia. 

"Dakwah Yunus berjaya, tepat pada saat dia merasa dan mengaku bahawa dirinya berdosa di hadapan Allah Yang Maha Kuasa. Dakwah Yunus berjaya ketika dia mengakui dirinya aniaya dan hatinya tunduk memuliakan Allah 'Azza wa Jalla
Dakwah Yunus berjaya, ketika dia merasa tak berdaya."

Astaghfirullah al-Adzim. "Apa benar ini maksud keberjayaan dakwah di mataMu?", tanya hati kecilnya. 

Khaulah menghela nafas lebih dalam. Dilepas nafasnya dengan lelehan air mata. Tapi kini berbeza, air mata ini dengan segaris senyuman. Cepat-cepat dia beristighfar dan bersyukur. 

Apa benar ini yang Allah ingin dia mengerti. Bahawa dakwah ini bukan atas kuasa dan kemampuan manusia. Usaha kita langsung tak berkuasa untuk mengubah atau memberi kesan kepada sesuatu. Itu semua kuasa Allah. Allah itu yang berdaya mengubah. Allah itu yang punya kuasa. Kita ini hanya perlu berusaha. Apa saja suratan terhadap usaha kita, itu satu takdir daripadaNya.

Kenapa dakwah itu berjaya di mataNya saat pada mata manusia, jauh masuk ke dalam kategori gagal? Kerana dakwah yang sebenar itu bila mana daie itu faham dan sedar bahawa bukan dia yang berkuasa untuk mengubah dan mentarbiyah seseorang. Semuanya atas kuasa Allah. Melakukan dakwah dalam nafas jiwa hamba itu satu anugerah, satu nikmat. Perasaan ini menghubungkan daie tersebut dengan Allah dalam ikatan yang paling manis; ikatan hamba dengan Allah al-Wakeel. 

Khaulah tersenyum puas. Lalu dia terus membalas mesej Lala. 

"Awakkkkk...jazakillahu khayr :) <3 nbsp="" p="">

Alhamdulillah ya Allah atas kasih sayangMu. Tidak ada alasan untuk aku berputus asa dengan dakwahMu. Semuanya aku lakukan atas mencari redhaMu. 


----------

Buat kamu-kamu semua yang selama ini hadir dalam perjalanan hidupku sebagai pejuang di jalan cintaNya, aku dapat lagu best ini dan aku nak bagi pada kamu-kamu pula :) Teruskan berjuang mentarbiyah! YOSHH!


Monday 4 January 2016

penawar.solusi?



----------
Your positivity is not dead, it just buried somewhere, tenggelam dgn byk thoughts & kerisauan. One day it will come back.

Hmm tapi lately suka doa macam ni,

"Ya Allah, sekiranya sesuatu itu bermanfaat untuk dakwah, maka Kau dekatkanlah kami dengannya. Tapi sekiranya itu hanya memberi mudarat pada dakwah, maka Kau jauhkanlah kami darinya."

Allah nak uji amal kita kot..

-------

When going through a hardsip, remind yourself that with the first step in Jannah you'lll forget this all.

-------

Yang paling penting is mereka betul-betul faham mereka buat dakwah itu kerana apa. Kefahaman yang betul-betul. Maksudnya hidup dakwah. Makan dakwah. Sentiasa berbincang dengan akhawat tentang dakwah.

So kena bagi mereka ujian dan biar mereka betul-betul rasa tarbiyah. Bilamana ruh membuat kerja dakwah itu ada.

--------

Tarbiyah di nz tu boleh katakan mudah dan kurang cabaran dari segi fizikal dan mentalnya. Mungkin sahaja kemahuan dan kesanggupan tidak teruji disebabkan kurangnya fokus terhadap perkara ini.

Mutabaah amal kita menjadi salah satu sebab terjadinya perkara ini. Bila kita tak kuat macam mana adik-adik nak kuat kan.

--------

Jazakunallahu kamu semua atas kata-kata ini.
Sangat memerlukan.
Tak banyak antara kita yang punya jawapan.
Tak banyak antara kita yang mahu membantu.
Apa mungkin kamu juga dalam keadaan yang perlukan bantuan?

Tiada apa yang bisa memberikan sebaik-baik jalan keluar buat kita melainkan Allah semata.

Ya Allah berikan kami sebaik-baik jalan keluar untuk dakwah dan tarbiyah Mu ini. >_<