Sunday 30 June 2013

Fasbir.sabran.jamila.


Alia menahan sebak dalam dadanya. Pendam. Tak terluah kata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa benaknya hati ini. Betapa dia mahu mencurahkan segalanya. Mahu saja dia menjerit meluahkan segalanya. 

Saat itu dia dalam sujud di pangkuan Tuannya. Rebah dengan penuh harapan. 

"Ya Allah, Kau jagalah iman Fatimah! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Awatif! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Ainis! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Farisa! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."
"Ya Allah, Kau jagalah iman Sherina! Kau berikanlah sebaik-baik tarbiyah buatnya."

Kerna saat itu, waktu itu, dia tahu dan yakin bahawa dia hanya mampu bergantung pada Tuannya. Kerna dia tahu bukan dia murabbi yang terbaik tapi Tuannya! 

Sesak dadanya. Apa lagi ya Allah yang aku perlu lakukan supaya rijal itu keluar dari mereka, ya Allah! Berikanlah aku sebaik-baik tarbiyah & petunjuk. Moga dengan petunjukMu, aku dapat melakukan sesuatu untuk agamaMu. Rijal untuk agamaMu!

Fasbir sabran jamila. 
Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik.
Berkali-kali mindanya kerap kali berputar dengan sepotong ayat itu. 

Masakan Rasulullah perlu kesabaran pada zaman Mekah, apalagi kau. Bersabarlah hati..satu hari nanti, aku yakin mereka akan menjadi rijal yang hebat. Ansarullah yang mampu menggadai harta & jiwanya demi Allah & Islam.
Bersabarlah wahai hati..saat itu pasti datang! Mungkin bukan kau yang menyaksikannya namun yakinlah bahawa saat itu pasti tiba! 

Dipujuk hati murabbinya untuk bersabar. Ya, Alia tahu dia perlu banyak melatih dirinya untuk bersabar. Hanya Allah sahaja yang mampu mendidik mereka.

Kau hanyalah sekadar seorang hamba yang bekerja untuk menjadi asbab. Asbab. Bukan kau yang mengubah. Jangan pernah kau minta apa-apa imbalan selain Allah dan RasulNya, Alia!

Usai solat asar, Alia duduk di sudut surau, membaca ayat-ayat Tuannya. Masih berbaki air mata tadi. At-Taubah. Surah kegemaran seorang ukht yang dirinduinya. Biar kita jauh terpisah tapi hamasah dan himmah kita moga meningkat dengan tingginya - doa dalam hatinya.

Dibacakan ayat-ayatNya sambil di dalam hati berharap moga Allah memberikan sebaik-baik petunjuk buatnya. Hinggalah ke akhir surah tersebut..kalimah-kalimah itu sungguh pengubat lara baginya. 

"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman."

"Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."

[9:128 & 129]

Terus hatinya luluh. Hatinya dipujuk. Connection dgn Rasulullah secara direct-nya. 

Akan aku terus berusaha dan bersabar ya Allah. 
Akan aku terus berusaha untuk menjadi asbab lahirnya rijal-rijalMu. 
Cukuplah bagiku Kau dan RasulMu. 

Moga Allah terus menetapkan hati ini, terus merasai himmah dan hamasah ini untuk membina rijal-rijalMu. Moga terus tsabat..amin ya rabbal 'alamin. 

terbaik.boh!

Malas nak cakap..tengok aja video ni! heee


Saturday 29 June 2013

new.addiction.

Always a fan of his writing
Tapi belum punya bukunya milikan sendiri
Sekarang udah jumpanya di Youtube
Maka follow disitu aja deh!
(maafin..pengaruh persekitaran)

i wish i can really tadabbur stories of the messengers like him



Pemuda (Rijal) itu perlu ada 5 kualiti;

1. Kekuatan istiqamah : tadabbur kisah pemuda kahfi
2. Kekuatan mencuba & tak berputus asa (keep on trying) : tadabbur kisah Nabi Ibrahim
3. Kekuatan maknawiyah (iman) : tadabbur kisah Nabi Yusuf
4. Kekuatan himmah : tadabbur kisah Muhammad Al-Fateh
5. Kekuatan harakiyah : tadabbur kisah Muadz & Musab

-keinginan atau curiosity yang tinggi
-kebijaksanaan
-tak berputus asa
-belajar dari kegagalan
-melalui proses tarbiyah
-memberi teladan sebelum menyebarkan

Allahumma.balighna.fi.ramadhan.

>_<


Thursday 27 June 2013

this.is.unbelievable!



Jar is dropping when watching this. seriously!

Tuesday 25 June 2013

ke.mari.kau.semangat.study!

Assalamualaikum

Dah makin lama exam, makin melemah semangat utk study
Haihhh...salah tuu, bella.
Mana perginya semangat utk study tu!
Kita study bukan utk degree tapi utk dnt.

InsyaAllah ini antara usaha kita untuk dnt.
Sekecil mana usaha, sekecil itu kita kena all out!

Pulun bella pulun!
Goyang super kuat pokok kurma tu!

Nah, boleh tgk video ni..kalau rasa macam dah macam-macam cara cuba tapi still kita rasa lemah. Video ini boleh kasik lempang sama kita 100 juta kali so that kita boleh semangat utk study insyaAllah :)



"Kita rasa sangat berat untuk study. Sepatutnya tidak patut ada rasa berat tersebut! Tidak patut kita rasakan study itu sebagai satu bebanan. Sebab apa? Sebab study itu sepatutnya mendekatkan diri kita kepada Allah swt."
-muwajih-
 
 
Allah...pengsan! +_+
 
p/s: sedang berusaha utk last paper pada 1 Julai 2013. Sekian.
 


why.are.you.still.single.bella?

Assalamualaikum...


One question : Why are you still single now, bella?

"... Maybe you would’ve been a terrible wife that disobeys her husband which can be the cause of the punishment of Allah. Maybe due to your patience for accepting this reality and being content with what Allah Has decreed for you, your rank will be raised in Paradise. Or maybe you would’ve been an awful husband, a wife beater or a terrible father. Remind yourself and others that one’s grave will not be any wider nor will their standing in front of Allah on the Day of Reckoning be any easier because of their marital status. It’s rather our diligence in guarding the boundaries of Allah and serving His religion that bring about true salvation. Scholars like Al-Nawawi and Ibn Taymiyah (May Allah Have Mercy on Them) were never married yet their legacy is with us today because of their services to Islam and Muslims.

We should therefore use our time wisely and strive to better the half of our deen that we actually have control over. Seek knowledge at every opportunity, learn the Quran even if it’s one verse a day, learn about our rich Islamic history and the great personalities that contributed to it, take up a new hobby, read beneficial books, travel, get involved in charity or dawah work , learn a new language etc. Have a fulfilling life before marriage for marriage is not just about being married, but also about how stimulating and blissful this bond should be. And if you’re happy single, you’ll be happier in marriage. But if you are miserable single, you’ll be just as miserable in marriage for another person doesn’t hold your happiness in their hands. And the Nikkah (marriage) contract does not come with magic potion! Asmaa bint Abi Bakr (May Allah Be Pleased with Her) eloquently expressed this when she said;

"Verily my happiness is my iman (faith), and verily my iman is in my heart, and verily, my heart doesn't belong to anyone but Allah"

Finally, it’s very important to keep in mind that marriage is a beautiful sunnah that should be rejoiced and every Muslim should want to experience this blessing. However, if one doesn’t get married because he/she didn’t meet a compatible spouse or delays for valid reasons, there’s no blame on them. And if you die tomorrow single, Allah will not ask you why you weren’t married (for this was His decree) but rest assured that He will certainly ask you about your life and how conscious you were of the other half of your deen.

"The two feet of the son of Adam will not move from near his Lord on the Day of Judgement until he is asked about five (matters):- 1) about his life - how he spent it; 2) about his youth - how he took care of it; 3) about his wealth - how he earned it; 4) and where he spent it; 5) and about that which he acted upon from the knowledge that he acquired."
Al-Tirmidhi. "


----------------------------------------------------------------

Marriage is something big, I mean, really big. It takes you to work with someone that, in a way,will determine whether you're going to Heaven or Hell. Plus, that someone is not the same as your gender. It's someone from the other side of the world. Different style of thinking, saying and whatever you want.

First thing first, the big question is not this marriage thingy.

It's about how do I spent my life?
How do I spent my youth?
How do I spent my money, my energy, my time?
and where do I spent it?

That's what I need to deal now.

Oh yeah, Ramadhan is coming soonnnn!! This is what we're waiting for! 

So, how's your preparation for Ramadhan? 

Get prepare, folks! Something big is coming! 

When it comes to exam, we really get this nervousness and start cramming all the notes inside our brain that we can get imsonia out of it..so why not Ramadhan? 

Ramadhan is bigger than exam, man! Seriously! 

Start to thinking about that, right? How do you utilise the month? 

Okay, enough with the talking. Adios, readers! 

Jazakumullahu khayr :)   

Thursday 20 June 2013

kasih.sayang.

Assalamualaikum..


Jazakunallahu khayr :')

Moga Allah teruskan kuatkan akak-akak. Both of you are really good at teaching me how to be a person or a daie with a big heart. To think big with a big scale. Moga Allah temukan kita kembali satu hari nanti biiznillah.  

-----------------------------

Hasil 'stalk' dapat tahu yang wan perlis stroke sekarang ada kat hospital. Mama ayah jiha balik perlis. Even, angah pun tuang kelas kat UITM Penang balik ke Perlis. Aku call diorang tadi tapi macam biasalah mama memang tak nak bagi anak sulung dia susah hati. Lagi-lagi, sekarang ni aku tengah musim exam. So, mama tak bagitau cerita sebenar. Dia just cakap wan perlis ada appoinment kat hospital. Diorang tolong temankan je. 

Wan & tok perlis dua-dua dah tua. Februari lepas, wan & tok sanggup duduk lama kat rumah aku sebab aku nak balik Auckland dah. Walaupun aku tau diorang bukannya suka duduk kat KL. Aku pun kesian tengok diorang. Duduk je kat rumah, tak bebas macam rumah diorang kat Perlis. Luas, besar, semua benda boleh buat. Rumah kat KL ada apa je. TV, sofa, laptop, buku. Itu je la. Bunga dalam pasu kecik-kecik je. Bukannya besar macam kat kampung. Tapi, sebab aku nak balik, diorang sanggup duduk lama-lama kat KL. Serius, memang aku tak boleh sangkal betapa sayangnya diorang pada cucu-cucu diorang.

Paling aku tak boleh tahan, bila aku last peluk wan & tuk before diorang nak balik ke Perlis. Diorang yang start nangis dulu. Aku tau apa yang diorang fikir. Diorang pun dah tua dah. Tuk dengan bongkok dia sanggup datang. Wan dengan sakit, lenguh-lenguh badan sanggup datang. Orang yang sebaya diorang kat kampung pun ramai yang tak ada. Maybe itu boleh jadi last aku peluk diorang. 

Paling aku sedih dulu mak aku pernah cakap yang wan perlis aku ni memang suka melawak lagi-lagi waktu mula-mula mak aku kahwin dengan ayah aku dulu. Tapi bila dah tua ni, dia dah tak larat. Kurang dah sesi melawak dia tapi still wan aku tu senyum je selalu dengan shades hitam dia tu. 

Selalu gak aku sakat wan aku, "Wan, jangan hisap rokok tau!" 
Dia mesti gelak lepas tu dia cakap, "Cucu wan ni laa..."
Sebab wan aku ni memang susah nak berhenti rokok.

Kadang-kadang, bila aku solat, mesti terngiang-ngiang, bacaan al-Fatihah wan aku. 
Bacaan al-Fatihah dia sama je dari aku kecik lagi sampai aku boleh hafal.

Bulan april lepas, aku ada call diorang. Happy sangat dengar suara tok & wan. Ahhh...rindunya! Sekarang ni, aku tak boleh call diorang. Lagi-lagi, bila wan aku stroke. Aku tak tahu stroke dia tahap macamana. Dulu waktu aku form 4, wan pernah kena stroke sekali separuh badan. Tak boleh nak cakap. So far, aku tak tahu macamana keadaan wan aku. Kalau aku call, aku takut aku yang nangis, lepas tu mak aku pulak susah hati. So, sekarang ni, aku akan terus update dgn family aku je. At least aku tahu wan & tok mesti happy bila family aku balik Perlis. 

Ya Allah, Kau tenangkanlah hati mereka, ya Allah! 
Ya Allah, Kau ampunkan segala dosa-dosa mereka, ya Allah! 
Aku pohon Kau berikanlah ganjaran syurga pada mereka, ya Allah! 

T_T

Mohon anda yang sedang membaca boleh doakan untuk kesejahteraan wan & tok saya di Perlis dan wan & tok saya di Pahang. Moga mereka sihat dan bahagia selalu. Jazakumullahu khayr :)

p/s: wan perlis tu lelaki, tuk perlis tu perempuan. terbalik dengan belah pahang..wan pahang tu perempuan, tuk pahang tu lelaki. 

kerja.kita.banyak.boh!2

Assalamualaikum..

PARIS — A pregnant Muslim woman who was attacked for wearing a facial veil on Thursday in the Paris suburb of Argenteuil suffered a miscarriage and lost her baby, her lawyer said on Tuesday. Two men attacked the 21-year-old woman, trying to remove her head scarf and later cutting off her hair, and reportedly shouted anti-Islamic taunts at her.

The woman, four months pregnant, had been kicked in the stomach, her lawyer, Hosni Maati, told Agence France-Presse.

taken from here : http://www.nytimes.com/2013/06/19/world/europe/muslim-woman-suffers-miscarriage-after-attack-in-france.html?_r=1&

----------------

warghhh! this is too much!! seriously, too much! I couldn't bear with all these things..

bilalah Islam nak naik ni?!

ya. itu soalan retorik aku tahu.
tengok diri kau bella. sejauh mana kau usaha?
infact, Islam akan naik tanpa tunggu kau pon bella oii~

pffffttttt!


Wednesday 19 June 2013

kerja.kita.banyak.boh!

Assalamualaikum...




----------
Maka saya ingin menegaskan kembali,
bahwa jika benarlah dengan pemimpin dan penguasa yang beragama Islam sahaja,
sudah memadai untuk memenangkan Islam,
dah lama kita menang.

Erti kata lain,
ada sesuatu yang lain perlu dibuat,
something more than that.

Mengapa tak ramai yang buat, anda mungkin bertanya.

Kerna ianya sukar,
dan memakan masa,
serta menuntut pengorbanan yang terlampau tinggi.

Kerna ganjarannya bukan di Dunia,
sebaliknya di Syurga kelak.

Kerna ianya bukan sesuatu yang dipandang masyarakat umum kini,
sebaliknya hanya dikenali Penghuni Langit sekalian.

Kerna itulah,
tidak ramai yang memilih jalan yang ini.

Kerna ianya terlalu asing.

Persoalannya,
sudikah kita?
(Hamasah As-Syabab)
-------------
As a women, I really feel for them. There's no one can protect us. Only Allah can protect us. This can be solved only when UA is happening. 
What else are we waiting for? God, seriously this is killing me! 
By hook or by crook, we gotta work hard for it. Yeah I know it's hard but can we just do something to curb this? Be patience, dear.
Alhamdulillah this really reflects that whatever I do I have to do for the sake of dnt. For the sake of wanting UA to happen. In simple words, I have to make sure what I do is helping dnt. Even marriage, of course! 
Dah la bella cakap pasal kahwin tu..kau bina orang pun tak lepas lagi. 
That's it. Now, study utk dnt dulu please. 

Tuesday 18 June 2013

special.day.three.

Assalamualaikum, 




Alhamdulillah. Only Allah knows how happy I am when you guys did these. Alhamdulillah and thank you Allah for these beautiful people around me. Yet, because of You in the first place who takes care of me :')

Review.The.Drama.King.



"Before he can play, he must first assembled me right from pieces according to the instructions"
(Helikoptina)
--------

"But something happened that day that I do knocked him down. Out of the blue, the air is too thinner for me to bear. My body starts to weaken. Something might have gone wrong."
(Helikoptina)

--------
"Kau nak datang ke tak ni?...Penat kot kitorang tunggu.."
(Aiman)

"Kau ni betul ke, Man? Macam tak boleh caya je. Benda tu berat kot. Kau ingat senang ke dia nak naik? Aku dah habis tryla. Memang takkan boleh punya. Sudah-sudah la tuhh.."
(Muhaimin)

--------
Islam itu perlu difahami dan diamalkan dari akar umbinya.
Islam itu jatuh pasti ada sebabnya. Hilang matlamat hidup pada si pemakainya.
Islam itu pasti naik kembali. Cuma perjalanan itu jauh lagi...mungkin pada aku jauh tapi pada Allah dekat.

Innahum yaraunahu ba'idan..wa narahu qoriban..
(Al-Ma'arij)

Moga Allah terus menetapkan hati di jalanNya. Terus mendoakan agar kita tidak menjadi seperti Bani Israel yang pernah dikurniakan Islam tapi sudah hilang yakin padanya tatkala ada masalah yang melanda.

Islam itu cukup sempurna. Sangat sempurna sampaikan satu benda kecil salah pasang, terus tak boleh terbang helikopter itu.

--------

Sangat berat apa yang kita bawak ni. Sangat berat sebab kita tak tahu sejauh mana kita bertahan dengan dnt ni. Hanya mampu buat sehabis baik dengan masa sekarang dan berdoa moga Allah terus tsabatkan kita di jalan ini di masa akan datang.

--------

Bila tengok orang-orang yang dah polish habis baik segala logam dia, rasa humble sangat. Apa je yang aku buat. Teruskan usaha anda, pakcik!
 

Monday 17 June 2013

special.day.two



I was honoured that on my birthday, there is a concrete help for the Syrians and FSA. It happened on my birthday. Actually, I was kinda sad before when my birthday is not selected as Syrian Day but Alhamdulillah Allah gave me a chance to feel that by this action from Egyptian government.
 
Ya Allah, please give victory to all of us!
 
This is just beginning, wallahi!

Saturday 15 June 2013

special.day.

Assalamualaikum..



Just a short sweet post here..hee

Alhamdulillah Allah has given me a chance to live until this day. I am officially a grown up now I guess..haha. Whatever. Alhamdulillah till today, I still have loved ones besides me in every place that I go especially my family in my hometown.
 
I just want to celebrate my birthday by celebrating my parents so I write this for them.
 
Thank you very much mama and ayah for everything. Thank you for raising me up and thought and still teaching me how to be a good servant of Allah. From both of you, I get the chance to taste pure love that reminds me of how wide and beautiful Allah's love is. I know it's hard to raise a kid, I mean a human. D&T taught me that to 'build' a human is not easy. The fact that both of you had 'built' me since I was nothing really humbled me. I pray to Allah to pays all of your hardships with His Jannah.
Allahumma Amin!
 
Thank you Allah for giving me all these beautiful people in my life. Every single one of them really taught me something about life. May Allah repays all of the things that all of you done with His blessings, insyaAllah.
 
Can I ask a help from you?
 
Instead of wishing me "Happy Birthday", you can wish me by praying for my parents; May Allah gives them the true happiness here in this world and hereafter.
 
Please. Thanks very much, readers!
 
Well, I think that is all. Oh yah, one more thing..please pray that Allah gives me the best person as zauji..haha. This is totally awkward, man..but I already 22 and next year would be my third year. I cannot run from the fact that I'm a big girl now. hahaha.
 
Okay, ignore that part if you cannot relate.
 
Jazakumullahu khayr katsiran. May Allah bless all of you. Have a blast!  

Sunday 9 June 2013

bila.sampai.waktunya.

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya aku patut study sekarang tapi ada orang minta tolong tengokkan barang diorang. Maybe diorang pergi makan kot. Cepatlah datang balik..aku nak study..huhu.

Takpe bella..sabar sabar.

Okay ada benda nak diceritakan tapi tunggu aku betul2 beramal baru aku cerita. Memang sebenarnya membuak-buak aku nak cerita nehh...tapi tahan dulu. Ini benda besar so kena bagi betul2 amal baru cerita.

Okay people sila doakan saya istiqamah dgn benda ni. insyaAllah saya akan ceritakan kalau saya berjaya.

Jazakumullahu khayr :)

Okayh...diorang dah balik dari makan maka aku boleh start study. Alhamdulillahhh